Thursday, February 16, 2012

Pewaris Takhta : Perlis Indera Kayangan


Assalamualaikum w.b.t.
Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia. Namun begitu, negeri ini turut mempunyai sistem monarkinya yang tersendiri dan pewaris takhta kepada monarki yang telah terbina sejak berpuluh tahun dahulu.
Seperti negeri Kedah, Perak dan Selangor, pewaris takhta negeri Perlis turut digelar "Raja Muda".
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin merupakan penyandang gelaran "Raja Muda Perlis" pada hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Indera Kayangan
Tuanku Syed Faizuddin Putra  ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin
DK, SPMP

DYTM Tuanku Syed Faizuddin yang diputerakan pada 30 Disember 1967 merupakan satu satunya putera kepada DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rasyid. Baginda yang diputerakan di Bandar Diraja Arau mempunyai seorang adinda iaitu YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis, Sharifah Fazira bt DYMM Tuanku Syed Sirajuddin.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra dari tahun 1974 sehingga tahun 1979, dan kemudiannya menyambung pengajiannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Derma dari tahun 1980 sehingga 1982 sebelum berpindah ke Penang Free School pada tahun 1983. Pada tahun 1985 baginda menyambung pengajiannya ke Tingkatan 5 dan ke peringkat Matrikulasi Tingkatan 6 di Carey Grammar School di Australia. DYTM Tuanku Syed Faizuddin kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi di La Trobe University di Melbourne, Australia.

Dengan izin Illahi, DYTM Tuanku Syed Faizuddin telah bertemu jodoh dengan YBhg Lailatul Shahreen bt Dato' Khalil Akashah. Pasangan diraja ini telah mendirikan rumahtangga pada 9 Mei 1994 di Arau, Perlis. Pada hari pemasyuran DYTM Tuanku Syed Faizuddin sebagai Raja Muda Perlis, YBhg Lailatul Shahreen juga turut dimasyurkan sebagai Raja Puan Muda Perlis bergelar DYTM Tuanku Lailatul Shahreen.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin dan DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah memotong kek pada hari persandingan mereka
Foto : Portal Diraja Perlis
Bergambar kenangan bersama ayahanda dan bonda serta adinda baginda.
 Kira kira setahun selepas mendirikan rumahtangga, pasangan ini dukurniakan seorang puteri iaitu YAM Sharifah Khatreena Nuraniah bt DYTM Tuanku Syed Faizuddin diikuti dengan YAM Sharifah Farah Adriana bt DYTM Tuanku Syed Faizuddin pada tahun 2001 dan YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra ibni DYTM Tuanku Syed Faizuddin pada 12 April 2009. Pada 18 April 2009, istiadat pemasyuran nama putera baginda telah diadakan serentak dengan Istiadat Cukur Jambul dan Belah Mulut putera baginda yang bakal mewarisi takhta negeri Indera Kayangan ini.

Puteri sulong pasangan DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Perlis, YAM Sharifah Khatreena Nuraniah bersama YM Ku Husam.
Foto : Koleksi peribadi YM Ku Husam
 
Puteri kedua mereka, YAM Sharifah Farah Adriana bt DYTM Tuanku Syed Faizuddin bersama YM Ku Husam
Foto : Koleksi peribadi YM Ku Husam
YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra berada dipangkuan bondanya sambil diperhati oleh paduka ayahanda dan kekandanya 
DYMM Raja dan DYMM Raja Perempuan Perlis ketika Istiadat Cukur Jambul dan Belah Mulut YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra di Balairong Seri Istana Arau
DYTM Tuanku Syed Faizuddin dan DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah telah dimasyurkan sebagai Raja Muda dan Raja Muda Perlis Indera Kayangan pada 1 Ogos 2000 dalam satu istiadat ringkas yang diadakan di Balairong Seri Istana Arau.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin ketika istiadat pemasyurannya sebagai Raja Muda Perlis
Foto : Portal Diraja Perlis
Mengucup Keris Kebesaran DYTM Raja Muda
Foto : Portal Diraja Perlis
DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin memakaikan gendik ke jemala DYTM Raja Puan Muda sebagai simbolik pemasyurannya sebagai Raja Puan Muda.
Foto : Portal Diraja Perlis
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Indera Kayangan
Tuanku Lailatul Shahreen Akashah
SPMP
Pada 13 Disember 2001, paduka ayahanda DYTM Tuanku Syed Faizuddin telah berkenan berangkat ke Kuala Lumpur bagi menyempurnakan tugas tugas baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 12 selama 5 tahun. Oleh hal yang demikian, baginda telah berkenan memasyurkan DYTM Tuanku Syed Faizuddin sebagai pemangku Raja Perlis sepanjang tempoh baginda bergelar Yang di-Pertuan Agong. Pemasyuran tersebut telah berlangsung sehari sebelum DYMM Tuanku Syed Sirajuddin mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada12 Disember 2001 bertempat di Dewan Mengadap Istana Perlis, Kuala Lumpur. Pada istiadat tersebut, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Diraja Perlis, DK (Perlis) kepada DYTM Tuanku Syed Faizuddin.

Bersalaman dengan DYMM Raja Perlis pada Istiadat Perlantikan DYTM Raja Muda Perlis sebagai Pemangku Raja Perlis
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYTM Raja Muda Perlis membaca warkah ikrar baginda sebagai Pemangku Raja Perlis
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYTM Raja Muda Perlis menandatangani warkah ikrar tersebut
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYTM Raja Muda Perlis berkenan menerima DK Perlis daripada ayahandanya.
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Antara penghormatan tertinggi yang diterima oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin adalah baginda merupakan Yang Dipertuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis menggantikan ayahanda baginda. Baginda juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMaP)..

Potret DYTM Tuanku Syed Faizuddin sebagai Canselor UniMaP
Foto : Portal Universiti Malaysia Perlis
.......................................

Berdiri dari kiri
DYTM Raja Muda Perlis, DYMM Raja Perlis, DYMM Raja Perempuan Perlis, DYTM Raja Puan Muda Perlis
Gambar Keluarga Diraja Perlis semasa Majlis Istana Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 di Istana Arau
Berdiri dari kiri
YAM Puteri Norlin Syazwani bt Dato' Seri Mohd Yaacob (cucunda DYMM Raja Perlis), YBhg Dato' Seri Mohd Yaacob (suami YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis), YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis Syarifah Fazira bt DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, YAM Sharifah Farah Adriana bt DYTM Tuanku Syed Faizuddin, DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahteen Akashah, YAM Sharifah Khatreena Nuraniah
Duduk : DYMM Raja Perlis dan DYMM Raja Perempuan Perlis
Foto : Koleksi peribadi YM Ku Husam
Keberangkatan tiba DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Muda Perlis ke Istiadat Pertabalan DYMM Raja Perlis
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Di Istiadat Pertabalan DYMM Raja Perlis
Dari kiri : DYTM Raja Muda Perlis, DYTM Raja Puan Muda Perlis, YMM Raja Perempuan Besar Perlis Almarhumah Tuanku Tengku Budriah bt Almarhum Tengku Ismail
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYTM Raja Puan Muda Perlis bersama DYMM Raja Perempuan Perlis di Istiadat Pemeriksaan Perbarisan oleh DYMM Raja Perlis sempena Istiadat Pertabalan DYMM Raja Perlis
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar ini diambil ketika Istiadat Santapan Malam Sempena Pertabalan DYMM Raja Perlis
Dari kiri : DYMM Raja Perempuan Perlis, bekas Raja Permaisuri Agong ke 11 YAM Permaisuri Siti Aisyah, DYTM Raja Puan Muda Perlis
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis ketika di Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 12 di Istana Negara



DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Muda ketika menyaksikan rakaman program "Al Kuliyyah" yang diadakan di Balairong Seri Istana Arau.
.........................

p/s : 

ucapan setinggi tinggi TERIMA KASIH dan PENGHARGAAN kepada YM Ku Husam yang membenarkankan HUNKZ mengguna beberapa "keping" gambar daripada koleksi peribadinya untuk HUNKZ muatkan dalam entry "Pewaris Takhta : Perlis Indera Kayangan". YM Ku Husam merupakan kerabat diraja Kedah dan Pattani. YM juga merupakan ahli keluarga kepada TYT Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang iaitu Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.