Monday, March 21, 2011

YMM Tuanku Ampuan Bariah Mangkat

YMM Tengku Ampuan Bariah

Bonda tiri kepada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong,Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu YMM Tengku Ampuan Besar Terengganu,Tengku Bariah bt Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah mangkat hari ini pada usia 78 tahun.Almarhumah merupakan Sultanah Terengganu yang ke 16 dan isteri pertama kepada Almarhum. Sultan Mahmood Al Mukhtafi Billah Shah.Baginda berdua bersemayam diatas takhta selama 19 tahun dari tahun 1979 sehingga mangkatnya Sultan Mahmood pada tahun 1998.Almarhumah adalah bonda tiri Tuanku Mizan  dari hasil perkahwinan kedua Almarhum Sultan Mahmood bersama YTM Tengku Besar Terengganu,Syarifah Nong Al-Saggof.

YTM Tengku Besar Syarifah Nong Al-Saggof
Almarhumah merupakan anggota kerabat diraja Selangor.Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah ialah ayahanda Almarhumah merupakan Sultan Selangor iaitu nenda kepada Sultan Selangor hari ini iaitu Sultan Syarifuddin Idris Shah,Jadi, Almarhumah merupakan bonda saudara kepada kepada Sultan Syarifuddin.
Almarhum Sultan Hisyamuddin Alam Shah,Sultan Selangor ke 6
Jenazah Almarhumah disemayamkan di Istana Maziah sebelum dimakamkan mengikut adat istiadat diraja Terengganu di Makam Diraja Masjid Al-Muktafibillah, Ladang, Kuala Terengganu
.

Almarhumah duduk yang paling kanan sewaktu menghadiri pertabalan Tuanku Mizan selaku Yang Dipertuan Agong ke 13.
Almarhumah bediri paling kiri sewaktu menghadiri Majlis Santapan Malam sempena pertabalan Tuanku Mizan.
Dari kiri : Almarhumah Tuanku Bariah.YMM Tengku Intaz Zaharah (Raja Permaisuri Agong ke 4),DYMM Sultanah Haminah,DYMM Tuanku Bainun,KDYMM Tuanku Nur Zahirah,KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (Permaisuri Brunei),YMM Tunku Ampuan Najihah,Azrinaz Mazhar Hakim (bekas isteri Sultan Brunei) dan DYMM Sultanah Kalsom.

Dari kiri : Almarhumah Tuanku Bariah,YMM Tunku Ampuan Najihah,Almarhumah Tuanku Budriah,YMM Tunku Puan Zanariah,Almarhumah Tuanku Ampuan AfzanAlmarhumah Sultanah Bahiyah,YMM Tengku Anis dan DYMM Tuanku Bainun.

Sama samalah kita sedekahkan Al Fatihah kepada Almarhumah..