Tuesday, February 12, 2013

Gendik Diraja dan Kalung Diraja Raja Perempuan Perlis


Assalamualaikum w.b.t

Gendik Diraja
Sumber : Buku Cenderamata Hari Keputeraan Raja Perlis
Gendik Diraja merupakan sebahagian daripada Alat Kebesaran Diraja Negeri Perlis. Ianya merupakan pakaian ulu atau jemala atau kepala DYMM Raja Perempuan Perlis. Gendik Diraja ini diperbuat daripada emas putih dan ditatahkan dengan permata dan berlian yang bermutu tinggi. Rekabentuk separuh daripada gendik ini merupakan ukiran moif tangkai padi yang merupakan hasil utama negeri Perlis Indera Kayangan. Pada bahagian tengahnya pula disematkan pula dengan lakaran Jata Diraja.
Almarhumah Raja Perempuan Besar Perlis, Tuanku Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail merupakan Raja Perempuan Perlis pertama yang mengenakan gendik ini, kerana gendik ini mula diwujudkan ketika era Almarhumah bergelar DYMM Raja Perempuan Perlis. Pada hari ini, gendik ini diwarisi oleh DYMM Raja Perempuan Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid



Kalung Diraja juga merupakan Alat Kebesaran Diraja Perlis yang digandingkan bersekali dengan Gendik Diraja. Ianya diperbuat daripada emas putih bertatahkan penuh dengan permata dan berlian. Kalung Diraja ini dipakai oleh DYMM Raja Perempuan bersekali dengan Gendik Diraja dalam semua istiadat rasmi diraja.
Seperti Gendik Diraja, YMM Almarhumah Tuanku Tengku Budriah merupakan DYMM Raja Perempuan Perlis yang pertama mengenakannya dan kemudiannya diwarisi oleh DYMM Raja Perempuan Tuanku Tengku Fauziah setelah baginda menaiki takhta kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2000.

...............................

Pandangan sisi Gendik Diraja ketika ianya dipakai oleh DYMM Raja Perempuan Tuanku Tengku Fauziah pada Istiadat Santapan Malam Jubli Emas Sultan Kedah.
Gendik Diraja di jemala Almarhumah Raja Perempuan Tuanku Tengku Budriah ketika baginda menghadiri Istiadat Santapan Malam sempena Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia
Almarhumah Tuanku Budriah mengenakan Gendik dan Kalung Diraja dalam potret rasmi baginda sebagai DYMM Raja Perempuan Perlis
DYMM Raja Perempuan Tuanku Tengku Fauziah memakai Kalung Diraja 
DYMM Tuanku Tengku Fauziah mengenakan Gendik dan Kalung Diraja dalam potret rasmi baginda sebagai DYMM Raja Perempuan Perlis
................

Dipersilakan ke entry HUNKZ yang sebelum ini berkenaan dengan perhiasan Permaisuri Raja Melayu 














Thursday, February 07, 2013

Tuanku Haminah Dikurnia Darjah Kebesaran Kedua Tertinggi Jepun



Assalamualaikum w.b.t.
Pada tanggal 6 Februari 2013, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah dikurniakan dengan darjah kebesaran kedua tertinggi negara Jepun iaitu "Order of The Precious Crown". Darjah yang dikurniakan kepada baginda adalah darjah kelas pertama atau diistilahkan sebagai "Grand Cordon". Majlis pengurniaan tersebut telah dijalankan di Istana Negara oleh Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura sebagai wakil kepada Maharaja Jepun, Maharaja Akihito, sambil disaksikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Haminah merupakan Raja Permaisuri kelima Malaysia yang dikurniakan dengan darjah kebesaran ini.

Sumber : MyMetro

INFO BERKENAAN "ORDER OF THE PRECIOUS CROWN"

"Order of the Precious Crown" merupakan darjah kebesaran kedua tertinggi negara Jepun selepas "Supreme Order of The Chrysanthemum" telah dizahirkan pada 4 Januari 1888 oleh Maharaja Jepun ketika itu, Maharaja Meiji. Darjah kebesaran ini diwujudkan dalam 8 kelas yang berbeza, namun pada tahun 2003 darjah kelas ketujuh dan kelapan telah dimansuhkan.

Supreme Order of The Chrysanthemum
Darjah Kelas Pertama
Grand Cordon of The Order of the Precious Crown
Darjah Kelas Kedua
Order of the Precious Crown, Peony
Darjah Kelas Ketiga
Order of the Precious Crown, Butterfly
Darjah Kelas Keempat
Order of the Precious Crown, Wistaria
Darjah Kelas Kelima
Order of the Precious Crown, Apricot
Darjah Kelas Keenam
Order of the Precious Crown, Ripple
Hanya darjah kelas pertama sahaja yang mempunyai selempang serta bintang darjah, manakala darjah kebesaran kelas kedua sehingga keenam adalah berbentuk riben yang dipakai pada bahagian kiri dada.
Keanggotaan bagi darjah kebesaran ini hanyalah kepada Maharani Jepun, anggota kerabat diraja wanita dan dikurniakan kepada kerabat diraja Jepun, Permaisuri dan puteri diraja negara asing. 

Maharani Jepun, Michiko, mengenakan darjah kebesaran "Order of The Precious Crown" dalam potret baginda

Maharani Nagako turut mengenakan darjah  kebesaran "Order of The Precious Crown" dalam potret baginda. Baginda merupakan bonda kepada Maharaja Jepun, Akihito
Antara Permaisuri negara asing yang telah dikurniakan dengan darjah kebesaran ini ialah
  • Queen Margrethe of Denmark
  • Queen Paula of Belgium
  • Queen Silvia of Sweden
  • Queen Sirikit of Thailand 
  • Queen Sofia of Spain
  • Queen Sonja of Norway

Queen Sofia of Spain 
Queen Silvia of Sweden
Queen Sonja of Norway

Antara puteri diraja Jepun dan asing yang dikurniakan dengan darjah ini ialah
  • Crown Princess Masako of Japan
  • Princess Mako, cucunda sulung Maharaja dan Maharani Jepun
  • Crown Princess Mette Marit of Norway
  • Princess Basma of Jordan
  • Mendiang Princess Margaret, Countess of Snowdon (Adinda Ratu Elizabeth II)
  • Princess Anne the Princess Royal (Puteri Ratu Elizabeth II)
  • Princess Sirindhorn of Thailand

Puteri Mahkota Masako bersama suaminya, Putera Mahkota Naruhito
Princess Mako
Antara Raja Permaisuri Agong yang dikurniakan dengan darjah ini ialah
  • YMM Almarhumah Tengku Budriah, Raja Permaisuri Agong kedua
  • YMM Tengku Ampuan Tua Intan Zaharah, Raja Permaisuri Agong keempat
  • DYMM Raja Pemaisuri Perak, Tuanku Bainun, Raja Permaisuri Agong kesembilan
  • DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah, Raja Permaisuri Agong ke-12

Tuanku Bainun sebagai Raja Permaisuri Agong ketika itu mengenakan darjah kebesaran "Order of the Crown" ketika lawatan rasmi Maharaja dan Maharani Jepun ke Malaysia.
Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia
.....................

#Ralat Berita Harian

Berita Harian terbitan 7 Februari telah melakukan kesilapan dalam artikel berhubung dengan penganugerahan bintang kebesaran Jepun kepada Raja Permaisuri Agong. Darjah tersebut adalah "Order of  The Precious Crown" bukannya "Supreme Order of The Chrysanthemum"