Saturday, August 27, 2011

YAM TUNKU PUAN ZANARIAH BINTI ALMARHUM TENGKU AHMAD PANGLIMA RAJA


Diputerikan pada 5 Julai 1940 sebagai YM Tengku Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad,baginda merupakan anggota kerabat diraja Kelantan.Baginda merupakan permaisuri kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Iskandar,iaitu Sultan Johor.Hasil perkahwinan tersebut baginda berdua telah dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata iaitu 5 orang puteri dan seorang putera.

Pada tahun 1981 Almarhum Sultan Iskandar telah dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baharu menggantikan Almarhum ayahandanya,serentak dengan pemasyuran tersebut YAM Tunku Puan Zanariah juga bergelar Sultanah Johor dengan gelaran Sultanah Zanariah sehinggalah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010.
Namun baginda tidak pernah ditabalkan secara rasmi sebagai DYMM Sultanah Johor. dan atas sebab itu pada 17 Febuari 2011 gelaran baginda sebagai "Sultanah Zanariah" telah ditukarkan kepada "YAM Tunku Puan Zanariah" oleh DYMM Sultan Johor,Sultan Ibrahim.

YAM Tunku Puan Zanariah bersama Almarhum DYMM Sultan Iskandar
Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong ke 8 oleh Majlis Raja Raja pada 26 April 1984.Baginda memegang tampuk pemerintahan selama 5 tahun sehinggalah tamat penggal pemerintahan pada 25 April 1989.Selama tempoh tersebut YAM Tunku Puan Zanariah bergelar Raja Permaisuri Agong Malaysia ke 8.

Potret rasmi YAM Tunku Puan Zanariah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 8

YAM Tunku Puan Zanariah merupakan salah seorang daripada 2 orang puteri Almarhum Tengku Ahmad,Tengku Panglima Raja Kelantan, yang menjadi Sultanah Johor.Baginda merupakan adinda kepada  YAM Tunku Puan Nora yang juga merupakan bekas Sultanah Johor.

YAM Tunku Puan Zanariah (kanan) bersama YAM Tunku Puan Nora
.................................................................................................................................

YAM Tunku Puan Zanariah menaburkan bunga ke makam Almarhum Sultan Iskandar
Dari Kiri : DYMM Raja Zarith Sofea,YAM Tunku Puan Zanariah,YAM Tunku Puan Nora





YMM TUANKU AMPUAN NAJIHAH BINTI ALMARHUM TUNKU BESAR BURHANUDDIN


Dilahirkan pada 11 September 1924,YMM Tuanku Najihah merupakan permaisuri kepada Almarhum Tuanku Jaafar iaitu Yang Dipertuan Negeri Sembilan.Hasil perkongsian hidup bersama Almarhum Tuanku Jaafar,baginda telah dikurniakan dengan 6 orang cahayamata iaitu 3 orang putera dan puteri.

Keluarga Diraja Negeri Sembilan
Duduk dari kiri : YAM Tunku Laxmana Tunku Naqiuddin,Almarhum Tuanku Jaafar,YMM Tuanku Najihah,Tunku Dara Tunku Naquiah
Berdiri dari kiri : Tunku Irinah,Tunku Nadzaruddin,Tunku Muda Serting Tunku Imran,Tunku Puteri Tunku Jawahir.
Pada 19 Julai 1967,Almarhum Tuanku Jaafar telah berkenan memasyurkan baginda sebagai Tuanku Ampuan Negeri Sembilan yang baharu setelah Almarhum Tuanku Jaafar dimasyurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Almarhum Tuanku Munawir.
Pertabalan baginda sebagai Tuanku Ampuan Besar telah diadakan pada 8 April 1968 serentak dengan pertabalan Almarhum Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Apabila Almarhum Tuanku Jaafar dimasyurkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke 10 pada 16 April 1994,secara tidak langsung YMM Tuanku Najihah menjadi Raja Permaisuri Agong yang ke 10.Baginda berdua bersemayam sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selama 5 tahun sehinggalah tamat tempoh pemerintahan Almarhum Tuanku Jaafar pada 15 April 1999.


Potret rasmi Tuanku Najihah sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia ke 10
Selepas kemangkatan Tuanku Jaafar pada 27 Disember 2008,Tuanku Najihah bergelar "YMM Tuanku Ampuan Najihah"..

Istiadat pemakaman Almarhum Tuanku Jaafar pada 29 Disember 2008
...........................................................................................................

YMM Tuanku Najihah merupakan salah satu daripada 3 orang puteri Almarhum Tunku Besar Burhanuddin yang menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan.


Almarhumah YMM Tuanku Khursiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin ialah kekanda kepada YMM Tuanku Najihah.Baginda merupakan isteri kepada Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Baginda berdua merupakan Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pertama Tanah Melayu.


Almarhumah YMM Tuanku Durrah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin juga merupakan kekanda kepada YMM Tuanku Ampuan Najihah.Baginda ialah permaisuri kepada Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Baginda berdua merupakan ayahanda dan bonda kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sekarang iaitu DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir..

DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir




















Thursday, August 25, 2011

YMM RAJA PEREMPUAN MUZWIN BINTI ALMARHUM RAJA ARIF SHAH



YMM Raja Perempuan Muzwin merupakan bekas Raja Perempuan Perak.Baginda diputerikan pada 1 Mac 1929 di Batu Gajah, Perak dan merupakan isteri kedua Almarhum Sultan Perak ke-34 iaitu Almarhum Sultan Idris II.
Pada tahun 1936 YMM Raja Perempuan Muzwin telah belajar di Sekolah Inggeris Methodist, Ipoh sehingga tamat pengajiannya pada 1941.
Dengan izin Illahi, pada bulan Ogos 1943 baginda telah dijodohkan dengan Almarhum Sultan Idris Shah.
Perkahwinan tersebut telah diberkati dengan kehadiran 2 orang putera dan 3 orang puteri (salah seorang daripada puteri baginda mangkat sewaktu kecil).

Dari kiri :YTM Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain (Raja Kecil Besar Perak),YAM Raja Dato Seri  Nadzatul Shima  (Raja Puan Mahkota Perak), DYMM Almarhum Sultan Idris,YMM Raja Muzwin, DYMM Raja Zarith Sofea (isteri Sultan Johor) dan YAM Raja Dato Seri Jamil Ariffin

Pada 24 November 1957 baginda telah dimasyurkan sebagai Raja Puan Besar Perak apabila suaminya dilantik sebagai Raja Muda Perak,manakala pada 26 Oktober 1963 bertempat di Istana Iskandariah baginda secara rasminya ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak serentak dengan pertabalan Sultan Idris II sebagai Sultan Perak yang baru menggantikan Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah.

Buku cenderamata sempena pertabalan Sultan Idris II sebagai Sultan Perak 


YAM TUNKU PUAN NORA BINTI ALMARHUM TENGKU AHMAD PANGLIMA RAJA






YAM Tunku Puan Nora atau nama sebenarnya Tengku Nora binti Almarhum Tengku Ahmad merupakan ahli kerabat diraja Kelantan.Baginda adalah isteri ketiga Almarhum Sultan Ismail iaitu Sultan Johor.Baginda mendirikan rumahtangga bersama Almarhum pada bulan Oktober 1978,walaubagaimanapun perkahwinan tersebut tidak dikurniakan dengan cahaya mata.Baginda memakai gelaran Sultanah Nora sejurus selepas menjadi permaisuri kepada Almarhum Sultan Ismail.Baginda dimahkotakan sebagai Sultanah Johor namun tidak mengikut istiadat rasmi diraja Johor,,.
Baginda masih mengekalkan gelaran Sultanah Nora selepas kemangkatan Sultan Ismail pada 1981 sehinggalah gelaran baginda ditukarkan kepada "YAM Tunku Puan Nora" pada 17 Februari 2011 oleh Sultan Johor yang baru iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar yang juga merupakan cucunda tiri baginda.

YAM Tunku Puan Nora
Almarhum DYMM Sultan Ismail Al-Khalidi ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyur



YMM TUANKU INTAN ZAHARAH BINTI ALMARHUM TENGKU SERI SETIA RAJA TENGKU OMAR HITAM

Assalamualaikum w.b.t bloggers and visitors....
untok post kali nie dan seterusnya HUNKZ nak share pasal bekas permaisuri permaisuri Raja Melayu yang mana Alhamdulillah masih lagi dipanjangkan umur mereka..


Tuanku Intan Zaharah diputerikan pada 13 April 1928 di Singapura dan merupakan bekas Sultanah Terengganu.Pada 3 April 1944 baginda telah mendirikan rumahtangga dengan Sultan Terengganu ke 14 iaitu Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dan dikurniakan dengan 9 orang cahaya mata.
Pada 6 Jun 1949 baginda telah dimasyurkan sebagai Tengku Ampuan Besar Terengganu..
Baginda juga merupakan bekas Raja Permaisuri Agong Malaysia yang keempat yang bersemayam dari 21 September 1965 sehingga 20 September 1970..
Setelah kemangkatan Tuanku Ismail Nasiruddin pada tahun 1979,Tuanku Intan Zaharah bergelar Tengku Ampuan Terengganu dan apabila Sultan Mahmud iaitu anakanda tiri baginda merangkap Sultan Terengganu ke 15 mangkat,gelaran Tengku Ampuan Terengganu telah dianugerahkan kepada permaisuri almarhum iaitu Almarhumah Tengku Ampuan Bariah..
(klik SINI untuk mengetahui siapakah Tengku Ampuan Bariah)
Pada hari ini baginda bergelar YMM Tengku Ampuan Tua Terengganu..
Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu Yang Dipertuan Agong yang ke 13 merupakan cucunda baginda..

Potret baginda sewaktu bergelar Raja Permaisuri Agong
Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan Tuanku Intan Zaharah