Assalamualaikum w.b.t and Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut esok (at the time im writting this post)..^^
PEMASYURAN SEBAGAI YANG di-PERTUAN AGONG KE 12
Selepas kemangkatan Almarhum Seri Paduka Baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 21 November 2001 KDYMM Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah medapat perkenan Majlis Raja Raja untuk menjawat jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 12.
KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin dan DYMM Raja Perempuan Perlis,Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rasyid telah berangkat ke Kuala Lumpur pada 13 Disember 2001 untuk Istiadat Pemasyuran dan Mengangkat Sumpah Jawatan.
At the same time DYMM Sultan Terengganu,Tuanku Mizan Zainal Abidin telah dimasyur sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong..
Tuanku Syed Sirajuddin berangkat meninggalkan Bangunan Parlimen selepas Istiadat Memeriksa Perbarisan sebelum berangkat ke Istana Negara untuk Istiadat Pemasyuran dan Mengangkat Sumpah Jawatan. |
Baginda menandatangani dokumen Pemasyuran sebagai Yang di-Pertuan Agong |
PERTABALAN TUANKU SYED SIRAJUDDIN SEBAGAI YANG di-PERTUAN AGONG KE 12
Pada 25 April 2002 satu Istiadat Pertabalan telah diadakan dan kali ini adalah Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 12,KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulllail dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 12,DYMM Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rasyid.
Seperti Yang di-Pertuan Agong terdahulu,Tuanku Syed Sirajuddin turut melalui beberapa istiadat penting dalam Istiadat Pertabalan Baginda seperti Mengucup Al Quran dan Mengucup Keris Panjang Kerajaan..
Pada malam 25 April 2002 satu Istiadat Santapan Malam sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong telah diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Istiadat ini turut dihadiri oleh DDYMM Raja Raja Melayu dan Permaisuri, KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei dan DYMM Pengiran Isteri Anak Hajah Saleha serta Pengiran Isteri Hajah Mariam (bercerai pada 2003), Yang Dipertuan Negeri Melaka,Pulau Pinang,Sabah serta Sarawak, Menteri Kabinet, Pembesar Negeri dan Diplomat Asing..
ISTIADAT KEBERANGKATAN BALIK SERI PADUKA KE PERLIS
Pada 12 Disember 2006 satu Istiadat Keberangkatan Balik baginda dan DYMM Tuanku Fauziah telah diadakan. Istiadat ini bermakna telah tamat tempoh 5 tahun baginda berdua berada di atas tampuk pemerintahan negara..
Bersalaman bersama pekerja Istana Negara |
Berangkat meninggalkan Istana Negara dan menuju ke Bangunan Parlimen |
Memeriksa baris kehormatan sempena Istiadat Keberangkatan Balik baginda berdua di Dataran Parlimen. |
Bersalaman dengan Diplomat Asing |
Baginda berdua meninggalkan Kompleks Bunga Raya KLIA menuju ke pesawat khas yang membawa baginda berdua ke Perlis.. |
Baginda bersama DYTM Raja Muda Perlis memberi tabik hormat kepada anggota keselamatan yang menyambut ketibaan baginda di Istana Arau.. |
ISTIADAT SAMBUTAN KEBERANGKATAN BALIK KDYMM RAJA PERLIS DAN DYMM RAJA PEREMPUAN PERLIS
Istiadat ini telah diadakan pada 14 Disember 2006 dan berlangsung di Istana Arau.
Pada istiadat ini juga KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin dan DYMM Tuanku Fauziah telah diisytiharkan sebagai Raja dan Raja Perempuan Perlis...