Saturday, January 19, 2013

Hermes Para Puteri : YAM Tunku Dara Tunku Naquiah binti Almarhum Tuanku Jaafar dan YAM Tunku Putri Tunku Jawahir binti Almarhum Tuanku Jaafar



Assalamualaikum W.B.T..
Alhamdulillah HUNKZ panjatkan ke hadrat Illahi kerna dengan izinNya HUNKZ mendapat kesempatan ini untuk kembali ber"blog" setelah sekian lama menyepikan diri kerana HUNKZ sibuk dengan hal hal universiti..

.........................................

Dalam entry pertama HUNKZ untuk tahun 2013 ini, kita akan kembali ke "segmen" HERMES PARA PUTERI..
Dalam entry kali ini, dua orang puteri diraja yang menjadi topik entry ini ialah puteri diraja Negeri Sembilan iaitu YAM Tunku Dara, Tunku Naquiah dan YAM Tunku Putri, Tunku Jawahir.
Pada 18 Januari yang lalu, YAM Tunku Dara dan YAM Tunku Putri telah berkenan berangkat mengiringi bonda mereka iaitu YMM Tunku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah bagi merasmikan "Malaysia International Jewellery Fair" di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Turut berangkat pada majlis itu ialah YAM Tunku Irinah binti Almarhum Tuanku Jaafar.

Pada majlis tersebut, YAM Tunku Dara dan YAM Tunku Putri telah mengenakan beg berjenama Hermes bagi melengkapkan gaya baginda berdua. YAM Tunku Dara mengenakan "Birkin bag" manakala YAM Tunku Putri mengenakan "Kelly bag"...

YAM Tunku Dara, Tunku Naquiah binti Almarhum Tuanku Jaafar





YAM Tunku Putri, Tunku Jawahir binti Almarhum Tuanku Jaafar




............................................

Para pengunjung boleh klik link dibawah bagi melawat segmen "Hermes Para Puteri" HUNKZ yang sebelum ini