Saturday, June 29, 2013

YAM Tengku Amalin Aishah Putri Meneruskan Legasi YMM Raja Perempuan Tengku Anis


Assalamualaikum w.b.t

Pada malam Istiadat Persandingannya, YAM Tengku Amalin telah mengenakan tiara diraja yang pernah digunakan oleh YMM Raja Perempuan Tengku Anis sewaktu perkahwinan baginda bersama DYMM Sultan Ismail Petra pada tahun 1968


Foto : Warna Warni Diraja Kelate

YTM Tengku Ampuan Mahkota Kelantan Tengku Anis pada hari persandingan baginda bersama YTM Tengku Mahkota Tengku Ismail Petra 
Tiara bertatah penuh berlian ini merupakan koleksi peribadi milik YMM Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Pada bahagian tengah tiara ini terdapat lambang negeri Kelantan manakala pada bahagian kanan dan kirinya diterapkan unsur unsur rekaaan berbunga awan larat. Tiara ini merupakan tiara kebesaran Almarhumah Raja Perempuan Zainab II dan baginda sentiasa memakai tiara ini apabila menghadiri istiadat diraja.

Potret Almarhumah YMM Raja Perempuan Zainab II mengenakan tiara ini


Setelah menantu baginda iaitu YTM Tengku Ampuan Mahkota Tengku Anis menaiki takhta kerajaan negeri Kelantan bergelar DYMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis, tiara ini diwariskan kepada baginda. Tiara ini diletakkan di jemala DYMM Tengku Anis pada Istiadat Kemahkotaan dan Pertabalan DYMM Sultan Ismail Petra pada tahun 1980.

DYMM Raja Perempuan Tengku Anis selepas Istiadat Kemahkotaan dan Pertabalan
Baginda memakai tiara ini pada Istiadat Mengarak Panji Panji sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Ismail pada tahun 1989
Baginda memakai tiara yang sama semasa mencemar duli menghadiri Istiadat Santapan Malam sempena Jubli Emas KDYMM Sultan Kedah
Selain dari tiara ini, baginda juga mempunyai satu lagi tiara yang direka khusus untuk baginda. Baginda lebih kerap mengenakan tiara yang direka khusus untuk baginda ini berbanding tiara milik Almarhumah Raja Perempuan Zainab II. Bahkan hampir kesemua potret YMM Raja Perempuan Tengku Anis sepanjang bergelar DYMM Raja Perempuan Kelantan, baginda mengenakan tiara tersebut.
Dibawah ini merupakan antara koleksi foto YMM Raja Perempuan Tengku Anis mengenakan tiara yang direka khusus untuk baginda.

Pada Istiadat Santapan Malam sempena lawatan rasmi Yang di-Pertuan Agong IX Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Bainun ke Kelantan
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar ini diambil di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ketika baginda dan DYMM Sultan Ismail Petra berangkat mengiringi keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong X Tuanku Jaafar dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Najihah setelah menamatkan lawatan rasmi ke Kelantan
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Semasa berangkat ke Istiadat Santapan Malam sempena perkahwinan Putera Mahkota Brunei Al Mukhtadi Billah dengan PAIPA Sarah
Potret rasmi baginda sebagai DYMM Raja Perempuan Kelantan