Tuesday, June 25, 2013

YAM Tengku Amalin Aishah Putri binti DYMM Sultan Ismail Petra


Assalamualaikum w.b.t
Berita pertunangan antara YAM Tengku Amalin Aishah Putri dengan anakanda saudara KDYMM Sultan Brunei pada April yang lalu serta perkahwinan yang dijangka akan dilangsungkan pada penghujung Jun ini merupakan satu berita yang mengejutkan dan menggembirakan bagi seluruh rakyat Kelantan. 
Dalam entry kali ini, HUNKZ ingin berkongsi serba sedikit latar belakang YAM Tengku Amalin Aishah Putri.

YAM Tengku Amalin Aishah Puteri binti DYMM Sultan Ismail Petra
DK
YAM Tengku Amalin Aishah Putri telah diputerikan pada 26 Jun 1984 di bandar Kota Bharu merupakan anakanda bongsu kepada bekas Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan bekas Raja Perempuan Kelantan, YMM Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Baginda yang juga adinda KDYMM Sultan Muhammad V merupakan satu satunya puteri dalam keluarga diraja Kelantan ini. 

YAM Tengku Amalin bersama YMM Bonda
YAM Tengku Amalin bersama paduka ayahanda dan bonda serta kekanda kekanda baginda
Foto : pondokrahmat.blogspot
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Zainab II dari darjah satu sehingga darjah enam. Baginda kemudiannya menyambung pendidikan keperingkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Naim Lilbanat sehingga ke peringkat SPM. YAM Tengku Amalin kemudiannya menyambung pengajian baginda ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang undang undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selama empat tahun. 

YAM Tengku Amalin pada Istiadat Konvokesyen UIAM. Baginda berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Undang Undang (Kepujian).
Setelah berjaya menamatkan pengajian di UIAM, baginda kemudiannya telah memulakan perkhidmatannya sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu pada 21 Jun 2006 sehingga 15 Julai 2009. Kemudian baginda dilantik menjadi Penolong Kanan Pendaftar dan Timbalan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur, dimana baginda bertanggungjawab dalam mengendalikan kes kes yang berkaitan dengan sivil. Baginda bertugas di Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur sehingga 15 Julai 2012. 
Memandangkan YAM Tengku Amalin Aishah Putri mempunyai minat yang mendalam dalam bidang kehakiman, baginda banyak menghabiskan masanya dengan membaca bahan bacaan yang berasaskan pengetahuan am.
Kini baginda sedang mekanjutkan pengajiannya di peringkat Ijazah dalam bidang undang undang di Melbourne.

YAM Tengku Amalin diiringi paduka ayahanda dan bondanya pada hari pertama baginda bertugas sebagai Majistret di Mahkamah Majistret Kota Bharu.
Dalam kalangan rakyat Kelantan, YAM Tengku Amalin atau lebih dikenali sebagai "Ku Malin", merupakan seorang puteri raja yang kaya dengan sopan santun serta penuh dengan kesederhanaan. Baginda berjaya menambat hati rakyat dengan senyuman mesra baginda setiap kali berangkat menghadiri sesuatu majlis. Hal ini tidaklah mustahil kerana baginda telah diasuh sejak kecil lagi untuk mendampingi rakyat jelata. Baginda juga sentiasa turut sama berangkat bersama paduka ayahanda dan bondanya berangkat mencemar duli ke sesuatu majlis.

Berangkat bersama ayahanda dan bondanya ketika Istiadat Santapan Malam di Dewan Bankuet Kota Darul Naim sempena lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong IX Sultan Azlan Shah ke Kelantan
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Bersama ayahanda dan bonda ketika majlis perasmian sebuah bangunan perniagaan di Telipot, Kota Bharu.
YAM Tengku Amalin telah selamat melangsungkan pertunangan bersama anakanda saudara KDYMM Sultan Brunei iaitu YAM Pengiran Abdul Qawi pada bulan April yang lalu dalam satu istiadat ringkas yang dijalankan di Istana Negeri Kubang Kerian. 

YAM Pengiran Muda Abdul Qawi ibni DYTM Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah
Atas;
Wakil dari pihak Brunei ketika Istiadat Pertunangan YAM Tengku Amalin
Bawah Kanan;
Hantaran dari pihak Brunei
Bawah Kiri;
Hantaran dari pihak Kelantan
Foto : Instagram Raja Dato Seri Shah Rezza

....................................................................................................


YAM Tengku Amalin dipimpin oleh YMM Bondanya ketika mengurniakan hadiah
YAM Tengku Amalin berangkat bersama DYMM Sultan Ismail dan YMM Tengku Anis dalam satu majlis di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV
Foto : pondokrahmat.blogspot
YAM Tengku Amalin ketika kecil
Bersama Almarhumah nendanya, YM Tengku Azizah Almarhum Tengku Hamzah
Gambar kenangan bersempena lawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong X Almarhum Tuanku Jaafar dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tuanku Najihah ke Kelantan.
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Bersama kekandanya, KDYMM Sultan Muhammad V, yang ketika itu bergelar YTM Tengku Mahkota Kelantan.
Foto : pondokrahmat.blogspot
Ketika berangkat menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah, Pingat dan Bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Ismail Petra di Istana Balai Besar.
Foto : pondokrahmat.blogspot
YAM Tengku Amalin berangkat merasmikan Bazar Tengku Anis di Kota Bharu.
Berangkat menghadiri perasmian Pesta Flora oleh bondanya di Taman Orkid Tengku Anis, Pengkalan Chepa
Kasih seorang puteri kepada ayahandanya..
YAM Tengku Amalin menyuapkan makanan ke mulut DYMM Sultan Ismail dalam satu majlis sempena keputeraan DYMM Sultan Ismail di Istana Mahkota, Kubang Kerian.