Thursday, January 12, 2012

YAM Tunku Tun Maimunah Mangkat

Assalamualaikum w.b.t..
Semalam iaitu pada 12 Januari 2012 seluruh rakyat negeri Pahang Darul Makmur dikejutkan dengan kemangkatan kekanda KDYMM Sultan Pahang..

Almarhumah YAM Tunku Tun Maimunah binti Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi
Hari ini iaitu pada 13 Januari 2012 seluruh rakyat negeri Johor telah dikhabarkan dengan berita kemangkatan puteri bongsu Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi dan Almarhumah Sultanah Aminah iaitu YAM Tunku Tun Maimunah. 

Almarhum Sultan Ismail Al-Khalidi dan Almarhumah Sultanah Aminah
Almarhumah mangkat pada usia 72 tahun pada pukul 4.30 pagi di kediamannya di Bukit Gedung, Johor..
Almarhumah dilaporkan menghidap penyakit paru paru berair, kencing manis dan penyakit jantung.
Jenazah Almarhumah dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah selepas solat Jumaat

...............................

Almarhumah YAM Tunku Tun Maimunah telah diputerikan pada 12 Februari 1939 merupakan puteri dan anakanda bongsu  Almarhum DYMM Sultan Ismail dan Almarhumah DYMM Sultanah Aminah..
Kekanda kekanda Almarhumah yang lain ialah Almarhum YAM Tunku Abdul Jalil, Almarhumah YAM Tunku Kalthum Maimunah, YAM Almarhum Tunku Abdul Rahman, DYMM Almarhum Sultan Iskandar, YAM Almarhum Tunku Abdul Rahman dan YAM Almarhumah Tunku Helen..
Almarhumah telah mendirikan rumah tangga dengan YM Tunku Osman ibni Tunku Temenggong Tunku Ahmad..

YM Tunku Tan Sri Osman bin Tunku Temenggung Tunku Ahmad
DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum DYMM Sultan Iskandar iaitu Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Johor sekarang merupakan anakanda saudara Almarhumah.





Almarhumah ketika zaman mudanya

AL FATIHAH
SEMOGA ROH ALMARHUMAH DICUCURI RAHMAT ALLAH S.W.T.