Tuesday, January 17, 2012

Kalung Raja Permaisuri Agong

Assalamualaikum w.b.t...
Setelah kerajaan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, YTM Perdana Menteri yang pertama telah mencadangkan agar diwujudkan satu sistem penggiliran bagi tampuk pemerintahan Ketua Negara Tanah Melayu. Dari situlah diwujudkan sistem Yang di-Pertuan Agong..
Seiring dengan wujudnya sistem tersebut, beberapa buah alat kebesaran diraja telah diwujudkan bagi melambangkan kebesaran Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong..
Dalam entry ini, HUNKZ akan berkongsi tentang keunikan alat kebesaran yang dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dari yang pertama sehingga yang ke 13..

KALUNG DIRAJA

Sepanjang 55 tahun sistem Yang di-Pertuan Agong diwujudkan sebanyak 14 orang Raja Permaisuri Agong telah bertakhta di atas takhta kerajaan Malaysia..
Sepanjang tempoh itu juga dua buah Kalung Diraja yang menjadi alat kebesaran Raja Permaisuri Agong telah diwujudkan.
Kalung Diraja yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1957 untuk dipakai oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tanah Melayu yang pertama iaitu Almarhumah Tuanku Khursiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin semasa pertabalan baginda.
Kalung yang diperbuat daripada emas putih dengan bertatahkan berlian itu juga telah dipakai oleh Raja Permaisuri yang pertama sehingga yang ke 8..

Kalung Diraja yang pertama

Atas kiri : Raja Permaisuri Agong Pertama, Almarhumah Tuanku Khursiah bt Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
Atas kanan : Raja Permaisuri Agong ke 2, Almarhumah Tuanku Raja Jemaah bt Almarhum Raja Ahmad
Bawah kiri : Raja Permaisuri Agong ke 3, Almarhumah Tuanku Budriah Bt Almarhum Tengku Ismail
Bawah kanan : Raja Permaisuri Agong ke 4, YMM Tuanku Intan Zaharah bt Almarhum Tengku Omar (Tengku Ampuan Tua Terengganu)

Atas kiri : Raja Permaisuri Agong ke 5, Almarhumah Tuanku Bahiyah bt Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Atas kanan : Raja Permaisuri Agong ke 6, Almarhumah Tuanku Zainab bt Almarhum Tengku Muhammad Petra
Bawah kiri : Raja Permaisuri Agong ke 7, Almarhumah Tuanku Afzan bt Almarhum Tengku Muhammad Perang
Bawah kanan : Raja Permaisuri Agong ke 8,YMM Tunku Puan Zanariah bt Almarhum Tengku Ahmad

Semasa bersemayamnya Raja Permaisuri Agong yang ke 9 iaitu DYMM Tuanku Bainun (Raja Permaisuri Perak) Kalung Diraja yang pertama tadi sudah tidak diguna lagi dan digantikan dengan Kalung Diraja yang baru.

Kalung Diraja yang diwujudkan bagi menggantikan yang lama
Berbeza dengan yang lama, Kalung Diraja yang baru ini boleh diceraikan menjadi kerongsang, anting anting dan kerabu. Kalung ini juga diperbuat daripada emas putih dan berlian dan mempunyai rekaan bercorak tiga kuntum bunga yang berangkaian. Bahagian bunga inilah yang boleh diceraikan.

Kiri : Kalung yang diceraikan dan dijadikan kerongsang
Kanan : Kalung yang diceraikan dan dijadikan anting anting
(Sumber : Laman Web Istana Negara)

Gambar rasmi DYMM Tuanku Bainun sebagai Raja Permaisuri Agong ke 9.
Baginda mengenakan Kalung Diraja tersebut dengan menceraikan sebahagiannya sebagai anting anting.

Gambar rasmi YMM Tuanku Ampuan Najihah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 10.
Kalung Diraja tersebut diceraikan menjadi kerongsang dan "stomacher"

Gambar rasmi YAM Permaisuri Siti Aishah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 11
Baginda tidak memakai Kalung Diraja, sebaliknya menceraikannya dan dijadikan "stomacher"

Gambar rasmi DYMM Tuanku Fauziah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 12
Baginda menceraikan Kalung Diraja tersebut dengan menjadikannya anting anting dan sebahagian lagi  kekal sebagai kalung.
Daripada tiga kuntum bunga menjadi dua kuntum sahaja

Gambar rasmi KDYMM Sultanah Nur Zahirah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 13.
Baginda menceraikan Kalung Diraja itu kepada dua iaitu sebagai kalung dan kerongsang
.......................................

Semasa berangkat menghadiri Istiadat Perkahwinan Putera Mahkota Brunei, DYMM Tuanku Fauziah (ketika itu sebagai Raja Permaisuri Agong). Baginda tidak memakai Kalung Diraja tetapi memakai sebahagian daripada kalung tersebut yang dijadikan kerongsang yang disematkan pada Darjah DMN baginda. Kalung yang sedang dipakai oleh baginda itu merupakan Kalung Raja Perempuan Perlis yang merupakan sebahagian alat kebesaran diraja Perlis.
Salah satu potret DYMM Tuanku Fauziah sedang memakai Kalung Diraja.
Baginda menceraikan kalung tersebut kepada dua biji kerongsang dan sepasang anting anting
(Sumber : Jabatan Penerangan Negara)
KDYMM Sultanah Nur Zahirah (ketika itu sebagai Raja Permaisuri Agong) memakai Kalung Diraja tanpa menceraikannya ketika berangkat menghadiri Istiadat Santapan Malam sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 13
Gambar lain YAM Permaisuri Siti Aishah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 11.
Baginda tidak mengenakan Kalung Diraja tetapi menceraikannya dan dipakai sebagai kerongsang
Gambar lain YMM Tuanku Najihah memakai Kalung Diraja tanpa diceraikan..
(Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia)