Saturday, November 05, 2011

MEMORI : TUANKU SYED SIRAJUDDIN SEBAGAI KETUA NEGARA KE 12

Assalamualaikum w.b.t and Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha yang bakal disambut esok (at the time im writting this post)..^^

PEMASYURAN SEBAGAI YANG di-PERTUAN AGONG KE 12

Selepas kemangkatan Almarhum Seri Paduka Baginda Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 21 November 2001 KDYMM Raja Perlis,Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail telah medapat perkenan Majlis Raja Raja untuk menjawat jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 12.
KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin dan DYMM Raja Perempuan Perlis,Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rasyid telah berangkat ke Kuala Lumpur pada 13 Disember 2001 untuk Istiadat Pemasyuran dan Mengangkat Sumpah Jawatan.
At the same time DYMM Sultan Terengganu,Tuanku Mizan Zainal Abidin telah dimasyur sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong..

Tuanku Syed Sirajuddin berangkat meninggalkan Bangunan Parlimen selepas Istiadat Memeriksa Perbarisan sebelum berangkat ke Istana Negara untuk Istiadat Pemasyuran dan Mengangkat Sumpah Jawatan.
Baginda menandatangani dokumen Pemasyuran sebagai Yang di-Pertuan Agong

PERTABALAN TUANKU SYED SIRAJUDDIN SEBAGAI YANG di-PERTUAN AGONG KE 12

Pada 25 April 2002 satu Istiadat Pertabalan telah diadakan dan kali ini adalah Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 12,KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalulllail dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 12,DYMM Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rasyid.
Seperti Yang di-Pertuan Agong terdahulu,Tuanku Syed Sirajuddin turut melalui beberapa istiadat penting dalam Istiadat Pertabalan Baginda seperti Mengucup Al Quran dan Mengucup Keris Panjang Kerajaan..






Pada malam 25 April 2002 satu Istiadat Santapan Malam sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong telah diadakan di Istana Negara, Kuala Lumpur. Istiadat ini turut dihadiri oleh DDYMM Raja Raja Melayu dan Permaisuri, KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei dan DYMM Pengiran Isteri Anak Hajah Saleha serta Pengiran Isteri Hajah Mariam (bercerai pada 2003), Yang Dipertuan Negeri Melaka,Pulau Pinang,Sabah serta Sarawak, Menteri Kabinet, Pembesar Negeri dan Diplomat Asing..



Berdiri dari kiri : YABhg Tun Dr Mahathir, YABhg Tun Abang Muhammad Salahuddin(TYT Sarawak), Allahyarham TYT Melaka Tun Syed Ahmad Shahabudin, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah (Selangor), DYMM Sultan Mizan (Terengganu), YMM Sultan Ismail Petra (Mantan Al Sultan Kelantan), DYMM Tuanku Abdul Halim (Kedah), KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah (Brunei), DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, DYMM Almarhum Tuanku Jaafar (Negeri Sembilan), DYMM Sultan Ahmad Shah (Pahang), DYMM Sultan Azlan Shah (Perak), DYTM Tuanku Syed Faizuddin (Raja Muda Perlis), YABhg Tun Sakaran Dandai (mantan TYT Sabah), YABhg Tun Abdul Rahman Abbas (TYT Pulau Pinang),YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi
Duduk dari kiri : YABhg Toh Puan Majimor (isteri TYT Pulau Pinang),YABhg Toh Puan Siti Rukaiyah (isteri Tun Sakaran), DYTM Tuanku Lailatun Shahreen (Raja Puan Muda Perlis), YMM Raja Perempuan Tengku Anis (permaisuri YMM Sultan Ismail Petra), YMM Tunku Ampuan Najihah, DYMM Pengiran Isteri Anak Hajah Saleha,DYMM Tuanku Fauziah, Pengiran Isteri Hajah Mariam, DYMM Sultanah Hajah Kalsom (Sultanah Pahang), DYMM Tuanku Bainun (Raja Permaisuri Perak), YABhg Toh Puan Syarifah Marfuza (isteri Tun Syed Ahmad Syahabudin), YABhg Toh Puan Norkiah (isteri TYT Sarawak),YMM Almarhumah Tengku Budriah (Raja Perempuan Besar Perlis)

ISTIADAT KEBERANGKATAN BALIK SERI PADUKA KE PERLIS

Pada 12 Disember 2006 satu Istiadat Keberangkatan Balik baginda dan DYMM Tuanku Fauziah telah diadakan. Istiadat ini bermakna telah tamat tempoh 5 tahun baginda berdua berada di atas tampuk pemerintahan negara..

Bersalaman bersama pekerja Istana Negara
Berangkat meninggalkan Istana Negara dan menuju ke Bangunan Parlimen

Memeriksa baris kehormatan sempena Istiadat Keberangkatan Balik baginda berdua di Dataran Parlimen.
Bersalaman dengan Diplomat Asing
Baginda berdua meninggalkan Kompleks Bunga Raya KLIA menuju ke pesawat khas yang membawa baginda berdua ke Perlis..

Baginda bersama DYTM Raja Muda Perlis memberi tabik hormat kepada anggota  keselamatan yang menyambut ketibaan baginda di Istana Arau..
ISTIADAT SAMBUTAN KEBERANGKATAN BALIK KDYMM RAJA PERLIS DAN DYMM RAJA PEREMPUAN PERLIS

Istiadat ini telah diadakan pada 14 Disember 2006 dan berlangsung di Istana Arau.
Pada istiadat ini juga KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin dan DYMM Tuanku Fauziah telah diisytiharkan sebagai Raja dan Raja Perempuan Perlis...