Saturday, August 27, 2011

YMM TUANKU AMPUAN NAJIHAH BINTI ALMARHUM TUNKU BESAR BURHANUDDIN


Dilahirkan pada 11 September 1924,YMM Tuanku Najihah merupakan permaisuri kepada Almarhum Tuanku Jaafar iaitu Yang Dipertuan Negeri Sembilan.Hasil perkongsian hidup bersama Almarhum Tuanku Jaafar,baginda telah dikurniakan dengan 6 orang cahayamata iaitu 3 orang putera dan puteri.

Keluarga Diraja Negeri Sembilan
Duduk dari kiri : YAM Tunku Laxmana Tunku Naqiuddin,Almarhum Tuanku Jaafar,YMM Tuanku Najihah,Tunku Dara Tunku Naquiah
Berdiri dari kiri : Tunku Irinah,Tunku Nadzaruddin,Tunku Muda Serting Tunku Imran,Tunku Puteri Tunku Jawahir.
Pada 19 Julai 1967,Almarhum Tuanku Jaafar telah berkenan memasyurkan baginda sebagai Tuanku Ampuan Negeri Sembilan yang baharu setelah Almarhum Tuanku Jaafar dimasyurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Almarhum Tuanku Munawir.
Pertabalan baginda sebagai Tuanku Ampuan Besar telah diadakan pada 8 April 1968 serentak dengan pertabalan Almarhum Tuanku Jaafar sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Apabila Almarhum Tuanku Jaafar dimasyurkan sebagai Yang Dipertuan Agong ke 10 pada 16 April 1994,secara tidak langsung YMM Tuanku Najihah menjadi Raja Permaisuri Agong yang ke 10.Baginda berdua bersemayam sebagai Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong selama 5 tahun sehinggalah tamat tempoh pemerintahan Almarhum Tuanku Jaafar pada 15 April 1999.


Potret rasmi Tuanku Najihah sebagai Raja Permaisuri Agong Malaysia ke 10
Selepas kemangkatan Tuanku Jaafar pada 27 Disember 2008,Tuanku Najihah bergelar "YMM Tuanku Ampuan Najihah"..

Istiadat pemakaman Almarhum Tuanku Jaafar pada 29 Disember 2008
...........................................................................................................

YMM Tuanku Najihah merupakan salah satu daripada 3 orang puteri Almarhum Tunku Besar Burhanuddin yang menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan.


Almarhumah YMM Tuanku Khursiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin ialah kekanda kepada YMM Tuanku Najihah.Baginda merupakan isteri kepada Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Baginda berdua merupakan Yang Dipertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong pertama Tanah Melayu.


Almarhumah YMM Tuanku Durrah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin juga merupakan kekanda kepada YMM Tuanku Ampuan Najihah.Baginda ialah permaisuri kepada Almarhum Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.Baginda berdua merupakan ayahanda dan bonda kepada DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sekarang iaitu DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir..

DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir