Thursday, August 25, 2011

YMM RAJA PEREMPUAN MUZWIN BINTI ALMARHUM RAJA ARIF SHAH



YMM Raja Perempuan Muzwin merupakan bekas Raja Perempuan Perak.Baginda diputerikan pada 1 Mac 1929 di Batu Gajah, Perak dan merupakan isteri kedua Almarhum Sultan Perak ke-34 iaitu Almarhum Sultan Idris II.
Pada tahun 1936 YMM Raja Perempuan Muzwin telah belajar di Sekolah Inggeris Methodist, Ipoh sehingga tamat pengajiannya pada 1941.
Dengan izin Illahi, pada bulan Ogos 1943 baginda telah dijodohkan dengan Almarhum Sultan Idris Shah.
Perkahwinan tersebut telah diberkati dengan kehadiran 2 orang putera dan 3 orang puteri (salah seorang daripada puteri baginda mangkat sewaktu kecil).

Dari kiri :YTM Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain (Raja Kecil Besar Perak),YAM Raja Dato Seri  Nadzatul Shima  (Raja Puan Mahkota Perak), DYMM Almarhum Sultan Idris,YMM Raja Muzwin, DYMM Raja Zarith Sofea (isteri Sultan Johor) dan YAM Raja Dato Seri Jamil Ariffin

Pada 24 November 1957 baginda telah dimasyurkan sebagai Raja Puan Besar Perak apabila suaminya dilantik sebagai Raja Muda Perak,manakala pada 26 Oktober 1963 bertempat di Istana Iskandariah baginda secara rasminya ditabalkan sebagai Raja Perempuan Perak serentak dengan pertabalan Sultan Idris II sebagai Sultan Perak yang baru menggantikan Almarhum Sultan Yusuf Izuddin Shah.

Buku cenderamata sempena pertabalan Sultan Idris II sebagai Sultan Perak