Tuesday, May 31, 2011

Mangkatnya Bonda Sultan Selangor,Almarhumah Raja Saidatul Ihsan bt Raja Badar



hai pelawat terhormat....
tadi masa HUNKZ tengah layan berita terkini kat TV3,terdengar la pulak berita kemangkatan bonda kepada Sultan Syarafuddin Idris Shah,Sultan Selangor...

Sultan Syarafuddin Idris Shah
Almarhumah Raja Saidatul Ihsan merupakan isteri pertama kepada Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah..Almarhumah juga merupakan sepupu kepada Almarhum Sultan Salahuddin..
Almarhumah adalah kerabat diraja Selangor dan Perak..Ayahanda Almarhumah adalah Tengku Badar Shah ibni Almarhum Sultan Alaedin Sulaiman Shah dari Selangor manakala bonda Almarhumah adalah Raja Embin Izmah binti Almarhum Sultan Abdul Jalil dari Perak..
Hasil perkongsian hidup bersama Almarhum Sultan Salahuddin,pasangan diraja ini dikurniakan dengan 3 putera dan 4 puteri iaitu, DYMM Sultan Syarafuddin Idris Shah,YAM Tengku Puteri Sofiah,YAM Tengku Sulaiman Shah,YAM Tengku Puteri Zanariah,YAM Tengku Abdul Samad Shah,YAM Tengku Puteri Arafiah dan YAM Tengku Puteri Aishah.
Namun jodoh Almarhumah bersama Almarhum Sultan Salahuddin tidak panjang dan pasangan ini bercerai sebelom Almarhum Sultan Salahuddin menaiki takhta kerajaan Selangor.

Almarhum Sultan Slahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah

Almarhumah menghembushan nafas terakhir di Hospital Pakar Ampang Puteri  pada kira kira jam 9.00 pagi pada usia 88 tahun.Jenazah Almarhumah akan dimakamkan di Makam Diraja Shah Alam.

..AL -FATIHAH..