Monday, May 30, 2011

DYMM Sultanah Zainab binti Almarhum Tengku Muhammad Petra




Siapakah gerangan empunya nama dan gambar diatas....
mungkin orang Kelantan agak familiar dengan nama itu...
let HUNKZ start..

empunyanya adalah permaisuri kepada Sultan Kelantan ke 27 dan Yang Dipertuan Agng ke 6,Almarhum Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim...
Almarhumah Sultanah Zainab juga adalah bonda kepada mantan Sultan
 Kelantan ke 28,YMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra....

Almarhum Sultan Yahya
YMM Sultan Ismail Petra

Baginda Sultanah Zainab diputerikan pada 7 Ogos 1917.
Ayahanda baginda, Tengku Muhammad Petra merupakan Tengku Sri Utama Raja manakala bonda baginda, Tengku Kembang Petri merupakan puteri kepada Almarhum Sultan Muhammad IV.

Baginda dan Almarhum Sultan Yahya mendirikan rumahtangga pada 4 Jun 1939.Hasil perkongsian hidup tersebut baginda dikurniakan tujuh orang cahayamata iaitu 6 puteri dan seorang putera.
Namun dua daripada puteri baginda mangkat sewaktu masih kecil lagi..
Puteri baginda adalah YAM Tengku Merjan,YAM Tengku Rozan,YAM Salwani dan YAM Tengku Salwani..
satu satunya putera pasangan ini adalah YMM Sultan Ismail Petra..

Almarhum Sultan Yahya Petra dan Almarhumah Sultanah Zainab bersama anakanda..

Pada 9 Jun 1956 baginda dianugerahkan dengan gelaran Tengku Ampuan Mahkota Kelantan oleh almarhum ayahanda mertua baginda, Almarhum Sultan Ibrahim.
Serentak dengan itu baginda dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) peringkat pertama..

Darjah SPMK

Sehari selepas kemangkatan Sultan Ibrahim iaitu pada 10 Julai 1960,baginda dimasyurkan sebagai Raja Perempuan Kelantan serentak dengan pemasyuran Sultan Yahya Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru.
Baginda dikurniakan dengan Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK Kelantan) sempena dengan ulang tahun pertama keputeraan Sultan Yahya Petra..

DK Kelantan
Baginda juga merupakan Raja Permaisuri Agong Malaysia yang ke 6 apabila Sultan Yahya Petra dimasyur sebagai Yang Dipertuan Agong ke 6.Baginda berada diatas takhta kerajaaan Malaysia dari  21 September 1975 hingga 29 Mac 1979

Almarhumah Sultanah Zainab sebagai Raja Permaisuri Agong
Baginda Sultanah Zainab mangkat pada 10 Januari 1993 di Istana Negeri pada usia 75 tahun..


----------------------------------------------------------------------------------------------

Sewaktu melakukan lawatan ke Sabah ketika menjadi Raja Permaisuri Agong

YAM Tengku Merjan binti Almarhum Sultan Yahya Petra

YAM Tengku Rozan binti Almarhum Sultan Yahya Petra

YAM Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahya Petra

YAM Tengku Rohani binti Almarhum Sultan Yahya Petra

YMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra

Bersama satu satunya putera baginda


Duduk dari kiri : Almarhum Sultan Ibrahim,Almarhum Sultan Yahya Petra,Almarhumah Sultanah Zainab,Almarhum Sultan Ismail

Dari kiri : YMM Tengku Anis (sewaktu bergelar Tengku Ampuan Mahkota),Almarhumah Sultanah Zainab,Tun Hajah Rahah