Tuesday, November 24, 2009

Pemerintah Paling Lama Didunia

HM Raja Bhumibol Adulyadej

Raja Thailand,Bhumibol Adulyadej merupakan pemerintah atau ketua negara sebuah negara monarki yang paling lama memerintah di dunia iaitu selama 63 tahun.Baginda menaiki takhta negara Thailand pada 9.6.1946 setelah kemangkatan kekandanya,Raja Ananda Adulyadej.Namun begitu baginda masih belum ditabalkan dan menjalankan tugasnya sebagai Raja Thailand kerana masih menuntut di Switzerland.Tugas baginda telah dipangku oleh ayahanda saudaranya iaitu Putera Rangsit.

Kemangkatan kekandanya setelah ditemui mati didalam biliknya di Grand Palace,Bangkok merupakan satu misteri yang masih belum terungkap ke hari ini.Spekulasi ada mengatakan bahawa kemangkatannya disebabkan oleh satu komplot pembunuhan yang dibuat oleh adindanya,Raja Bhumibol Adulyadej.

Raja Bhumibol dilahirkan pada 5.12.1927 di Mount Aubum Hospital,Massachusetts.Baginda merupakan putera kedua kepada Raja Mahidol Adulyadej dan Permaisuri Sangwal.Baginda mempunyai seorang abang,Raja Ananda Adulyadej dan seorang kakak,Puteri Galyani Vanadha.Kedua dua orang kekandanya telah mangkat.


HM Ratu Sirikit

Pada 19.7.1949 satu pertunangan ringkas antara baginda dengan sepupunya,Rajawongse Sirikit Kitiyakara telah diadakan di Lausanne.Seminggu sebelum berlangsungnya upacara pertabalan baginda sebagai Raja Thailand iaitu pada 28.4.1950 majlis perkahwinan baginda telah diadakan.Selepas pertabalan baginda isterinya telah memakai gelaran,Ratu Sirikit

Hasil perkahwinan tersebut baginda berdua telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu seorang putera dan tiga orang puteri.Anakanda mereka yang pertama ialah Puteri Ubolratana Rajakanya diikuti oleh Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn,Puteri Maha Chakri Siridhorn dan Puteri Chulaborn Walailak.

Pada 9.6.2006,satu peristiwa bersejarah telah dilakar di Thailand apabila rajanya telah genap 60 tahun berada diatas takhta kerajaan Thailand.Bagi meraikan detik bersejarah itu pelbagai acara keagamaan dan hiburan telah diadakan.Pada 13.6.2006 satu upacara makan malam negara telah diadakan di Grand Palace,Bangkok.

dekat bawah ni ada a few gambar pada majlis makan malam itu

.......


....


Emir Qatar,Syeikh Hamad dan Syeikha Mozah

Maharaja Jepun,Maharaja Akihito dan Maharani Michiko

Sultan Brunei,Sultan Hasssanal Bolkiah dan Pengiran Isteri Anak Hajah Saleha

Raja Kemboja,King Norodom Sihamoni

Raja Jordan,King Abdullah

Yang Dipertuan Agong Malaysia,Tuanku Syed Sirajuddin dan Tuanku Fauziah

Raja Monaco,Prince Albert

Raja Swaziland,King Mswati III dan Permaisuri

Raja Sweden,King XVI Carl Gustaf dan Queen Silvia

Puteri Lalla Salma dari Morocco

Queen Sophia dari Sepanyol

Majlis Makan Malam