Saturday, November 07, 2009

Darjah Tertinggi Negara dan Negeri

Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM)
Darjah ini hanya mempunyai satu pangkat sahaja dan hanya dipersembahkan kepada Duli Duli  Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu yang ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong.Keanggotaan bagi darjah ini dihadkan kepada sepuluh lantikan sahaja dala, satu masa,Darjah DKM ini mula dizahirkan pada tahun 1966
Seri Paduka Baginda Yangdi-Pertuan Agong ke 11, DYMM Almarhum Sultan Salahuddin berkenan menerima Darjah DKM
Tuanku Mizan memakai Darjah DKM
........................................................

Darjah Seri Utama Mahkota Negara (DMN)
Darjah ini hamya mempunyai satu pangkat sahaja dan keanggotaannya terhad kepada 30 otang sahaja.Darjah Kebesaran ini dipersembahkan kepada Duli Duli Yang Maha Mulia Raja Raja Melayu yang baru ditabalkan dan kepada Duli Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Raja Melayu yang bakal ditabalkan sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.Darjah ini juga turut dikurniakan kepada pemerintah luar negara.Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958
DYMM Tuanku Muhriz berkenan menerima Darjah DMN daripada YAB Dato Seri Najib
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 10, DYMM Tuanku Najihah berkenan menerima Darjah DMN daripada YABhg Tun Mahathir


Almarhum Tunku Abdul Rahman merupakan satu satunya penerima tunggal DMN dalam kalangan pembesar
Raja Sweden, King Carl Gustav dan Permaisuri Sweden, Ratu Silvia antara penerima DMN dari kalangan pemerintah luar  negara.
HM Ratu Elizabeth II memakai darjah DMN sewaktu mengadakan lawatan ke Malaysia
....................................................................................

Darjah Kerabat Negeri Perak, DK(PERAK)
Dk Perak ini telah dizahirkan pada tahun 1957 oleh Almarhum Sultan Perak ketika itu iaitu Almarhum Paduka Seri Sultan Yussuf Izuddin.Darjah ini hanya dikurniakan kepada Paduka Seri Sultan Perak, Raja Raja Melayu dan kerabat diraja Perak. Selain itu darjah ini turut dikurniakan kepada pemerintah luar negara.
DK Perak hanya diwujudkan dalam satu peringkat sahaja.
DK Perak dalam gambar diatas merupakan versi baru yang diperkenankan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah
Versi lama DK Perak 
KDYMM Sultan Muhammad V berkenan menerima DK Perak daripada Sultan Azlan Shah 
Sultab Brunei antara raja pemerintah luar negara yang pernah menerima DK Perak
Almarhumah YMM Raja Perempuan Muzwin mengenakan DK Perak versi lama
......................................................................

Darjah Kerabat Negeri Johor, DK(JOHOR)
Darjah ini telah dizahirkan pada tahun 1886 oleh Almarhum Sultan Abu Bakar .
Darjah ini hanya dikurniakan kepada pemerintah negeri Johor,Raja Raja Melayu dan kerabat diraja.
Darjah ini juga turut dikurniakan kepada individu yang berjasa 
Sultan Ibrahim Ismail memakai DK Johor
YMM Tunku Puan Zanariah memakai DK Johor dalam potret rasmi baginda sebagai Sultanah Johor
KDYMM Sultan Muhammad V berkenan menerima DK Johor daripada DYTM  Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim
...................................................................................


Darjah Kerabat Negeri Pahang,DK(PAHANG)
Dizahirkan oleh Almarhum DYMM Sultan Abu Bakar pada tahun 1977, darjah ini hanya dikurniakan kepada pemerintah negeri Pahang sahaja manakala bagi Raja Raja Melayu dan ahli kerabat diraja mereka dianugerahkan dengan Darjah Kerabat Negeri Pahang kelas kedua.
Sultan Pahang, KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah memakai DK Pahang
Darjah Kerabat Pahang Kelas ke 2
.....................................................................
Darjah Kerabat Negeri Kelantan, DK(KELANTAN)
Darjah ini turut dikenali dengan nama lain iaitu "Al Yunusi".Darjah ini telah dizahirkan pada tahun 1916 oleh Almarhum Sultan Muhammad IV dan dianugerahkan kepada pemerintah negeri Kelantan, Raja Raja Melayu, kerabat diraja negeri dan para pembesar yang berjasa.Darjah ini hanya wujud dalam satu peringkat sahaja.
Wakil rombongan dari Kelantan yang akan mempersembahkan DK Kelantan kepada DYMM Tuanku Muhriz
KDYMM Sultan Muhammad V memakai DK Kelantan
.................................................................................

Darjah Kerabat Negeri Kedah, DK(KEDAH)
Darjah ini dizahirkan oleh KDYMM Tuanku Abdul Halim pada tahun 1964 dan diwujudkan dalam satu peringkat sahaja.
DK Kedah hanya dianugerahkan kepada Raja pemerintah Kedah, Raja Raja Melayu, ahli kerabat diraja serta individu yang berjasa.
Almarhum DYMM Sultan Iskandar dan YMM Tunku Puan Zanariah mengenakan darjah DK Kedah ketika menghadiri Istiadat Santapan Malam sempena Jubli Emas Pemerintahan Sultan Abdul Halim
.............................................................................

Darjah Kerabat Negeri Terengganu, DK(TERENGGANU)
Darjah ini diwujudkan pada tahun 1962 oleh Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Keanggotaan bagi darjah ini terhad kepada
Raja pemerintah Kedah, Raja Raja Melayu, ahli kerabat diraja serta individu yang berjasa.
Almarhum YAM Tunku Abdul Rahman antara golongan bukan dari Kerabat Diraja Terengganu dan pembesar yang pernah dianugerah DK Terengganu..
....................................................................................

Darjah Kerabat Negeri Selangor, DK(SELANGOR)
Darjah ini telah dizahirkan pada tahun 1961 dan diwujudkan dalam dua peringkat iaitu DK  dan DK II.
Darjah ini dikurniakan kepada
 Raja pemerintah Kedah, Raja Raja Melayu, ahli kerabat diraja serta individu yang berjasa dan turut dikurniakan kepada Raja negara lain sebagai tanda persahabatan dengan Baginda Sultan Selangor.


DYMM Sultan Selangor berkenan mengurniakan DK Selangor kepada KDYMM Sultan Muhammad V
................................................................
Darjah Kerabat Negeri Perlis, DK(PERLIS)
Dizahirkan oleh Almarhum DYMM Tuanku Syed Putra Jamalullail pada tahun 1965 , darjah ini  hanya terhad kepada Raja Perlis,Raja Raja Melayu serta anggota kerabat diraja.
Darjah ini hanya wujud dalam satu peringkat sahaja.
DYMM Tuanku Muhriz memakai DK Perlis
...................................................................


Darjah Kerabat Negeri Sembilan, DK(NEGERI SEMBILAN)
Darjah tertinggi Negeri Sembilan ini telah dizahirkan oleh Almarhum DYMM Tuanku Jaafar pada tahun 1979 dan hanya diwujudkan dalam satu peringkat sahaja. DK Negeri Sembilan ini hanya dikurniakan kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan Tuanku Ampuan Besar,Raja Raja Melayu dan para kerabat diraja serta individu yang berjasa.
Foto diatas adalah versi DK Negeri Sembilan yang diperkenalkan oleh Almarhum DYMM Tuanku Jaafar.Versi baru darjah ini telah dizahirkan dalam era pemerintahan DYMM Tuanku Muhriz.
DK Negeri Sembilan yang baru..
Perbezaaan boleh dilihat pada Bintang Darjah dan pada Lencana Kalung tetapi Selempang masih lagi sama
DYMM Tuanku Mizan mengenakan DK Negeri Sembilan versi lama
DYMM Tuanku Abdul Halim dan KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah memakai DK Negeri Sembilan