Tuesday, October 25, 2011

SEKITAR ISTIADAT PEMAKAMAN YMM RAJA PEREMPUAN MUZWIN

Assalamualaikum to all the visitors yang sudi kemari..^^,
In this post HUNKZ  ingin berkongsi gambar sekitar Istiadat Pemakaman Almarhumah Raja Perempuan Muzwin..
Almarhumah telah menghembuskan pada usia 82 tahun di IJN pada petang Khamis, 6 Oktober 2011..
Jenazah Almarhumah tiba di istana kediaman Almarhumah iaitu Istana Riswin pada lebih kurang pukul 12 tengah malam..

Perkarangan Istana Riswin

Jenazah Almarhumah selamat tiba di Istana Riswin.
Kelihatan YAB Menteri Besar Perak hadir memberikan penghormatan terakhir

Puteri kedua Almarhumah yang juga merupakan isteri kepada Sultan Johor,DYMM Raja Zarith Sofea menghadiahkan bacaan Yassin kepada Almarhumah. Juga berada disisi Almarhumah ialah YAM Tunku Aminah iaitu cucunda baginda dan merupakan puteri tunggal Sultan Johor.

Menantu Almarhumah,YTM Tunku Dato Seri Soraya.

Turut berangkat ialah DYAM Raja Puan Muda Perak,Raja Nor Mahani ..

Pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat, 7 Oktober 2011 jenazah Almarhumah telah bertolak dari Istana Riswin ke Masjid Ubudiah untuk disembahyangkan dan dimakamkan di Makan Diraja Al Ghufran selepas Solat Asar..

Jenazah Almarhumah diusung menggunakan "Seraja Diraja" ke Masjid Ubudiah sebelum dimakamkan

Dari Masjid Ubudiah jenazah diusung ke Makam Al Ghufran

Putera Sultan Johor Tunku Abdul Jalil (paling hadapan) yang juga merupakan cucunda Almarhumah turut mengusung jenazah Almarhumah.
Ketibaan DYMM Raja Permaisuri Bainun

Ketibaan DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah
Ketibaan DYTM Raja Puan Besar Perak,Tuanku Zara Salim
Dua orang puteri Sultan Azlan Shah turut berangkat hadir.
Dari kiri : YAM Raja Dato Seri Azureen dan YAM Raja Dato Seri Yong Sofia

Keberangkatan tiba Raja Di Hilir Perak, DYAM Raja  Jaafar ibni Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak,DYAM Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah

Istiadat menabur bunga dan menyiram air mawar ke pusara Almarhumah oleh kaum kerabat..







Menantu baginda yang juga DYMM Sultan Johor turut  menyiram air mawar ke makam Almarhumah.




Anakanda sulong Almarhumah, YAM Raja Puan Mahkota Perak, Raja Dato Seri Nahzatul Shima bt Almarhum Sultan Idris
Putera Almarhumah yang juga merupakan YTM Raja Kechil Besar Perak,Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah..
Menantu Almarhumah yang juga merupakan puteri angkat kepada Sultan Abdul Halim  (Sultan Kedah) dan isteri kepada YTM Raja Kechil Besar Perak,YTM Tunku Dato Seri Soraya.
Cucunda Almarhumah,YTM Tunku Temenggung Johor Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim
Cucunda Almarhumah,YAM Tunku Aminah bt Sultan Ibrahim
Cucunda Almarhumah,YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim
Cucunda Almarhumah, YAM Tunku Abu Bakar ibni Sultan Ibrahim


..............................................................................................................................


Kiri sekali merupakan cucunda baginda DYTM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim ibni Sultan Ibrahim kelihatan sedih di hari Pemakaman Nendanya



YAM Raja Nahzatul Shima disamping anakanda saudaranya di hari pemakaman

YTM Tunku Dato Seri Soraya bersama kekanda iparnya YAM Raja Puan Mahkota Perak
YAM Raja Jamil Ariffin ibni Almarhum Sultan Idris Shah memeluk kekandanya DYMM Raja Zarith Sofea..

.................................................................................................................................

..AL FATIHAH..


p/s : HUNKZ ucapkan terima kasih kepada Raja Mariam kerana mengizinkan HUNKZ menggunakan    gambar gambar di atas untuk entry ini....thumbs up to her great collection of picture...