Monday, December 07, 2009

Sistem Pemerintahan Beraja Dunia

Umum mengetahui bahawa sejak dari zaman lampau sehingga tercetusnya perang dunia kedua,sistem pemerintahan beraja mendominasi sistem politik dunia kerana ianya memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kestabilan,pembangunan dan perpaduan antara rakyat dalam sesebuah negara tersebut.
Raja dianggap sebagai satu elemen penting utama bukan sahaja dalam urusan pentadbiran negara malahan turut merangkumi bidang spiritual dan keagamaan.Sebagai contoh Raja Tamadun Mesopotamia,Raja Naramsin telah memaksa penduduk tamadun tersebut untuk menyembahnya sebagai tuhan.

 Setelah berakhirnya perang dunia kedua,pemerintahan beraja mulai mencapai zaman kemerosotannya kerana timbulnya kepelbagaian ideologi dan prinsip pemerintahan moden yang lebih ideal pada ketika itu seperti sistem republik dan demokrasi.Satu persatu sistem pemerintahan beraja @monarki ini mula hilang pengaruhnya kepada penduduk dunia.Sehingga kini hanya tinggal 27 kerajaan yang mengamalkan sistem ini yang masih selamat dan kekal menjadi sebahagian daripada sistem kehidupan rakyatnya.

Namun begitu mengikut kajian yang dijalankan oleh pengkaji sistem ini, mereka mendapati bahawa pengamaln sistem pemerintahan beraja pada hari ini terbahagi kepada dua iaitu sistem  Raja Berpelembagaan dan Sistem Raja Berkuasa Mutlak.Di Eropah misalnya,terdapat 11 buah negara yang masih mengamalkan sistem pemerintahan beraja seperti United Kingdom,Belgium,Sepanyol dan Denmark.


Pemerintah United Kingdom Ratu Elizabeth II (ataz) dan Pemerintah Denmark,Ratu Margrethe II


King Albert II,Pemerintah Belgium


King Juan Carlos I,Pemerintah Sepanyol


Di Asia pula hanya terdapat 13 buah negara yang masih mengamalkan sistem ini iaitu Malaysia,Thailand,Jepun  dan Brunei serta Arab Saudi.



Sultan Mizan,Ketua Negara Malaysia 



Maharaja Akhito,Maharaja Jepun



Raja Abdullah Al-Saud,Raja Arab Saudi



King Bhumibol,Raja Thailand



Sultan Hassanal,Sultan Brunei


Di negara negara Afrika pula,Lesotho dan Swaziland merupakan antara negara yang mengamalkan sistem ini.


King Letsie III,Pemerintah Lesotho



King Mswati III,Pemerintah Swaziland


Dari kesemua negara tersebut,hanya enam negara yang  mengamalkan sistem pemerintahan beraja yang bercorak mutlak iaitu Bunei dan Swaziland.Sistem yang sama turut digunapakai di Oman,Qatar,Arab Saudi dan UAE.Sistem ini bermaksud raja pemerintahnya mempunyai kuasa penuh dalam sistem pentadbiran negara.Di samping itu,raja pemerintah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja turut dihormati dan dipandang mulia dari segi agama anutan seperti Raja Thailand dan Maharaja Jepun.
Malangnya,kerajaan beraja Nepal merupakan monarki yang paling terbaru dihapuskan iaitu pada 29.5.2008 setelah memerintah hampir 239 tahun.Hal ini disebabkan kerana kepincangan dalam keluarga Diraja Nepal sendiri yang telah menimbulkan perasaan benci dalan hati rakyat yang telah membawa kepada demonstrasi menuntut sistem beraja Nepal dihapuskan dan diganti dengan sistem republik.Rajanya yang terakhir ialah Raja Gyanendra.


Raja Gyanendra,raja pemerintah terakhir negara Nepal


Namun kini,sistem ini dikatakan sudah tidak lagi signifikan dalam sistem politik di kebanyakan negara dunia,tetapi kedudukan raja rajanya masih ada dan dihormati serta dipangdang tinggi.Kebanyaka mereka tidak lagi memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran negara.