Monday, February 20, 2012

Tuanku Abdul Halim diiktiraf, Tuanku Haminah dilantik...


Assalamualaikum w.b.t...
Semalam iaitu pada20 Februari 2012, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim telah berkenan menerima sijil pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records. Pengiktirafan ini adalad kerana baginda merupakan Raja Melayu yang pertama memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Kali pertama baginda dimasyur sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah pada 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 bersama Seri Paduka Raja Permaisuri Agong, Almarhumah Sultanah Hajah Bahiyah bt Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Foto : Utusan Malaysia
Pengiktirafan itu telah disampaikan oleh Pengarah Urusan The Malaysia Bookof Records, YBhg Dato' Danny Ooi bertempat di Istana Negara.

Pada majlis yang berasingan, Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah berkenan menerima selempang Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai simbolik perlantikan baginda sebagai Penaung Diraja yang baru menggantikan KDYMM Sultanah Nur Zahirah. Selempang tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Yang Dipertuan Persatuan Pandu Puteri iaitu DYAM Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang juga Raja Puan Muda Perak dan Ybhg Datin Seri Zalillah Mohd Taib, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Tuanku Haminah bergambar bersama Datin Paduka Seri Rosmah (tujuh dari kiri), DYAM Raja Nor Mahani (sembilan dari kanan) dan Datin Seri Zalillah (enam dari kiri) serta ahli ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang lain
Foto : Umno Online