Assalamualaikum w.b.t...
Dalam entry kali ini HUNKZ ingin berkongsi pula latar belakang ringkas pewaris takhta kesultanan Negeri Terengganu Darul Iman iaitu Duli Yang Teramat Mulia Yang Dipertuan Muda Tengku Muhammad Ismail ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin.
DYTM Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail ibni KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin DK, DKR, SSMZ |
Baginda mendapat pendidikan awal darjah satunya di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar di Kuala Terengganu sebelum melanjutkan pendidikan menengahnya di England dan sekarang baginda masih lagi bergelar seorang pelajar.
DYTM Tengku Muhammad Ismail (kiri sekali) bergambar bersama ayahanda dan bonda bersama adinda serta kekandanya. |
Pada 12 Januari 2006 dalam usia 8 tahun baginda secara rasminya telah dimasyurkan sebagai pewaris takhta Negeri Terengganu dengan gelaran DYTM Yang Dipertuan Muda oleh ayahandanya dalam satu istiadat yang diadakan di Istana Maziah. Sejarah sekali lagi tercipta apabila baginda menjadi putera ternuda yang pernah dimasyurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu. Pemasyuran DYTM Tengku Muhammad Ismail sebagai Pemangku Raja Terengganu telah dipersetujui dalam mesyuarat Dewan Pangkuan Diraja Terengganu mengikut syarat (1) Fasal 17 Undang Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Kedua). Pemasyuran tersebut berkuat kuasa dari 12 Disember 2006 sehingga 13 Disember 2011 bersempena dengan perlantikan ayahandanya sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 13.
Sempena dengan pemasyuran baginda sebagai KDYMM Pemangku Raja Terengganu, baginda telah dianugerahkan dengan Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia, DK.
DYTM Tengku Muhammad Ismail menjunjung duli kepada ayahandanya pada istiadat pemasyuran baginda sebagai KDYMM Pemangku Raja Terengganu. |
Diatas sebab DYTM Tengku Muhammad Ismail belum mukallaf pada saat baginda dimasyurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu, KDYMM Sultan Mizan telah berkenan melantik Majlis Penasihat Pemangku Raja yang dianggotai oleh adinda Sultan Mizan, YTM Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderulzaman ibni Almarhum Sultan Mahmud sebagai pengerusi, ayahanda saudara Sultan Mizan YAM Tengku Seri Laksamana Raja Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.
Menjejak langkah ayahandanya yang mempunyai minat yang besar dalam sukan ekuestrian, DYTM Tengku Ismail turut menunjukkan minat dalam sukan ini. Hal ini terbukti apabila baginda berjaya menduduki tempat kedua pada Kejohanan Kuda Lasak Corlay RTES/ D''Armor Terbuka Perancis pada Jun 2010.
.....................................................
Segak seorang putera |
Bersama ayahanda dan bonda dalam Istiadat Penghadapan Sempena Tamatnya Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Yang di-Pertuan Agong |
Bersama kekandanya berangkat menuju ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud sempena keberangkatan balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong |