Assalamualaikum w.b.t.....
" In the way I didn't have any 'prince-ship', my father died much too young and so it is all a very sudden kind of taking on and making the best job you can.....it is the question of maturing into a something that one's got used to doing, and accepting the fact that here you are and its your fate, because I think the continuity is important...it is a job for life "...HM Queen Elizabeth II
Petikan diatas merupakan kata kata HM Queen Elizabeth II sewaktu baginda akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara England selepas kemangkatan ayahandanya, HM King George VI..
Entry kali ini merupakan "so called tribute" kepada Ratu England sempena Jubli Emas pemerintahannya pada 6 Februari 2012 lalu, sekaligus menjadikan baginda sebagai Ketua Negara England yang kedua paling lama memerintah selepas HM Queen Victoria yang memerintah selama 63 tahun dan juga sebagai Ketua Negara Monarki kedua paling lama memerintah di dunia selepas Raja Thailand.....
Baginda Ratu telah dilahirkan pada 21 April 1926 sebagai HH Princess Elizabeth of York di 17 Bruton Street, Mayfair, London. Baginda merupakan anakanda sulong kepada pasangan Duke of York, Prince Albert dan Duchess of York, Elizabeth Bowes Lyon.
Kemudiannya, baginda telah dibaptiskan dan diberi nama Elizabeth Alexandra Mary dalam satu upacara pembaptisan yang dilakukan di Istana Buckingham pada 29 Mei 1926.
Nama Elizabeth Alexandra Mary diambil sempena dengan nama ibunya iaitu, Duchess Elizabeth York, "Alexandra" diambil sempena nama moyangnya iaitu HM Queen Alexandra dan nama "Mary" diambil sempena nama nendanya iaitu HM Queen Mary..
Kehidupan keluarga Duke dan Duchess of York bersama puteri mereka, Princess Elizabeth bertambah bahagia apabila HH Princess Margaret Rose dilahirkan pada tahun 1930. Keluarga ini menghabiskan masa mereka di Royal Lodge yang terletak di Windsor Great Park.
Pada saat kehidupannya bergelar puteri kepada Duke dan Duchess of York, Princess Elizabeth berada di tangga ketiga sebagai pewaris takhta kerajaan England. Di tangga pertama ialah ayahanda saudaranya Prince Edward iaitu Prince of Wales (kemudian ditabal sebagai King Edward VIII), ditangga kedua sebagai pewaris ialah ayahandanya. Pada saat itu, tiada siapa yang menduga bahawa ayahandanya akan bergelar Raja England atau Princess Elizabeth sendiri sebagai Ratu England.
Namun begitu, semuanya berubah apabila nenda Princess Elizabeth iaitu HM King George V mangkat pada tahun 1936. Berikutan kemangkatan tersebut anakanda sulongnya iaitu Prince Edward the Prince of Wales telah ditabal sebagai Raja England yang baru bergelar HM King Edward VIII.
Kerana cintanya yang mendalam kepada seorang janda, HM King Edward VIII telah memutuskan untuk turun daripada takhta kerajaan England dan mengahwini cinta sejatinya iaitu Mrs Wallis Simpson.
HM King Edward VIII telah diberi kata dua samaada meninggalkan Wallis Simpson kalau mahu terus bertakhta , kerana Gereja England melarang rajanya berkahwin dengan janda, ataupun turun daripada takhta kerajaan jika mahu terus bersama Wallis Simpson.
Demi cintanya kepada Wallis Simpson, HM King Edward VIII turun daripada takhta dan mengahwini kekasihnya. Selepas perkahwinannya mereka diberi gelaran Duke dan Duchess of Windsor serta hidup dalam buangan di Eropah. HM King Edward VIII bertakhta selama 327 hari.
Penurunan HM King Edward VIII daripada takhta merupakan saat yang paling sedih dalam hidup bondanya iaitu, HM Queen Mary. Ayahanda Princess Elizabeth, Prince Albert the Duke of York kemudiannya telah diangkat menjadi Raja England yang baru menggantikan kekandanya yang turun dari takhta.
Prince Albert bergelar HM King George VI dan isterinya bergelar HM Queen Elizabeth.
Pada saat itu, Princess Elizabeth berada ditempat pertama sebagai pewaris takhta kerajaan England manakala adindanya, Princess Margaret Rose ditempat kedua.
Kini mereka bergelar HRH Princess Elizabeth dan HRH Princess Margaret.
Pertunangan di antara Princess Elizabeth dengan Lieutenant Phillip Mountbatten ,seorang putera diraja Greece, telah diumumkan pada tahun 1947 di Istana Buckingham. Pasangan ini telah bertemu buat kali pertamanya pada tahun 1946 iaitu pada majlis perkahwinan Patricia Mountbatten dan Lord Brabourne di Romsey Abbey.
Pasangan ini berkahwin pada 20 November 1947 di Westmister Abbey dalam satu majlis yang sederhana kerana pada ketika itu Britain masih lagi dalam pemulihan selepas peperangan.
Selepas perkahwinan tersebut, Lieutenant Phillip Mountbatten bergelar HRH Prince Phillip, Duke of Edinburgh.
HRH Princess Elizabeth dan HRH Prince Phillip telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Prince Charles (The Prince of Wales) pada tahun 1948, Princess Anne (The Princess Royal) pada tahun 1950.
Selepas HRH Princess Elizabeth menaiki takhta kerajaan Britain pada tahun 1952, Prince Andrew (The Duke of York) dilahirkan pada 1960 dan Prince Edward (The Earl of Wessex) pada tahun 1964.
Sehingga hari ini, HM Queen Elizabeth dan HRH Prince Phillip telah dikurniakan dengan 8 orang cucu dan seorang cicit..
Balu HM King George iaitu bonda kepada baginda ratu kini bergelar HM Queen Elizabeth the Queen Mother.
Pertabalan HM Queen Elizabeth II sebagai Ratu England telah diadakan pada 2 Jun 1953 di Westmister Abbey. Sewaktu majlis pertabalannya, HM Queen Elizabeth II memilih untuk dimahkotakan dengan "St Edward Crown" yang mana Raja England sebelumnya iaitu HM Queen Victoria dan HM King Edward VII tidak mahu dimahkotakan dengan mahkota tersebut kerana beratnya sebanyak 2.2 kg yang amat tidak menyelesakan si pemakai. Mereka memilih untuk dimahkotakan dengan "The Imperial State Crown" yang lebih ringan. Ketika berangkat keluar dari Westmister Abbey selepas kemahkotaan dan pertabalannya baginda ratu memakai "The Imperial State Crown"..
So, itulah serba sedikit yang HUNKZ boleh share tentang Baginda Ratu England..Now, HUNKZ ingin share tentang 20 fakta menarik berkenaan baginda...
.....................................................................
Long Live the Queen
Long May She Reign
God Save the Queen
HER MAJESTY QUEEN ELIZABETH II
OF THE UNITED KINGDOM AND NORTHERN IRELAND
Baginda Ratu telah dilahirkan pada 21 April 1926 sebagai HH Princess Elizabeth of York di 17 Bruton Street, Mayfair, London. Baginda merupakan anakanda sulong kepada pasangan Duke of York, Prince Albert dan Duchess of York, Elizabeth Bowes Lyon.
HRH Prince Albert the Duke of York dan HRH Elizabeth Bowes Lyon the Duchess of York |
Nama Elizabeth Alexandra Mary diambil sempena dengan nama ibunya iaitu, Duchess Elizabeth York, "Alexandra" diambil sempena nama moyangnya iaitu HM Queen Alexandra dan nama "Mary" diambil sempena nama nendanya iaitu HM Queen Mary..
Dari kiri HM Queen Alexandra (moyang HM Queen Elizabeth II) HM Queen Mary (nenda HM Queen Elizabeth II) HM Queen Elizabeth (bonda kepada HM Queen Elizabeth II) |
Princess Elizabeth dan Princess Margaret |
HM King Edward VIII baginda kemudiannya bergelar HRH Prince Edward, Duke of Windsor selepas mengambil keputusan menuruni takhta kerajaan England |
Kerana cintanya yang mendalam kepada seorang janda, HM King Edward VIII telah memutuskan untuk turun daripada takhta kerajaan England dan mengahwini cinta sejatinya iaitu Mrs Wallis Simpson.
HM King Edward VIII telah diberi kata dua samaada meninggalkan Wallis Simpson kalau mahu terus bertakhta , kerana Gereja England melarang rajanya berkahwin dengan janda, ataupun turun daripada takhta kerajaan jika mahu terus bersama Wallis Simpson.
Kejelitaan Wallis Simpson yang berjaya menambat hati seorang raja. |
Pada hari perkahwinan mereka di Eropah. Perkahwinan ini merupakan yang pertama bagi Prince Edward dan ketiga bagi Wallis Simpson |
Demi cintanya kepada Wallis Simpson, HM King Edward VIII turun daripada takhta dan mengahwini kekasihnya. Selepas perkahwinannya mereka diberi gelaran Duke dan Duchess of Windsor serta hidup dalam buangan di Eropah. HM King Edward VIII bertakhta selama 327 hari.
Penurunan HM King Edward VIII daripada takhta merupakan saat yang paling sedih dalam hidup bondanya iaitu, HM Queen Mary. Ayahanda Princess Elizabeth, Prince Albert the Duke of York kemudiannya telah diangkat menjadi Raja England yang baru menggantikan kekandanya yang turun dari takhta.
Prince Albert bergelar HM King George VI dan isterinya bergelar HM Queen Elizabeth.
Pada hari pertabalan HM King George VI dan HM Queen Elizabeth |
Potret pertabalan Dari kiri : HM King George, HRH Princess Margaret, HRH Princess Elizabeth, HM Queen Elizabeth |
Kini mereka bergelar HRH Princess Elizabeth dan HRH Princess Margaret.
Pertunangan di antara Princess Elizabeth dengan Lieutenant Phillip Mountbatten ,seorang putera diraja Greece, telah diumumkan pada tahun 1947 di Istana Buckingham. Pasangan ini telah bertemu buat kali pertamanya pada tahun 1946 iaitu pada majlis perkahwinan Patricia Mountbatten dan Lord Brabourne di Romsey Abbey.
HRH Princess Elizabeth di Romsey Abbey pada tahun 1946. Di majlis perkahwinan inilah buat pertama kalinya baginda bertemu bakal suaminya |
Selepas perkahwinan tersebut, Lieutenant Phillip Mountbatten bergelar HRH Prince Phillip, Duke of Edinburgh.
HRH Princess Elizabeth dan HRH Prince Phillip telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Prince Charles (The Prince of Wales) pada tahun 1948, Princess Anne (The Princess Royal) pada tahun 1950.
Selepas HRH Princess Elizabeth menaiki takhta kerajaan Britain pada tahun 1952, Prince Andrew (The Duke of York) dilahirkan pada 1960 dan Prince Edward (The Earl of Wessex) pada tahun 1964.
Sehingga hari ini, HM Queen Elizabeth dan HRH Prince Phillip telah dikurniakan dengan 8 orang cucu dan seorang cicit..
Balu HM King George iaitu bonda kepada baginda ratu kini bergelar HM Queen Elizabeth the Queen Mother.
Pada hari pengkebumian HM King George VI Dari kiri : HRH Princess Elizabeth, HM Queen Mary, HM Queen Elizabeth |
HM Queen Elizabeth The Queen Mother |
St Edward Crown |
Imperial State Crown |
Potret HM Queen Elizabeth II memakai St Edward Crown |
Potret HM Queen Elizabeth II memakai Imperial State Crown |
1..Baginda Ratu ialah monarki kedua England yang paling lama memerintah iaitu selama 60 tahun, yang pertama ialah HM Queen Victoria, yang memerintah selama 63 tahun.
2..Baginda Ratu ialah pemerintah England yang ke 40 semenjak William the Conqueror kembali merampas takhta kerajaan England.
3..Baginda Ratu telah berkhidmat dibawah 12 orang Perdana Menteri setelah 60 tahun memerintah iaitu Winston Churchill, Sir Anthony Eden, Harold Macmillan, Sir Alec Douglas Home, Harold Wilson, Edward Heath, James Callaghan, Margaret Thatcher, John Mayor, Tony Blair, Gordon Brown dan kini ialah David Cameron.
4..Baginda Ratu telah menghadiri setiap pembukaan persidangan parlimen kecuali pada tahun 1959 dan 1963 kerana baginda dijangka akan melahirkan Putera Andrew dan Putera Edward pada ketika itu.
5..Baginda Ratu kini menaungi lebih 600 persatuan dan organisasi dan 400 daripadanya telah dinaungi baginda sejak dari awal pemerintahannya..
6..Baginda Ratu telah menganugerahkan sebanyak 404 500 anugerah dan bintang kebesaran kerajaan England sejak dari tahun 1952
7..Baginda Ratu telah menghadiri sebanyak 610 majlis penganugerahan anugerah dan bintang kebesaran kerajaan England semenjak dari tahun 1952
8..Baginda Ratu dan HRH Prince Phillip telah menghantar lebih kurang 45 000 kad ucapan Hari Krismas sepanjang pemerintahannya
9..Baginda Ratu telah melakukan sebanyak 261 lawatan rasmi ke negara luar. Baginda telah melakukan 3 kali lawatan rasmi ke Malaysia iaitu ketika era pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim, Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Jaafar
Lawatan ke Malaysia ketika era Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 5 |
Melawat Malaysia ketika era Tuanku Azlan Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 9 |
Melawat Malaysia ketika era Almarhum Tuanku Jaafar sebagai Yand di-Pertuan Agong ke 10 |
10..Baginda Ratu telah menerima 102 lawatan rasmi dari ketua negara asing ke England semenjak dari tahun 1952 sehingga akhir tahun 2011
11..Baginda Ratu hadir menyaksikan perlawanan bola sepak yang pertama adalah pada tahun 1953 iaitu "FA Cup Final"..
12..Baginda Ratu telah melancarkan sebanyak 21 buah kapal sepanjang pemerintahannya
13..Baginda Ratu mempunyai sebanyak 129 potret dirinya sendiri sepanjang 60 tahun pemerintahannya
Potret terbaru HM Queen Elizabeth II dan HRH Prince Phillip sempena Jubli Emas pemerintahannya |
14..Baginda Ratu telah memberi idea kepada pembukaan satu galeri diraja di dalam Istana Buckingham pada tahun 1962 yang memaparkan koleksi diraja. Ini adalah kali pertama dalam sejarah England apabila istana sebahagian daripada istana tersebut dibuka kepada umum. Pameran ini dibuka setiap tahun sejak dari awalpembukaannya.
15..Baginda Ratu telah melancarkan laman web rasmi monarki England iaitu "The British Monarchy" pada tahun 1997 diikuti dengan halaman Twitter rasmi monarki England pada tahun 2007 dan melancarkan laman monarki England di Flickr dan Facebook pada 2010
16..Baginda Ratu belajar memandu pada tahun 1945
17..Baginda Ratu menjadi Ratu England yang pertama melahirkan putera ketika sedang bertakhta selepas HM Queen Victoria. Baginda melahirkan Putera Andrew pada 1960 dan Putera Edward pada 1964
Prince Andrew ketika kecil bersama bonda dan kekandanya |
Prince Edward bersama bondanya |
18..Baginda Ratu menyambut ulang tahun kelahirannya yang rasmi pada bulan Jun, tarikh lahirnya yang sebenar adalah pada 12 April
19..Baginda Ratu mempunyai 30 ekor anjing dari baka "Corgis" sepanjang pemerintahannya.Corgis pertama baginda diberi nama "Susan" merupakan hadiah hari jadinya yang ke 18. Sekarang baginda mempunyai 3 ekor Corgis iaitu Monty, Willow dan Holly
HM Queen Elizabeth dan "Corgis"nya |
20..Baginda Ratu kehilangan dua individu terpenting dalam hidupnya iaitu kematian adindanya HRH Princess Margaret the Countess of Snowdon pada 9 Februari 2002 dan bondanya, HM Queen Elizabeth the Queen Mother pada 30 Mac tahun yang sama..
HM Queen Mother ketika sambutan hari jadinya je 100 pada tahun 2000 |
HRH Princess Margaret Rose The Countess of Snowdon 1930-2002 |
Long Live the Queen
Long May She Reign
God Save the Queen
HER MAJESTY QUEEN ELIZABETH II
OF THE UNITED KINGDOM AND NORTHERN IRELAND