Saturday, February 04, 2012

Pewaris Takhta : Kelantan Darul Naim


Assalamualaikum w.b.t..
Sebelum HUNKZ meneruskan agenda HUNKZ yang keseterusnya, I'd like to ucapkan Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah kepada seluruh umat Islam..marilah sama sama kita berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW...
~ . ~ . ~ . ~ . ~. ~. ~.

YTM Tengku Mahkota Kelantan
Tengku Muhammad Faiz Petra ibni DYMM Sultan Ismail Petra
DK, SPMK
Jika dalam entry sebelum ini HUNKZ berkongsi tentang latar belakang ringkas pewaris takhta Negeri Terengganu Darul Iman yang merupakan "rumah" kedua HUNKZ kerana i'm study in Terengganu, kali ini HUNKZ ingin berkongsi pulak latar belakang pewaris takhta Negeri Kelantan Darul Naim, negeri kelahiran HUNKZ, iaitu YTM Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra ibni DYMM Sultan Ismail Petra.
YTM Tengku Muhammad Faiz bergambar bersama Keluarga Diraja Kelantan
YTM Tengku Muhammad Faiz telah dilahirkan pada 20 Jun 1974 di Istana Kota Lama, Kota Bharu Kelantan dan baginda merupakan putera kedua mantan Sultan Kelantan, DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis. Baginda mempunyai seorang kekanda iaitu KDYMM Sultan Muhammad V dan dua orang adinda iaitu YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra ibni DYMM Sultan Ismail Petra dan YAM Tengku Amalin Aisyah Putri bt DYMM Sultan Ismail Petra.

Dua orang adinda YTM Tengku Muhammad Faiz,
YAM Tengku Muhaamad Fakhry Petra dan YAM Tengku Amalin Aisyah Putri
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail (1) sebelum melanjutkan pendidikannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang "Art" di University College of London. Baginda seterusnya menyambut pendidikan ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Institute of Classical Studies di University of London. Sewaktu kecil baginda merupakan seorang putera yang gemar menghabiskan masanya dengan membaca dan beriadah bersama keluarga.

Membaca merupakan aktiviti "wajib" YTM Tengku
Bersempena dengan Hari Keputeraan DYMM Sultan Ismail Petra pada 30 Mac 1987, ayahandanya telah berkenan memasyurkan baginda sebagai Tengku Bendahara dengan gelaran YAM Tengku Bendahara Kelantan. Istiadat pemasyuran tersebut telah diadakan di Istana Balai Besar. 

Bersama adindanya berangkat meninggalkan pentas diraja selepas Istiadat Membalas Tabik Hormat dan Pemeriksaan Perbarisan sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Ismail Petra yang ke 37 pada 30 Mac 1987 di Padang Merdeka. Baginda dimasyurkan sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada hari yang sama bertempat di Istana Balai Besar.
Apabila kekandanya dimasyurkan sebagai Al Sultan Kelantan bagi menggantikan DYMM Sultan Ismail, kekosongan jawatan Tengku Mahkota Kelantan telah diisi oleh baginda memandangkan KDYMM Sultan Muhammad V tidak mempunyai zuriat.
Perisytiharan baginda sebagai Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan pada 18 Oktober 2010 bertempat di Istana Negeri, Kubang Kerian Kelantan. Perisytiharan tersebut telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Muhammad V. Perisytiharan baginda sebagai pewaris takhta dibuat setelah mendapat sokongan sebulat suara ahli Majlis Perajaan Negeri yang bermesyuarat pada pagi sebelum perisytiharan dibuat.

Antara penghormatan yang baginda terima adalah apabila baginda telah dilantik menjadi Yang Dipertua Majlis   Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Kelantan pada 21 Jun 2009 ketika baginda masih bergelar Tengku Bendahara Kelantan.

..........................................

Membaca sebati dalam diri YTM Tengku Mahkota Kelantan. Tidak hairanlah apabila baginda mampu memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD)
YTM Tengku Muhammad Faiz bersama kekandanya KDYMM Sultan Muhammad V (ketika itu bergelar YTM Tengku Mahkota Tengku Muhammad Faris Petra) dan adindanya YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra
YTM Tengku Muhammad Faiz Petra (sebelah kiri YMM Tengku Anis) ketika sambutan Hari Keputeraan DYMM Sultan Ismail Petra pada 30 Mac 1987
Mengiringi keberangkatan balik ayandanya dan bondanya dari Singapura dimana DYMM Sultan Ismail Petra mendapat rawatan disana.