Wednesday, November 09, 2011

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD V


Assalamualaikum w.b.t..
Semenjak dari tahun 1980 sehingga 2010 seluruh rakyat negeri Kelantan akan bercuti pada 30 dan 31 Mac untuk tujuan sambutan Hari Keputeraan YMM Sultan Ismail Petra,mantan Sultan Kelantan...
Namun begitu bermula tahun ini Hari Kelepasan Am tersebut telah ditukar kepada 11 dan 12 November setiap tahun bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang baharu iaitu KDYMM Sultan Muhammad V. Tarikh keramat ini telah diwartakan pada 23 Disember 2010..


Dalam post HUNKZ kali nie i'll be sharing serba sedikit tentang KDYMM Sultan Muhammad V..

KDYMM Tuanku atau nama sebenarnya Tengku Muhammad Faris Petra telah diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan dan merupakan putera sulong kepada YMM Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis..


Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu YTM Tengku Muhammad Faiz Petra yang juga merupakan Tengku Mahkota Kelantan, YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra dan YAM Tengku Amalin Aisyah Putri..


Sejak dari kecil lagi baginda telah mendapat asuhan dan didikan agama oleh para ulama terkenal, bahkan baginda telah menamatkan Al Quran sebelum berangkat melanjutka pelajaran ke England pada tahun 1983..
Pendidikan awal baginda adalah di Sekolah Rendah Sultan Ismail 1 dari tahun 1976 sehingga tahun 1981.
Selepas itu baginda telah berangkat melanjutkan pelajarannya di Alice Smith School Association yang terletak di Jalan Bellamy Kuala Lumpur. Baginda memasuki sekolah tersebut sebagai kelas persediaan dari tahun 1981 sehingga tahun 1983 sebelum berangkat ke England.


Pada September 1983 baginda telah melajutkan pengajiannya di Oakham Scholl Rutland, England dalam tingkatan 3 dan berjaya mendapat "A Level" pada tahun 1987 di sekolah yang sama. Sewaktu menuntut di sekolah ini baginda telah bergiat dengan aktif dalam persatuan " Duke of Edinburgh Award". Sebuah persatuan yang terkenal di Oakham Scholl Rutland.

Dengan perkenan KDYMM Al Sultan Ismail Petra, baginda telah dimasyurkan sebagai YTM Tengku Mahkota Kelantan pada tahun 1985 dalam satu istiadat ringkas di Istana Balai Besar,Kota Bharu Kelantan..
Pada 25 Mei 2009 baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan bagi menggantikan tempat ayahanda baginda yang gering pada waktu itu. Pada 13 September 2010 baginda dengan rasminya telah dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan YMM Sultan Ismail Petra yang gering kerana serangan strok. Pemasyuran tersebut telah dibuat oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan di Istana Balai Besar.
Selepas pemasyuran KDYMM Tuanku sebagai Sultan Kelantan, baginda telah menukar lafaz "Daulat Tuanku" kepada lafaz "Allahu Akbar"..

Pada November 2004 baginda telah bertemu jodoh dengan kerabat diraja Pattani iaitu Kangsadal Pipitpakdee atau YM Tengku Zubaidah binti Tengku Noruddin. Majlis Persandingan Tuanku berdua telah diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian dan dihadiri oleh Permaisuri Thailand,Ratu Sirikit. Selepas perkahwinan tersebut, Tengku Zubaidah dikenali YTM Tengku Ampuan Mahkota Kelantan.
Namun begitu perkahwinan baginda tidak panjang dan baginda berdua tidak dikurniakan dengan zuriat.

YM Tengku Zubaidah bt Tengku Noruddin
KDYMM Tuanku terkenal dengan imej berjubah serta berkopiah tatkala menghadiri sesuatu majlis. Kesederhanaan ini menjadikan Tuanku dekat dihati rakyat dan disenangi oleh segenap lapisan rakyat Kelantan khususnya. Baginda juga amat prihatin dengan kebajikan rakyat dan sering turun padang untuk mendekati rakyat terutama golongan yang kurang bernasib baik..



Satu satunya Sultan di Malaysia yang menyembelih sendiri lembu korban..
Disebalik keprihatinan Tuanku kepada rakyat jelata, baginda juga menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap paduka ayahandanya. Hal ini terbukti dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pemantauan, Keistimewaan  dan Keselamatan Sultan Ismail Petra pada 29 Disember 2010. Bidang utama kuasa jawatankuasa tersebut adalah untuk menjaga segala keistimewaan dan kebajikan Sultan Ismail Petra. Selain itu jawatankuasa ini juga turut memastikan Sultan Ismail Petra mendapat rawatan dan penjagaan yang bersesuaian pada setiap masa.
Jawatankuasa ini juga turut menyediakan laporan dua minggu sekali mengenai status kesihatan Sultan Ismail Petra untuk disembah maklum kepada KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V.

Pada Oktober 2011 yang lalu satu sejarah yang membanggakan segenap lapisan rakyat negeri Kelantan telah tercatat apabila KDYMM Tuanku telah dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan akan berkuatkuasa mulai 13 Disember 2011.

..............................................................................................................

KDYMM Sultan Muhammad V ketika mengiringi ayahandanya merasmikan Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu..
Berbaju biru berkaca mata adalah adindanya YTM Tengku Muhammad Faiz Petra
KDYMM Tuanku sewaktu mengiringi YMM Sultan Ismail Petra melawat Kem Gong Kedak.

Seorang Sultan yang sederhana

Istana Telipot..
Istana ini merupakan tempat dimana baginda bersemayam. Istana ini terletak di  Jalan Telipot  berhampiran dengan Kampung Raja Dewa. Kedudukan istana adalah berhampiran dengan Masjid Telipot

....ALLAHU AKBAR....
....DIRGAHAYU TUANKU PATIK....