Monday, February 20, 2012

Tuanku Abdul Halim diiktiraf, Tuanku Haminah dilantik...


Assalamualaikum w.b.t...
Semalam iaitu pada20 Februari 2012, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim telah berkenan menerima sijil pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records. Pengiktirafan ini adalad kerana baginda merupakan Raja Melayu yang pertama memegang tampuk pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali. Kali pertama baginda dimasyur sebagai Yang di-Pertuan Agong adalah pada 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975 bersama Seri Paduka Raja Permaisuri Agong, Almarhumah Sultanah Hajah Bahiyah bt Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Foto : Utusan Malaysia
Pengiktirafan itu telah disampaikan oleh Pengarah Urusan The Malaysia Bookof Records, YBhg Dato' Danny Ooi bertempat di Istana Negara.

Pada majlis yang berasingan, Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah berkenan menerima selempang Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai simbolik perlantikan baginda sebagai Penaung Diraja yang baru menggantikan KDYMM Sultanah Nur Zahirah. Selempang tersebut telah disampaikan oleh Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia, YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor yang juga isteri Perdana Menteri.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Yang Dipertuan Persatuan Pandu Puteri iaitu DYAM Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang juga Raja Puan Muda Perak dan Ybhg Datin Seri Zalillah Mohd Taib, Ketua Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia

Tuanku Haminah bergambar bersama Datin Paduka Seri Rosmah (tujuh dari kiri), DYAM Raja Nor Mahani (sembilan dari kanan) dan Datin Seri Zalillah (enam dari kiri) serta ahli ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang lain
Foto : Umno Online

Thursday, February 16, 2012

Pewaris Takhta : Perlis Indera Kayangan


Assalamualaikum w.b.t.
Perlis merupakan negeri terkecil di Malaysia. Namun begitu, negeri ini turut mempunyai sistem monarkinya yang tersendiri dan pewaris takhta kepada monarki yang telah terbina sejak berpuluh tahun dahulu.
Seperti negeri Kedah, Perak dan Selangor, pewaris takhta negeri Perlis turut digelar "Raja Muda".
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin merupakan penyandang gelaran "Raja Muda Perlis" pada hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perlis Indera Kayangan
Tuanku Syed Faizuddin Putra  ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin
DK, SPMP

DYTM Tuanku Syed Faizuddin yang diputerakan pada 30 Disember 1967 merupakan satu satunya putera kepada DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah bt Almarhum Tengku Abdul Rasyid. Baginda yang diputerakan di Bandar Diraja Arau mempunyai seorang adinda iaitu YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis, Sharifah Fazira bt DYMM Tuanku Syed Sirajuddin.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Putra dari tahun 1974 sehingga tahun 1979, dan kemudiannya menyambung pengajiannya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Derma dari tahun 1980 sehingga 1982 sebelum berpindah ke Penang Free School pada tahun 1983. Pada tahun 1985 baginda menyambung pengajiannya ke Tingkatan 5 dan ke peringkat Matrikulasi Tingkatan 6 di Carey Grammar School di Australia. DYTM Tuanku Syed Faizuddin kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi di La Trobe University di Melbourne, Australia.

Dengan izin Illahi, DYTM Tuanku Syed Faizuddin telah bertemu jodoh dengan YBhg Lailatul Shahreen bt Dato' Khalil Akashah. Pasangan diraja ini telah mendirikan rumahtangga pada 9 Mei 1994 di Arau, Perlis. Pada hari pemasyuran DYTM Tuanku Syed Faizuddin sebagai Raja Muda Perlis, YBhg Lailatul Shahreen juga turut dimasyurkan sebagai Raja Puan Muda Perlis bergelar DYTM Tuanku Lailatul Shahreen.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin dan DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah memotong kek pada hari persandingan mereka
Foto : Portal Diraja Perlis
Bergambar kenangan bersama ayahanda dan bonda serta adinda baginda.
 Kira kira setahun selepas mendirikan rumahtangga, pasangan ini dukurniakan seorang puteri iaitu YAM Sharifah Khatreena Nuraniah bt DYTM Tuanku Syed Faizuddin diikuti dengan YAM Sharifah Farah Adriana bt DYTM Tuanku Syed Faizuddin pada tahun 2001 dan YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra ibni DYTM Tuanku Syed Faizuddin pada 12 April 2009. Pada 18 April 2009, istiadat pemasyuran nama putera baginda telah diadakan serentak dengan Istiadat Cukur Jambul dan Belah Mulut putera baginda yang bakal mewarisi takhta negeri Indera Kayangan ini.

Puteri sulong pasangan DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Perlis, YAM Sharifah Khatreena Nuraniah bersama YM Ku Husam.
Foto : Koleksi peribadi YM Ku Husam
 
Puteri kedua mereka, YAM Sharifah Farah Adriana bt DYTM Tuanku Syed Faizuddin bersama YM Ku Husam
Foto : Koleksi peribadi YM Ku Husam
YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra berada dipangkuan bondanya sambil diperhati oleh paduka ayahanda dan kekandanya 
DYMM Raja dan DYMM Raja Perempuan Perlis ketika Istiadat Cukur Jambul dan Belah Mulut YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra di Balairong Seri Istana Arau
DYTM Tuanku Syed Faizuddin dan DYTM Tuanku Lailatul Shahreen Akashah telah dimasyurkan sebagai Raja Muda dan Raja Muda Perlis Indera Kayangan pada 1 Ogos 2000 dalam satu istiadat ringkas yang diadakan di Balairong Seri Istana Arau.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin ketika istiadat pemasyurannya sebagai Raja Muda Perlis
Foto : Portal Diraja Perlis
Mengucup Keris Kebesaran DYTM Raja Muda
Foto : Portal Diraja Perlis
DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin memakaikan gendik ke jemala DYTM Raja Puan Muda sebagai simbolik pemasyurannya sebagai Raja Puan Muda.
Foto : Portal Diraja Perlis
Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Perlis Indera Kayangan
Tuanku Lailatul Shahreen Akashah
SPMP
Pada 13 Disember 2001, paduka ayahanda DYTM Tuanku Syed Faizuddin telah berkenan berangkat ke Kuala Lumpur bagi menyempurnakan tugas tugas baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 12 selama 5 tahun. Oleh hal yang demikian, baginda telah berkenan memasyurkan DYTM Tuanku Syed Faizuddin sebagai pemangku Raja Perlis sepanjang tempoh baginda bergelar Yang di-Pertuan Agong. Pemasyuran tersebut telah berlangsung sehari sebelum DYMM Tuanku Syed Sirajuddin mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada12 Disember 2001 bertempat di Dewan Mengadap Istana Perlis, Kuala Lumpur. Pada istiadat tersebut, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Diraja Perlis, DK (Perlis) kepada DYTM Tuanku Syed Faizuddin.

Bersalaman dengan DYMM Raja Perlis pada Istiadat Perlantikan DYTM Raja Muda Perlis sebagai Pemangku Raja Perlis
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYTM Raja Muda Perlis membaca warkah ikrar baginda sebagai Pemangku Raja Perlis
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYTM Raja Muda Perlis menandatangani warkah ikrar tersebut
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYTM Raja Muda Perlis berkenan menerima DK Perlis daripada ayahandanya.
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Antara penghormatan tertinggi yang diterima oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin adalah baginda merupakan Yang Dipertuan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Negeri Perlis menggantikan ayahanda baginda. Baginda juga merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMaP)..

Potret DYTM Tuanku Syed Faizuddin sebagai Canselor UniMaP
Foto : Portal Universiti Malaysia Perlis
.......................................

Berdiri dari kiri
DYTM Raja Muda Perlis, DYMM Raja Perlis, DYMM Raja Perempuan Perlis, DYTM Raja Puan Muda Perlis
Gambar Keluarga Diraja Perlis semasa Majlis Istana Terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri 2011 di Istana Arau
Berdiri dari kiri
YAM Puteri Norlin Syazwani bt Dato' Seri Mohd Yaacob (cucunda DYMM Raja Perlis), YBhg Dato' Seri Mohd Yaacob (suami YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis), YAM Tengku Puteri Mahkota Perlis Syarifah Fazira bt DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, YAM Sharifah Farah Adriana bt DYTM Tuanku Syed Faizuddin, DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin ibni DYMM Tuanku Syed Sirajuddin, DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahteen Akashah, YAM Sharifah Khatreena Nuraniah
Duduk : DYMM Raja Perlis dan DYMM Raja Perempuan Perlis
Foto : Koleksi peribadi YM Ku Husam
Keberangkatan tiba DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Muda Perlis ke Istiadat Pertabalan DYMM Raja Perlis
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Di Istiadat Pertabalan DYMM Raja Perlis
Dari kiri : DYTM Raja Muda Perlis, DYTM Raja Puan Muda Perlis, YMM Raja Perempuan Besar Perlis Almarhumah Tuanku Tengku Budriah bt Almarhum Tengku Ismail
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYTM Raja Puan Muda Perlis bersama DYMM Raja Perempuan Perlis di Istiadat Pemeriksaan Perbarisan oleh DYMM Raja Perlis sempena Istiadat Pertabalan DYMM Raja Perlis
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Gambar ini diambil ketika Istiadat Santapan Malam Sempena Pertabalan DYMM Raja Perlis
Dari kiri : DYMM Raja Perempuan Perlis, bekas Raja Permaisuri Agong ke 11 YAM Permaisuri Siti Aisyah, DYTM Raja Puan Muda Perlis
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
DYTM Raja Muda Perlis dan DYTM Raja Puan Muda Perlis ketika di Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 12 di Istana Negara



DYTM Raja Muda dan DYTM Raja Puan Muda ketika menyaksikan rakaman program "Al Kuliyyah" yang diadakan di Balairong Seri Istana Arau.
.........................

p/s : 

ucapan setinggi tinggi TERIMA KASIH dan PENGHARGAAN kepada YM Ku Husam yang membenarkankan HUNKZ mengguna beberapa "keping" gambar daripada koleksi peribadinya untuk HUNKZ muatkan dalam entry "Pewaris Takhta : Perlis Indera Kayangan". YM Ku Husam merupakan kerabat diraja Kedah dan Pattani. YM juga merupakan ahli keluarga kepada TYT Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang iaitu Tun Dato' Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas.

Wednesday, February 15, 2012

Hermes para Puteri : YM Tunku Dato' Seri Mimi Wahida bt Tunku Wahman


Assalamualaikum w.b.t..
"Hermes para Puteri" kali ini menampilkan puteri diraja dari Negeri Sembilan iaitu isteri kepada YAM Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Dato' Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar iaitu YM Tunku Mimi Wahida bt Tunku Wahman



Tuesday, February 14, 2012

Pewaris Takhta : Selangor Darul Ehsan


Assalamualaikum w.b.t
Seperti mana mana negeri beraja yang lain di Malaysia, negeri Selangor juga mempunyai pewaris takhtanya yang tersendiri. Jawatan yang diwarisi sejak berpuluh tahun ini kini disandang oleh putera kepada DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj iaitu DYTM Tengku Amir Shah.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Darul Ehsan
Tengku Amir Shah ibni DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj
SPMS, SSIS
Diputerakan pada 12 Disember 1990, DYTM Tengku Amir merupakan putera tunggal DYMM Sultan Selangor hasil daripada perkahwinan kedua baginda. DYMM Sultan Selangor telah menikahi bonda DYTM Tengku Amir  iaitu Che Puan Nur Lisa pada tahun 1988 dan kemudiannya pasangan ini bercerai 9 tahun kemudian. Che Puan Nur Lisa merupakan rakyat kelahiran Amerika Syarikat. Ini bermakna DYTM Tengku Amir berdarah kacukan Malaysia-Amerika. DYTM Tengku Amir mempunyai dua orang kekanda hasil perkahwinan pertama Sultan Sharafuddin dengan YM Raja Zarina Raja Tan Sri Zanal Abidin iaitu YAM Tengku Zerafina  DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan YAM Tengku Zatasyah bt DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

DYTM bersama ayahanda, bonda tirinya YM Raja Zarina dan kedua dua kekandanya iaitu YAM Tengku Zatasyah (kiri sekali) dan YAM Tengku Zerafina (kanan sekali)
DYTM Tengku Amir mendapat pendidikan di Alice Smith School di Kuala Lumpur sebelum berangkat ke United Kingdom untuk meyambung pendidikannya di Wellington College pada tahun 2009.

DYTM Tengku Amir Shah (kiri sekali) ketika menghadiri Istiadat Kemahkotaan dan Pertabalan DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 9 Mac 2003
Foto : Utusan Malaysia
Kira kira setahun sebelum Kemahkotaan dan Pertabalan DYMM Sultan Sharafuddin sebagai Sultan Selangor yang baru menggantikan Almarhum Sultan Salahuddin, DYTM Tengku Amir telah dimasyurkan sebagai Raja Muda Selangor yang baru iaitu pada 3 Mei 2002. Namun begitu, upacara pertabalan DYTM Tengku Amir sebagai Raja Muda Selangor akan diadakan selepas baginda mencecah usia 21 tahun.

Pada Sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor tahun 2005, DYTM Tengku Amir telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) dan pada Sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor tahun 2010 baginda telah dikurniakan dengan Darjah Kebesaran Dato Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SSIS).
SPMS
Foto : Laman Web Rasmi Darjah Kebesaran Negeri Selangor
SSIS
Foto : Laman Web Rasmi Darjah Kebesaran Negeri Selangor
........................................

Gambar potret yang diambil selepas Istiadat Pertabalan DYMM Tengku Permaisuri Siti Aisyah sebagai DYMM Tengku Permaisuri Selangor pada tahun 1998
Dari kiri : DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah (ketika bergelar Raja Muda Selangor), Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al Haj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah, YAM Permaisuri Siti Aisyah (ketika bergelar DYMM Tengku Permaisuri Selangor) , DYTM Tengku Amir Shah
DYTM Tengku Amir dan YM Raja Zarina (bonda tiri baginda) ketika sambutan hari jadi Ku Yah yang merupakan bonda saudara Tengku Amir
Foto : Kee Hua Chee
Bonda DYTM Tengku Amir, Che Puan Lisa Abdullah
Bersama DYTM Raja Muda Perlis (tiga dari kiri) ketika menghadiri satu majlis santapan tengah hari di Perlis
Foto : Shukri Sharbina, pengiring DYMM Raja Perempuan Perlis
DYTM Tengku Amir menerima darjah SPMS pada tahun 2005
Sebahagian daripada Keluarga Diraja Selangor
Dari kanan : Aubry Rahim Mennesson (suami Tengku Zatasyah) YAM Tengku,Zatasyah, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj, DYTM Tengku Amir
Foto : Kee Hua Chee

Monday, February 13, 2012

60 Tahun Pemerintahan Ratu England, HM Queen Elizabeth II


Assalamualaikum w.b.t.....

In the way I didn't have any 'prince-ship', my father died much too young and so it is all a very sudden kind of taking on and making the best job you can.....it is the question of maturing into a something that one's got used to doing, and accepting the fact that here you are and its your fate, because I think the continuity is important...it is a job for life "...HM Queen Elizabeth II

Petikan diatas merupakan kata kata HM Queen Elizabeth II sewaktu baginda akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara England selepas kemangkatan ayahandanya, HM King George VI..
  Entry kali ini merupakan "so called tribute" kepada Ratu England sempena Jubli Emas pemerintahannya pada 6 Februari 2012 lalu, sekaligus menjadikan baginda sebagai Ketua Negara England yang kedua paling lama memerintah selepas HM Queen Victoria yang memerintah selama 63 tahun dan juga sebagai Ketua Negara Monarki kedua paling lama memerintah di dunia selepas Raja Thailand.....


Baginda Ratu telah dilahirkan pada 21 April 1926 sebagai HH Princess Elizabeth of York di 17 Bruton Street, Mayfair, London. Baginda merupakan anakanda sulong kepada pasangan Duke of York, Prince Albert dan Duchess of York, Elizabeth Bowes Lyon.

HRH Prince Albert the Duke of York dan HRH Elizabeth Bowes Lyon the Duchess of York
Kemudiannya, baginda telah dibaptiskan dan diberi nama Elizabeth Alexandra Mary dalam satu upacara pembaptisan yang dilakukan di Istana Buckingham pada 29 Mei 1926.

Sewaktu Hari Pembaptisan HH Princess Elizabeth
Berdiri dari kiri : The Duke of Connaught, HM King George V (nenda sebelah bapa), The Duke of York (ayahanda), The Earl of Strathmore (nenda sebelah ibu)
Duduk dari kiri : Lady Elphinstone, HM Queen Mary (nenda sebelah bapa), The Duchess of York yang mendukung HH Princess Elizabeth, The Countess of Strathmore (nenda sebelah ibu), Princess Mary the Princess Royal (bonda saudara sebalah bapa)


Nama Elizabeth Alexandra Mary diambil sempena dengan nama ibunya iaitu, Duchess Elizabeth York, "Alexandra" diambil sempena nama moyangnya iaitu HM Queen Alexandra dan nama "Mary" diambil sempena nama nendanya iaitu HM Queen Mary..
Dari kiri
HM Queen Alexandra (moyang HM Queen Elizabeth II)
HM Queen Mary (nenda HM Queen Elizabeth II)
HM Queen Elizabeth (bonda kepada HM Queen Elizabeth II)
Kehidupan keluarga Duke dan Duchess of York bersama puteri mereka, Princess Elizabeth bertambah bahagia apabila HH Princess Margaret Rose dilahirkan pada tahun 1930. Keluarga ini menghabiskan masa mereka di Royal Lodge yang terletak di Windsor Great Park.

Princess Elizabeth dan Princess Margaret
Pada saat kehidupannya bergelar puteri kepada Duke dan Duchess of York, Princess Elizabeth berada di tangga ketiga sebagai pewaris takhta kerajaan England. Di tangga pertama ialah ayahanda saudaranya Prince Edward iaitu Prince of Wales (kemudian ditabal sebagai King Edward VIII), ditangga kedua sebagai pewaris ialah ayahandanya. Pada saat itu, tiada siapa yang menduga bahawa ayahandanya akan bergelar Raja England atau Princess Elizabeth sendiri sebagai Ratu England.

HM King Edward VIII
baginda kemudiannya bergelar HRH Prince Edward, Duke of Windsor selepas mengambil keputusan menuruni takhta kerajaan England
Namun begitu, semuanya berubah apabila nenda Princess Elizabeth iaitu HM King George V mangkat pada tahun 1936. Berikutan kemangkatan tersebut anakanda sulongnya iaitu Prince Edward the Prince of Wales telah ditabal sebagai Raja England yang baru bergelar HM King Edward VIII.
Kerana cintanya yang mendalam kepada seorang janda, HM King Edward VIII telah memutuskan untuk turun daripada takhta kerajaan England dan mengahwini cinta sejatinya iaitu Mrs Wallis Simpson.
HM King Edward VIII telah diberi kata dua samaada meninggalkan Wallis Simpson kalau mahu terus bertakhta , kerana Gereja England melarang rajanya berkahwin dengan janda, ataupun turun daripada takhta kerajaan jika mahu terus bersama Wallis Simpson.

Kejelitaan Wallis Simpson yang berjaya menambat hati seorang raja. 
Pada hari perkahwinan mereka di Eropah.
Perkahwinan ini merupakan yang pertama bagi Prince Edward dan ketiga bagi Wallis Simpson


Demi cintanya kepada Wallis Simpson, HM King Edward VIII turun daripada takhta dan mengahwini kekasihnya. Selepas perkahwinannya mereka diberi gelaran Duke dan Duchess of Windsor serta hidup dalam buangan di Eropah. HM King Edward VIII bertakhta selama 327 hari.
Penurunan HM King Edward VIII daripada takhta merupakan saat yang paling sedih dalam hidup bondanya iaitu, HM Queen Mary. Ayahanda Princess Elizabeth, Prince Albert the Duke of York kemudiannya telah diangkat menjadi Raja England yang baru menggantikan kekandanya yang turun dari takhta.
Prince Albert bergelar HM King George VI dan isterinya bergelar HM Queen Elizabeth.

Pada hari pertabalan HM King George VI dan HM Queen Elizabeth
Potret pertabalan
Dari kiri : HM King George, HRH Princess Margaret, HRH Princess Elizabeth, HM Queen Elizabeth
Pada saat itu, Princess Elizabeth berada ditempat pertama sebagai pewaris takhta kerajaan England manakala adindanya, Princess Margaret Rose ditempat kedua.
Kini mereka bergelar HRH Princess Elizabeth dan HRH Princess Margaret.

Pertunangan di antara Princess Elizabeth dengan Lieutenant Phillip Mountbatten ,seorang putera diraja Greece,  telah diumumkan pada tahun 1947 di Istana Buckingham. Pasangan ini telah bertemu buat kali pertamanya pada tahun 1946 iaitu pada majlis perkahwinan Patricia Mountbatten dan Lord Brabourne di Romsey Abbey.

HRH Princess Elizabeth di Romsey Abbey pada tahun 1946.
Di majlis perkahwinan inilah buat pertama kalinya baginda bertemu bakal suaminya
Pasangan ini berkahwin pada 20 November 1947 di Westmister Abbey dalam satu majlis yang sederhana  kerana pada ketika itu Britain masih lagi dalam pemulihan selepas peperangan.
Selepas perkahwinan tersebut, Lieutenant Phillip Mountbatten bergelar HRH Prince Phillip, Duke of Edinburgh.


HRH Princess Elizabeth dan HRH Prince Phillip telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Prince Charles (The Prince of Wales) pada tahun 1948, Princess Anne (The Princess Royal) pada tahun 1950.
Selepas HRH Princess Elizabeth menaiki takhta kerajaan Britain pada tahun 1952, Prince Andrew (The Duke of York) dilahirkan pada 1960 dan Prince Edward (The Earl of Wessex) pada tahun 1964.
Sehingga hari ini, HM Queen Elizabeth dan HRH Prince Phillip telah dikurniakan dengan 8 orang cucu dan seorang cicit..
HM Queen Elizabeth II dan HRH Prince Phillip bersama anakanda..
Prince Charles di sebelah kiri baginda..
Belakang dari kiri : HRH Prince Andrew the Duke of York, HRH Princess Anne the Princess Royal. HRH Prince Edward the Earl of Wessex
Pada 6 Februari 1952, HM King George VI telah mangkat dalam usia 56 tahun akibat kanser paru paru. Serentak dengan kemangkatan tersebut, pewaris takhta pertama kerajaan England iaitu HRH Princess Elizabeth telah dilantik menjadi Ratu England bergelar HM Queen Elizabeth II.
Balu HM King George iaitu bonda kepada baginda ratu kini bergelar HM Queen Elizabeth the Queen Mother.
Pada hari pengkebumian HM King George VI
Dari kiri : HRH Princess Elizabeth, HM Queen Mary, HM Queen Elizabeth
HM Queen Elizabeth
The Queen Mother
Pertabalan HM Queen Elizabeth II sebagai Ratu England telah diadakan pada 2 Jun 1953 di Westmister Abbey. Sewaktu majlis pertabalannya, HM Queen Elizabeth II memilih untuk dimahkotakan dengan "St Edward Crown" yang mana Raja England sebelumnya iaitu HM Queen Victoria dan HM King Edward VII tidak mahu dimahkotakan dengan mahkota tersebut kerana beratnya sebanyak 2.2 kg yang amat tidak menyelesakan si pemakai. Mereka memilih untuk dimahkotakan dengan "The Imperial State Crown" yang lebih ringan. Ketika berangkat keluar dari Westmister Abbey selepas kemahkotaan dan pertabalannya baginda ratu memakai "The Imperial State Crown"..

St Edward Crown
Imperial State Crown 
Potret HM Queen Elizabeth II memakai St Edward Crown
Potret HM Queen Elizabeth II memakai Imperial State Crown
So, itulah serba sedikit yang HUNKZ boleh share tentang Baginda Ratu England..Now, HUNKZ ingin share tentang 20 fakta menarik berkenaan baginda...

1..Baginda Ratu ialah monarki kedua England yang paling lama memerintah iaitu selama 60 tahun, yang pertama ialah HM Queen Victoria, yang memerintah selama 63 tahun.

2..Baginda Ratu ialah pemerintah England yang ke 40 semenjak William the Conqueror kembali merampas takhta kerajaan England.

3..Baginda Ratu telah berkhidmat dibawah 12 orang Perdana Menteri setelah 60 tahun memerintah iaitu Winston Churchill, Sir Anthony Eden, Harold Macmillan, Sir Alec Douglas Home, Harold Wilson, Edward Heath, James Callaghan, Margaret Thatcher, John Mayor, Tony Blair, Gordon Brown dan kini ialah David Cameron.

4..Baginda Ratu telah menghadiri setiap pembukaan persidangan parlimen kecuali pada tahun 1959 dan 1963 kerana baginda dijangka akan melahirkan Putera Andrew dan Putera Edward pada ketika itu.

5..Baginda Ratu kini menaungi lebih 600 persatuan dan organisasi dan 400 daripadanya telah dinaungi baginda sejak dari awal pemerintahannya..

6..Baginda Ratu telah menganugerahkan sebanyak 404 500 anugerah dan bintang kebesaran kerajaan England sejak dari tahun 1952

7..Baginda Ratu telah menghadiri sebanyak 610 majlis penganugerahan anugerah dan bintang kebesaran kerajaan England semenjak dari tahun 1952

8..Baginda Ratu dan HRH Prince Phillip telah menghantar lebih kurang 45 000 kad ucapan Hari Krismas sepanjang pemerintahannya

9..Baginda Ratu telah melakukan sebanyak 261 lawatan rasmi ke negara luar. Baginda telah melakukan 3 kali lawatan rasmi ke Malaysia iaitu ketika era pemerintahan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim, Tuanku Azlan Shah dan Tuanku Jaafar

Lawatan ke Malaysia ketika era Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 5 
Melawat Malaysia ketika era Tuanku Azlan Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 9 
Melawat Malaysia ketika era Almarhum Tuanku Jaafar sebagai Yand di-Pertuan Agong ke 10
10..Baginda Ratu telah menerima 102 lawatan rasmi dari ketua negara asing ke England semenjak dari tahun 1952 sehingga akhir tahun 2011

11..Baginda Ratu hadir menyaksikan perlawanan bola sepak yang pertama adalah pada tahun 1953 iaitu "FA Cup Final"..

12..Baginda Ratu telah melancarkan sebanyak 21 buah kapal sepanjang pemerintahannya

13..Baginda Ratu mempunyai sebanyak 129 potret dirinya sendiri sepanjang 60 tahun pemerintahannya

Potret terbaru HM Queen Elizabeth II dan HRH Prince Phillip sempena Jubli Emas pemerintahannya
14..Baginda Ratu telah memberi idea kepada pembukaan satu galeri diraja di dalam Istana Buckingham pada tahun 1962 yang memaparkan koleksi diraja. Ini adalah kali pertama dalam sejarah England apabila istana sebahagian daripada istana tersebut dibuka kepada umum. Pameran ini dibuka setiap tahun sejak dari awalpembukaannya.

15..Baginda Ratu telah melancarkan laman web rasmi monarki England iaitu "The British Monarchy" pada tahun 1997 diikuti dengan halaman Twitter rasmi monarki England pada tahun 2007 dan melancarkan laman monarki England di Flickr dan Facebook pada 2010

16..Baginda Ratu belajar memandu pada tahun 1945

17..Baginda Ratu menjadi Ratu England yang pertama melahirkan putera ketika sedang bertakhta selepas HM Queen Victoria. Baginda melahirkan Putera Andrew pada 1960 dan Putera Edward pada 1964

Prince Andrew ketika kecil bersama bonda dan kekandanya
Prince Edward bersama bondanya

18..Baginda Ratu menyambut ulang tahun kelahirannya yang rasmi pada bulan Jun, tarikh lahirnya yang sebenar adalah pada 12 April

19..Baginda Ratu mempunyai 30 ekor anjing dari baka "Corgis" sepanjang pemerintahannya.Corgis pertama baginda diberi nama "Susan" merupakan hadiah hari jadinya yang ke 18. Sekarang baginda mempunyai 3 ekor Corgis iaitu Monty, Willow dan Holly
HM Queen Elizabeth dan "Corgis"nya
20..Baginda Ratu kehilangan dua individu terpenting dalam hidupnya iaitu kematian adindanya HRH Princess Margaret the Countess of Snowdon pada 9 Februari 2002 dan bondanya, HM Queen Elizabeth the Queen Mother pada 30 Mac tahun yang sama..
HM Queen Mother ketika sambutan hari jadinya je 100 pada tahun 2000

HRH Princess Margaret Rose
The Countess of Snowdon
1930-2002
.....................................................................

Long Live the Queen
Long May She Reign
God Save the Queen
HER MAJESTY QUEEN ELIZABETH II
OF THE UNITED KINGDOM AND NORTHERN IRELAND