Monday, February 10, 2014

Kenali YMM Almarhumah Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin


Assalamualaikum w.b.t

YMM Almarhumah Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
DK 
YMM Tunku Ampuan Durah ibni Almarhum Tunku Besar Burhanuddin adalah bekas permaisuri kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke 9, DYMM Almarhum Tuanku Munawir yang mangkat pada 18 April 1967.

YMM Tunku Ampuan Durah telah dimasyurkan sebagai Tunku Ampuan Muda Negeri Sembilan pada tahun negara mencapai kemerdekaan hingga tahun 1960 dan kemudiannya ditabalkan sebagai DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1960 hingga 1967.

Hasil perkahwinan baginda dengan Almarhum Tuanku Munawir, baginda dikurniakan dengan seorang putera dan lima puteri iaitu YAM Tunku Putri Munawirah Almarhum Tuanku Munawir, YAM Tunku Mudziah Almarhum Tuanku Munawir, DYMM Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, YAM Tunku Dakhlah Almarhum Tuanku Munawir, YAM Tunku Deborah Almarhum Tuanku Munawir dan YAM Tunku Deanah Almarhum Tuanku Munawir.

YMM Tunku Ampuan Durah diputerikan di Istana Baroh, Seri Menanti pada 26 Jun 1922. Baginda merupakan salah seorang puteri Almarhum Tunku Besar Burhanuddin yang menaiki takhta kerajaan Negeri Sembilan sebagai Tuanku Ampuan Besar. Kekanda baginda, YMM Tunku Puan Besar Khursiah menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1933 hingga 1960 manakala adinda baginda YMM Tunku Ampuan Najihah menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1967 hingga 2008. YMM Tunku Ampuan Durah mangkat pada 8 Ogos 1999 dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti bersebelahan makam Almarhum Tuanku Munawir.

Sepanjang hayatnya, baginda banyak melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan sukarela antaranya menjadi penaung kepada Persatuan Pandu Puteri Daerah Seremban dan Yayasan Wanita Daerah Seremban. Selain itu, baginda amat meminati lukisan Cina.