Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada 3 Februari 2014 yang lalu genaplah 30 tahun pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izuddin Ghafarullahu-lah sebagai DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
Potret DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah dan DYMM Raja Permaisuri Bainun di awal pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak Sumber : Biografi Bergambar Sultan Azlan Shah |
YTM Toh Puan Besar Dewangsa Dato' Seri Hajah Hatijah binti Dato' Seri Amar Diwangsa Ahmad Bonda DYMM Sultan Perak Sumber : Biografi Bergambar Sultan Azlan Shah |
"Pendakian baginda bermula dengan jawatan Raja Bergelar, kemudian sebagai Raja Muda, Sultan Perak dan seterusnya sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...."
-Buku Sebutir Permata Diatas Takhta-
Baginda telah ditabal menjadi Sultan Perak ke 34 pada 9 Disember 1984 bersama sama dengan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun. Sila klik DISINI untuk ke Istiadat Pertabalan Sultan Azlan Shah.
Baginda menyambut Jubli Perak sebagai Sultan Perak pada 2009 Foto : Bernama |
Anakanda ketiga yang juga putera bongsu baginda, YTM Raja Kechil Sulong Perak Raja Ashman Shah, mangkat pada 30 Mac 2012 akibat asma |
Wajah terkini DYMM Sultan Azlan Shah yang kini sedang beransur pulih dari kegeringan. Anakanda sulong baginda, DYTM Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah menjadi Pemangku Sultan Perak Foto : Bernama |
SEMOGA ALLAH SWT MEMELIHARA PEMERINTAHAN DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN SHAH
SERTA
MERAHMATI SELURUH KELUARGA DAN KERABAT DIRAJA PERAK
RAKYAT PERAK, DAN SELURUH UMAT ISLAM
..............
Entry HUNKZ yang terdahulu berkenaan DYTM Raja Muda Perak