Sunday, February 09, 2014

Srikandi Negara : YMM Tunku Puan Besar Khursiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin




Assalamualaikum w.b.t

YMM Tunku Puan Besar Khursiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
DMN, DK (Negeri Sembilan), DK (Kedah), SMN
Nama YMM Tunku Puan Besar Khursiah bukanlah baru, tetapi ia sudah lama dikenali ramai, khususnya di kalangan pelajar, apabila Kolej Tunku Khursiah di Seremban mencatat keputusan cemerlang 100% dalam PMR dan SPM saban tahun. 

YMM Tunku Puan Besar Khursiah mendapat gelaran srikandi negara selepas menerima Pingat Emas Tun Fatimah pada 1974. Baginda diputerikan di Sri Menanti pada 16 Mei 1911. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sri Menanti hingga tamat darjah lima. YMM Tunku Puan Besar Khursiah telah mendirikan rumahtangga bersama Almarhum Tunku Abdul Rahman yang ketika itu bergelar Tunku Muda Serting pada 1929. Baginda telah ditabalkan menjadi DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan setelah Almarhum Tuanku Abdul Rahman ditabal menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 1933.

Walaupun sibuk dengan tugasan rasmi ketika itu, baginda sempat melibatkan diri dalam pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan sendiri pada 1961 iaitu Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) yang meliputi seluruh negara, kecuali Sarawak. 

Baginda juga menjadi penaung Persatuan Anak Anak Melayu Negeri Sembilan  di Wilayah Persekutuan pada 1979, Penaung Orang Orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM), menubuhkan Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Penanung Persatuan Binatang Liar (PAWS)

Baginda juga dikurnikan bintang kebesaran Setia Mangku Negara (SMN), Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DK) dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN)