Assalamualaikum w.b.t
Foto : Wangsa Mahkota Selangor |
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pihak bertanggungjawab terhadap pertahanan negara Malaysia dan ianya meliputi tiga cabang utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu menggalas jawatan sebagai Kolonel Yang Dipertua dalam sesuatu Rejimen ataupun Kor ATM. Dalam entri kali ini, HUNKZ akan berkongsi tentang jawatan jawatan yang sedang disandang oleh Raja Raja Melayu dan yang pernah disandang oleh Almarhum Raja Raja Melayu.
"Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus yang ditanggung oleh kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasukTLDM dan TUDM. Untuk TLDM ianya dikenali sebagai Kapten Yang Dipertua. Kor/Rejimen yang belum menerima panji panji diraja tetapi mempunyai Kolonel Yang Dipertua ialah Rejimen Gerakhas Malaysia tetapi ianya dikenali sebagai Kolonel Komandan...."
Sumber : Pangkat Kehormat TUDM
"Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus yang ditanggung oleh kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasukTLDM dan TUDM. Untuk TLDM ianya dikenali sebagai Kapten Yang Dipertua. Kor/Rejimen yang belum menerima panji panji diraja tetapi mempunyai Kolonel Yang Dipertua ialah Rejimen Gerakhas Malaysia tetapi ianya dikenali sebagai Kolonel Komandan...."
Sumber : Pangkat Kehormat TUDM
SULTAN PAHANG KDYMM Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Almustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah selaku KOLONEL YANG DIPERTUA TUDM |
RAJA PERLIS DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail selaku KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN RENJER DIRAJA dan KOLONEL YANG DIPERTUA KOR POLIS TENTERA DIRAJA |
SULTAN SELANGOR DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selaku KAPTEN YANG DIPERTUA TLDM |
YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA dan KOLONEL YANG DIPERTUA KOR JURUTERA LETRIK DAN JENTERA DIRAJA |
SULTAN KELANTAN KDYMM Sultan Muhammad V selaku KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN ARTILERI DIRAJA dan KOLONEL YANG DIPERTUA KOR RISIK DIRAJA |
SULTAN JOHOR DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar selaku KOLONEL KOMANDAN GERAK KHAS |
............................
Antara Raja Raja Melayu yang pernah menyandang jawatan dalam ATM
ALMARHUM SULTAN JOHOR Almarhum DYMM Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail selaku KOLONEL KOMANDAN GERAK KHAS |
BEKAS SULTAN KELANTAN DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra selaku KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN ARTILERI DIRAJA dan KOLONEL YANG DIPERTUA KOR RISIK DIRAJA |
ALMARHUM SULTAN SELANGOR Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj selaku KAPTEN YANG DIPERTUA TLDM |