Monday, February 10, 2014

Kenali YMM Almarhumah Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin


Assalamualaikum w.b.t

YMM Almarhumah Tunku Ampuan Durah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
DK 
YMM Tunku Ampuan Durah ibni Almarhum Tunku Besar Burhanuddin adalah bekas permaisuri kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke 9, DYMM Almarhum Tuanku Munawir yang mangkat pada 18 April 1967.

YMM Tunku Ampuan Durah telah dimasyurkan sebagai Tunku Ampuan Muda Negeri Sembilan pada tahun negara mencapai kemerdekaan hingga tahun 1960 dan kemudiannya ditabalkan sebagai DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1960 hingga 1967.

Hasil perkahwinan baginda dengan Almarhum Tuanku Munawir, baginda dikurniakan dengan seorang putera dan lima puteri iaitu YAM Tunku Putri Munawirah Almarhum Tuanku Munawir, YAM Tunku Mudziah Almarhum Tuanku Munawir, DYMM Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir, YAM Tunku Dakhlah Almarhum Tuanku Munawir, YAM Tunku Deborah Almarhum Tuanku Munawir dan YAM Tunku Deanah Almarhum Tuanku Munawir.

YMM Tunku Ampuan Durah diputerikan di Istana Baroh, Seri Menanti pada 26 Jun 1922. Baginda merupakan salah seorang puteri Almarhum Tunku Besar Burhanuddin yang menaiki takhta kerajaan Negeri Sembilan sebagai Tuanku Ampuan Besar. Kekanda baginda, YMM Tunku Puan Besar Khursiah menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1933 hingga 1960 manakala adinda baginda YMM Tunku Ampuan Najihah menjadi Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dari 1967 hingga 2008. YMM Tunku Ampuan Durah mangkat pada 8 Ogos 1999 dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti bersebelahan makam Almarhum Tuanku Munawir.

Sepanjang hayatnya, baginda banyak melibatkan diri dalam beberapa pertubuhan sukarela antaranya menjadi penaung kepada Persatuan Pandu Puteri Daerah Seremban dan Yayasan Wanita Daerah Seremban. Selain itu, baginda amat meminati lukisan Cina.











Sunday, February 09, 2014

30 Tahun Pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, pada 3 Februari 2014 yang lalu genaplah 30 tahun pemerintahan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izuddin Ghafarullahu-lah sebagai DYMM Paduka Seri Sultan Perak. 

Potret DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah dan DYMM Raja Permaisuri Bainun di awal pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak
Sumber : Biografi Bergambar Sultan Azlan Shah
YTM Toh Puan Besar Dewangsa Dato' Seri Hajah Hatijah binti Dato' Seri Amar Diwangsa Ahmad
Bonda DYMM Sultan Perak
Sumber : Biografi Bergambar Sultan Azlan Shah
"Kebolehan dan pengalaman baginda yang luas dalam bidang perundangan selama hampir 29 tahun menjadikan baginda dihormati dalam kalangan Raja Raja Melayu...." -Buku Sebutir Permata Diatas Takhta-
Sumber : Saudara Fairul Hatim

"Pendakian baginda bermula dengan jawatan Raja Bergelar, kemudian sebagai Raja Muda, Sultan Perak dan seterusnya sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong...."
-Buku Sebutir Permata Diatas Takhta-

Baginda telah ditabal menjadi Sultan Perak ke 34 pada 9 Disember 1984 bersama sama dengan DYMM Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun. Sila klik DISINI untuk ke Istiadat Pertabalan Sultan Azlan Shah.

Istiadat Pertabalan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 9 di Istana Negara pada tahun 1989. Dengan pelantikan tersebut, maka genaplah pusingan pertama Raja Raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Sumber : Buku Sebutir Permata Diatas Takhta, Saudara Fairul Hatim
Baginda menyambut Jubli Perak sebagai Sultan Perak pada 2009
Foto : Bernama
Anakanda ketiga yang juga putera bongsu baginda, YTM Raja Kechil Sulong Perak Raja Ashman Shah, mangkat pada 30 Mac 2012 akibat asma
Wajah terkini DYMM Sultan Azlan Shah yang kini sedang beransur pulih dari kegeringan. Anakanda sulong baginda, DYTM Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah menjadi Pemangku Sultan Perak
Foto : Bernama

SEMOGA ALLAH SWT MEMELIHARA PEMERINTAHAN DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN SHAH
SERTA
 MERAHMATI SELURUH KELUARGA DAN KERABAT DIRAJA PERAK
 RAKYAT PERAK, DAN SELURUH UMAT ISLAM

..............


Entry HUNKZ yang terdahulu berkenaan DYTM Raja Muda Perak

Srikandi Negara : YMM Tunku Puan Besar Khursiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin




Assalamualaikum w.b.t

YMM Tunku Puan Besar Khursiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
DMN, DK (Negeri Sembilan), DK (Kedah), SMN
Nama YMM Tunku Puan Besar Khursiah bukanlah baru, tetapi ia sudah lama dikenali ramai, khususnya di kalangan pelajar, apabila Kolej Tunku Khursiah di Seremban mencatat keputusan cemerlang 100% dalam PMR dan SPM saban tahun. 

YMM Tunku Puan Besar Khursiah mendapat gelaran srikandi negara selepas menerima Pingat Emas Tun Fatimah pada 1974. Baginda diputerikan di Sri Menanti pada 16 Mei 1911. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Sri Menanti hingga tamat darjah lima. YMM Tunku Puan Besar Khursiah telah mendirikan rumahtangga bersama Almarhum Tunku Abdul Rahman yang ketika itu bergelar Tunku Muda Serting pada 1929. Baginda telah ditabalkan menjadi DYMM Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan setelah Almarhum Tuanku Abdul Rahman ditabal menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada 1933.

Walaupun sibuk dengan tugasan rasmi ketika itu, baginda sempat melibatkan diri dalam pertubuhan kebajikan yang ditubuhkan sendiri pada 1961 iaitu Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) yang meliputi seluruh negara, kecuali Sarawak. 

Baginda juga menjadi penaung Persatuan Anak Anak Melayu Negeri Sembilan  di Wilayah Persekutuan pada 1979, Penaung Orang Orang Cacat Anggota Malaysia (POCAM), menubuhkan Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Penanung Persatuan Binatang Liar (PAWS)

Baginda juga dikurnikan bintang kebesaran Setia Mangku Negara (SMN), Darjah Kerabat Negeri Sembilan (DK) dan Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN)