Assalamualaikum w.b.t......
Yang di-Pertuan Agong ke 13,DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin bakal menamatkan tempoh pemerintahan baginda sebagai Ketua Negara Malaysia yang ke 13 pada 12 Disember 2011.....
So i'd like to go back to the moment where DYMM Tuanku Mizan dimasyur sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong seterusnya dimasyur sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13.....
PEMASYURAN SEBAGAI TIMBALAN YANG di-PERTUAN AGONG

DYMM Tuanku Mizan telah dua kali dimasyurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama DYMM Tuanku Mizan menjawat jawatan ini adalah sewaktu era pemerintahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah iaitu Yang di-Pertuan Agong ke 11 dan kali kedua DYMM Tuanku menjawat jawatan ini adalah pada era pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail iaitu Yang di-Pertuan Agong ke 12. Foto di atas adalah peristiwa dimana DYMM Tuanku Mizan mengangkat sumpah jawatan selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2001..
PEMASYURAN SEBAGAI YANG di-PERTUAN AGONG KE 13
Pada 13 Disember 2006 DYMM Tuanku Mizan telah dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13 menggantikan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin. Baginda telah dipilih untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke 13 atas perkenan Raja Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja Raja ke 208 (Khas) yang telah bersidang pada 3 November 2006.
DYMM Tuanku Mizan bersama sama DYMM Tuanku Nur Zahirah dan YTM Tengku Muhammad Ismail mengaminkan doa sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk Istiadat Angkat Sumpah. |
Sebelum berangkat menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan, satu istiadat keberangkatan bagonda dan DYMM Tuanku Nur Zahirah telah diadakan di Istana Maziah. Manakala sehari sebelum keberangkatan baginda berdua ke Kuala Lumpur, putera sulong baginda iaitu YTM Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Yang Dipertuan Muda Terengganu telah dimasyurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu serentak dengan itu upacara pelantikan Majlis Penasihat Pemangku Raja.
Baginda menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13 sambil disaksikan oleh Almarhum Tuanku Jaafar,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan |
Baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13 pada Mesyuarat Majlis Raja Raja (Khas) ke 209 sempena dengan Istiadat Mengangkat Sumpah. |
PERTABALAN TUANKU MIZAN SEBAGAI YANG di-PERTUAN AGONG KE 13
Pada pagi 26 April 2007 satu sejarah baru telah terukir di bumi Malaysia. DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke 13.
Istiadat pagi iyu telah dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kehormat 107 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) dari Kem Sungai Besi.
Istiadat pertabalan baginda dimulakan dengan perisytiharan pertabalan baginda oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diikuti dengan Datuk Paduka Maharaja Lela menyembahkan Al Quran kepada baginda dan kemudiaannya menyembahkan Keris Panjang Diraja kepada baginda sebagai lambang kebesarab dan kekuasaan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong. Istiadat pagi itu diteruskan dengan lafaz ikrar oleh baginda sebelum ditutupi dengan bacaan doa.
Istiadat kali ini juga mencatat satu sejarah bermakna kerana telah dirakam oleh National Geographic dan telah disiarkan ke seluruh dunia..

Keberangkatan masuk DYMM Tuanku Mizan dan DYMM Tuanku Nur Zahirah ke Balairong Seri Istana Negara untuk Istiadat Pertabalan Baginda berdua. |
Baginda mengucup Al Quran. Al Quran juga merupakan sebahagian daripada Alat Kebesaran Diraja. |
Menjunjung Keris Panjang Diraja |
DYMM Tuanku Nur Zahirah bergambar kenangan bersama tetamu diraja yang hadir pada Istiadat Santapan Malam sempena Pertabalan Yang Dipertuan Agong. |