Friday, April 13, 2012

Pewaris Takhta : Negeri Sembilan Darul Khusus


Assalamualaikum w.b.t....
HUNKZ sebenarnya sengaja menulis entry dalam segmen "Pewaris Takhta" dari Negeri Sembilan sebagai yang terakhir kerana keunikan pewarisan takhtanya.
Mengikut buku "Protokol dan Adat Diraja", Negeri Sembilan adalah negeri melayu yang tidak mempunyai pewaris takhta dan bakal Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan adalah dalam kalangan Putera Yang Empat iaitu YAM Tunku Besar Seri Menanti, YAM Tunku Laxmana, YAM Tunku Muda Serting dan YAM Tunku Panglima Besar. Hari ini, jawatan tersebut disandang oleh YAM Tunku Ali Redhaudin ibni DYMM Tuanku Muhriz sebagai Tunku Besar Seri Menanti, YAM Tunku Naqiuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar sebagai Tunku Laxmana, YAM Tunku Imran ibni Almarhum Tuanku Jaafar sebagai Tunku Muda Serting dan YAM Tunku Nadzaruddin sebagai Tunku Panglima Besar.

Apabila berlakunya kemangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Undang Yang Empat yang terdiri daripada Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jempol dan Undang Luak Rembau akan bersidang untuk memilih dan memasyurkan salah seorang daripada Putera Yang Empat untuk menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru. Hal ini jelas menunjukkan bahawa pemilihan monarki Negeri Sembilan tidak berdasarkan sistem pewarisan yang lazimnya diamalkan si negeri melayu beraja yang lain. Sebagai contohnya adalah ketika pemilihan DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menggantikan ayahanda saudaranya yang mangkat iaitu Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Para Datuk Undang Yang Empat telah bersepakat memilih baginda untuk menggantikan Almarhum Tuanku Jaafar instead of memilih anakanda Almarhum Tuanku Jaafar. Ketika itu DYMM Tuanku Muhriz bergelar YAM Tunku Besar Seri Menanti yang mana jawatan tersebut kini disandang oleh anakanda sulong baginda.
Sekarang HUNKZ ingin berkongsi serba sedikit latar belakang Putera Yang Empat.

.....................................

Yang Amat Mulia Tunku Besar Seri Menanti
YAM Tunku Ali Redhaudin ibni DYMM Tuanku Muhriz
DKYR

YAM Tunku Ali diputerakan di Kuala Lumpur pada 26 April 1977 dan merupakan putera sulong kepada DYMM Tuanku Muhriz dan DYMM Tuanku Aishah Rohani. Adinda baginda yang lain ialah YAM Tunku Zain Al Abidin dan YAM Tunku Alif Hussein Al Amin.

YAM Tunku Ali bersama ayahanda dan bonda serta adindanya ketika bercuti di Rome
Baginda menerima pendidikan awal di Sekolah Sri Inai Junior dan di Alice Smith School, Kuala Lumpur. Pada tahun 1990, baginda memulakan pendidikan di sekolah berasrama di Malborough College, Wiltshire di United Kingdom untuk mengikuti pengajian di peringkat GCSE dan A-Levels.
Selain menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang, baginda juga mempunyai sifat kepimpinan yang telah dipupuk dari kecil lagi. Baginda telah dilantik menjadi ketua rumah asrama serta mewakili sekolah dalam pertandingan badminton dan bola keranjang. Baginda juga mengikuti latihan asas ketenteraan sebagai ahli pasukan kadet Combined Cadet Force.
Setelah berjaya menamatkan pengajian A-Levels pada tahun 1995, baginda telah dianugerahkan biasiswa Sime Darby/Cambridge Commonwealth Trust untuk melanjutkan pengajian di Universiti Cambridge dimana baginda telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah dan Sains Sosial dan Politik pada tahun 1998
Pada tahun 1998, YAM Tunku Ali memulakan kerjaya di McKinsey & Company, London iaitu sebuah firma rundingan pengurusan global selain terlibat dalam memberi khidmat nasihat kepada pihak kerajaan dan syarikat besar termasuklah strategi jangka panjang bagi organisasi dan pentadbiran korporat. Kerjaya baginda pada mulanya tertumpu di Eropah, Amerika dan akhirnya Asia, dimana baginda bertugas di Kuala  Lumpur, Hong Kong dan Singapura. Pada tahun 2004, baginda menyertai Khazanah Nasional Berhad, satu syarikat pelaburan strategik milik kerajaan dengan tujuan menyumbang kepada pembangunan negara.
Berikutan kekosongan kerusi bagi jawatan YAM Tunku Besar Seri Menanti berikutan ayahandanya yang memegang jawatan tersebut telah dipilih dan dimasyur menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baru, Tunku Ali telah dilantik sebagai Tunku Besar Seri Menanti oleh ayahandanya di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti pada 22 Februari 2009.

DYMM Tuanku Muhriz menyematkan keris Tunku Besar Seri Menanti  sebagai tanda YAM Tunku Ali dilantik menjadi Tunku Besar Seri Menanti yang baru.
YAM Tunku Ali bersama adindanya serta ayahanda dan bonda selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kerabat Yam Tuan Raden (DKYR)

Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Negeri Sembilan
YAM Tunku Dato Seri Utama Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar
DK, DKYR, SPMP, SPNS, PPT, Grand Collar of the Order of Bernardo O'Higgins of Chile

YAM Tunku Naquiyuddin merupakan putera sulong dan anakanda kedua kepada Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dan YMM Tuanku Ampuan Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.
Baginda yang diputerakan pada 8 Mac 1947 kemudiannya menerima pendidikan awalnya di Anderson School di Ipoh dan di Sekolah Tunku Besar Tampin di Tampin Negeri Sembilan. Kemudiannya baginda melanjutkan pengajiannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu di King's School di Canterbury sebelum menyambung pengajiannya di University College of Wales di United Kingdom dalam bidang Politik Antarabangsa. Baginda kemudiannya menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana di universiti yang sama tetapi dalam bidang Ekonomi.

Setelah tamat pengajiannya, baginda pada awalnya berkhidmat di Kementerian Hubungan Luar dan pernah dilantik sebagai Setiausaha di Kedutaan Malaysia di Paris. Baginda kemudiannya menjawat jawatan Pengerusi dan mengetuai Antah Holding Berhad sehingga tahun 2007. Pada tahun 1994, baginda terpaksa melepaskan jawatannya sebagai Pengarah SPA apabila baginda dilantik menjadi Pemangku Yang Dipertuan Negeri Sembilan apabila almarhum ayahandanya berangkat ke Kuala Lumpur bagi menyempurnakan tanggungjawab sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke 10 dari tahun 1994 hingga 1999. YAM Tunku Naquiyuddin merupakan seorang tokoh dan ahli korporat yang disegani dan dihormati, hal ini terbukti apabila sehingga ke hari ini baginda masih mengetuai beberapa buah badan korporat dan syarikat besar di Malaysia.

YAM Tunku Naquiyuddin telah mendirikan rumahtangga dengan YAM Tunku Puan Muda Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador dan dikurniakan dengan 4 orang cahayamata iaitu 2 putera dan 2 puteri.

YAM Tunku Puan Muda Negeri Sembilan
Tunku Nurul Hayati binti Tunku Bahador
SPTJ

YAM Tunku Naquiyuddin, YAM Tunku Nurul Hayati dan YAM Tunku Ali Redhauddin pada Istiadat Santapan Malam sempena Pertabalan DYMM Tuanku Muhriz dan DYMM Tuanku Aishah Rohani

Yang Amat Mulia Tunku Muda Serting
YAM Tunku Tan Sri Imran ibni Almarhum Tuanku Jaafar
PSM, DKYR, SPNS, AMN, PJK



YAM Tunku Imran diputerakan pada 21 Mac 1948 di Istana Hinggap di Seremban merupakan putera kedua kepada Almarhum Tuanku Jaafar dan YMM Tuanku Ampuan Najihah. Baginda mendapat pendidikannya di King's School sama seperti kekandanya, YAM Tunku Naquiyuddin kemudiannyabaginda menyambung pendidikannya di University Nottingham dalam bidang undang undang.
Baginda menyertai Malaysian National Corporation (PERNAS) selaku wakilnya syarikat tersebut di Indonesia dan kemudiannya dinaikkan pangkat ke Setiausaha Kumpulan PERNAS. Seperti kekandanya, YAM Tunku Imran juga amat aktif bergiat dalam bidang korporat. Rakyat Malaysia mungkin akan mengenalinya kerana baginda merupakan Presiden Majlis Olimpik Malaysia yang mana pada hari ini baginda masih lagi menyandang jawatan tersebut.

YAM Tunku Imran mendirikan rumahtangganya dengan YM Che Engku Dato Seri Puan Seri Mahirah binti Abdullah dan dikurniakan dengan 3 orang putera.

YAM Tunku Puan Muda Serting
Che Engku Mahirah binti Abdullah
SPTJ

YAM Tunku Imran, Almarhum Tuanku Jaafar, YMM Tuanku Ampuan Najihah dan YAM Tunku Naquiyuddin ketika Istiadat Santapan Tengah Hari selepas Istiadat Penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Sembilan sempena Hari Keputeraan Almarhum Tuanku Jaafar

Yang Amat Mulia Tunku Panglima Besar
YAM Tunku Dato Seri Nadzaruddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar
DKYR, SPTJ

Putera bongsu kepada Almarhum Tuanku Jaafar dan YMM Tuanku Ampuan Najihah ini dilahirkan pada 26 Oktober 1959 di Kuala Lumpur. Baginda mendapat pendidikannya di St Paul's Institution dan King George V's School di Seremban. Baginda kemudiannya menyambung pengajiannya di Cheltenhem College di Gloucester dan seterusnya ke University College di London. Baginda juga merupakan pemegang ijazah dari University of Middlesex, USA.

Baginda mendirikan rumahtangga bersama bekas personaliti TV3 iaitu YAM Tunku Dato Seri Mimi Wahida binti Tunku Abdullah Wahman pada 6 November 1997 di Istana Negara, Kuala Lumpur. Baginda berdua dikurniakan 3 orang cahayamata iaitu 2 putera dan seorang puteri.

YAM Tunku Puan Panglima Besar
Tunku Dato Seri Mimi Wahida binti Tunku Abdullah Wahman
SPTJ
YAM Tunku Nadzaruddin dan YAM Tunku Mimi pada hari persandingan mereka



7 Wasiat Raja Raja Melayu


Assalamualaikum w.b.t..

Apakah "7 Wasiat Raja Raja Melayu"..???
Mungkin ramai generasi Y hari ini tidak mengetahui apakah itu "7 Wasiat Raja Raja Melayu"..

"7 Wasiat Raja Raja Melayu" merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan oleh Raja Raja Melayu semasa baginda menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Tujuh wasiat tersebut adalah :


KAMI NAMAKAN DAN KAMI PANGGIL DIA BUMI YANG KAMU PIJAK DAN LANGIT KAMU JUNJUNG, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang Malaysia)


KAMI ISYTIHARKAN DAN KAMI SIMPAN UNTUK KAMU DAN KAMI BENARKAN KAMU ISYTIHAR DAN SIMPAN UNTUK ANAK CUCU KAMU , SELAIN GUNUNG GANANG, TASIK DAN HUTAN SIMPAN, TANAH SIMPANAN MELAYU SEHINGGA NISBAH 50%. SELEBIHNYA KAMU REBUTLAH BERSAMA SAMA KAUM LAIN


BAGI MENJAGA KAMU DAN BAGI MELINDUNGI ANAK CUCU KAMU SERTA HARTA HAK MILIK KAMU, KAMI TUBUHKAN REJIMEN ASKAR MELAYU SELAIN UNTUK MEMBANTERAS KEKACAUAN DALAM NEGARA DAN ANCAMAN DARI LUAR NEGARA


KAMI KEKALKAN DAN KAMI JAMIN KERAJAAN DAN KEDAULATAN RAJA RAJA MELAYU MEMERINTAH NEGARA INI


KAMI ISYTIHARKAN ISLAM ADALAH AGAMA PERSEKUTUAN


KAMI TETAPKAN BAHASA KEBANGSAAN IALAH BAHASA MELAYU


KAMI AMANAHKAN DAN KAMI PERTANGGUNGJAWABKAN KEPADA RAJA RAJA MELAYU UNTUK MELINDUNGI KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM KAUM LAIN. (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sarawak dan Sabah)





DAULAT TUANKU
DIRGAHAYU TUANKU PATIK

Thursday, April 12, 2012

Mengenali Sistem Perlantikan Bakal Sultan Bagi Negeri Perak

Assalamualaikum w.b.t...
Dalam post kali ini HUNKZ ingin berkongsi tentang "Sistem Perlantikan Bakal Sultan Bagi Negeri Perak" yang mana ada keunikannya yang tersendiri...Apakah yang unik??...sama samalah membaca...

Negeri Perak Darul Ridzuan mempunyai sembilan daerah besar dan lapan daerah kecil. Hirarki sistem pemerintahan berajanya berlainan dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Setiap bakal sultan akan melalui tangga-tangga raja bergelar sebelum menduduki tahta utama negeri. 

Pemilihan dan perlantikan Raja Pemerintah bagi Negeri Perak dibuat oleh Dewan Negara Perak. Sistem yang diamalkan ialah menerusi kenaikan pangkat Bakal Sultan dan tidak mengikut sistem turun menurun dari Raja Pemerintah kepada puteranya. Sistem yang unik ini adalah melalui ikut giliran pemerintahan. Buat masa ini Negeri Perak mempunyai tiga Keluarga diRaja yang memerintah secara giliran. Keluarga yang dimaksudkan ialah dari Keluarga Iskandar, Yusuf dan Abdullah. Kebiasaannya sekiranya seorang Sultan pemerintah mangkat, bakal pemerintah menggantinya adalah daripada keluarga yang berikutnya, dan keluarga Sultan yang mangkat terpaksa menunggu akan giliran mereka untuk memerintah Negeri mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh Dewan Negara. Oleh itu apabila seseorang Sultan itu mangkat, seluruh keluarga baginda terpaksa mengosongkan Istana didalam masa 100 hari, dan Istana tersebut akan didiami pula oleh keluarga Sultan yang baru.

Mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, seseorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah hendaklah mempunyai zuriat yang diakui telah diperanakkan dengan jalan yang halal daripada tubuh dan darah daging Sultan yang kelapan belas. Ianya hendaklah seorang anak lelaki, cucu lelaki, cicit lelaki dan sebagainya dari sebelah pihak benih turun temurun sehingga yang akhir sekali. Undang-Undang Tubuh tidak sesekali membenarkan dan adalah diharamkan memilih dan melantik seseorang Raja Pemerintah selain daripada zuriat seumpama itu daripada Sultan kelapan belas selagi ada hidupnya seorang zuriat seumpama itu daripada Sultan tersebut dengan syarat Raja Pemerintah itu tiada mempunyai suatu cacat yang besar dan berat yang kerananya ia tidal akan diluluskan oleh Hukum Syarak menjadi seorang Raja Pemerintah.

Sekiranya pada mana-mana masa tiada lagi zuriat daripada benih Sultan yang kelapan belas, maka wajiblah dipilih dan dilantik sebagai seorang Raja Pemetintah dari antara zuriat-zuriat daripada benih Sultan yang Pertama.

Jikalau sekiranya tiada seorang yang layak dilantik menjadi Raja Pemerintah, maka pilihan dari lantikan Raja Pemerintah hendaklah diserahkan kepada timbangan, hukuman dan keputusan Dewan Negara.

Satelah Raja Pemerintah dimashyurkan, dua orang Bakal Sultan hendaklah dilantik oleh Raja Pemerintah dengan nasihat Dewan Negara. Dua gelaran yang dipegang oleh Bakal Sultan itu ialah Raja Muda dan Raja diHilir. Gelaran Raja Bendahara telah dihidupkan semula kepada gelaran biasa iaitu Y.A.Bhg. Orang Kaya-Kaya Bendahara Seri Maharaja dan tidak dengan gelaran Y.A.M. Tuanku Raja Bendahara, Wakilus-Sultan Wazirul-Kabir.

Perlantikan Bakal Sultan adalah berasaskan syarat-syarat sebagaimana yang diwajibkan bagi seorang Raja Pemerintah. Sebelum dilaksanakan haknya atau menjalankan tanggung-jawabnya, Bakal Sultan dikehendaki mengangkat dan menandatangani sumpah yang ditetapkan oleh Dewan Negara. Sumpah itu mengandungi perkataan-perkataan yang mengikut perasaan orang yang dilantik. Kemudian barulah gelaran itu dianugerahkan mengikut adat Melayu.

Walau bagaimanapun sebelum seseorang itu dilantik menjadi Bakal Sultan, seseorang itu pada kebiasaannya hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja-Raja Bergelar. Gelaran yang diberi kepada Raja-Raja Bergelar adalah seperti berikut,

1. Raja Kecil Bongsu.
2. Raja Kecil Tengah
3. Raja Kecil Sulong
4. Raja Kecil Besar
5. Raja Di Hilir
6. Raja Muda
7. Sultan dan Yang DiPertuan.


Pada kebiasaannya Raja Muda akan dilantik menjadi Raja Pemerintah satelah mangkatnya Raja Pemerintah (Sultan) dan Raja Di Hilir akan mengambil tempat ayng dikosongkan oleh Raja Muda dan tempat Raja Di Hilir pula diganti oleh Raja Kecil Besar dan seterusnya sehingga kejawatan Raja Kecil Bongsu menjadi kosong. Pada lazimnya Raja Pemerintah yang baru akan mengurniakan gelaran Raja Kecil Bongsu kepada putera sulong Baginda.

Walau bagaimana pun, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyatakan bahawa di dalam pemilihan Bakal Sultan, pertimbangan pertama hendaklah diberikan kepada calon yang paling dekat mengikut tertib susunan kedudukan Bakal Sultan dan kemudian barulah kepada tiap-tiap orang Raja-Raja Bergelar dengan tidak mengikut tertib kedudukannya sebelum menimbangkan seseorang daripada peringkat atas peringkat am daripada mereka yang harus dipilih menjadi Raja Pemerintah.



SENARAI RAJA-RAJA BERGELAR NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

D.Y.M.M.Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri Perak Darul Ridzuan. 

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullahulahu Shah.


D.Y.T.M. Raja Muda Perak. 




D.Y.A.M. Raja Di Hilir Perak. 
Duli Yang Amat Mulia Raja Dato'Seri Ja'afar bin Raja Muda Musa.

Y.A.M. Raja Kecil Besar Perak. 
Yang Amat Mulia Raja Dato'Seri Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah.

YAM Raja Kechil Besar bersama YTM Tunku Dato Seri Diraja Soraya berangkat memasuki Balairong Seri Istana Negara sempena pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV
Foto : Infofoto Brunei
YAM Raja Kechil Besar bersama isterinya, YTM Tunku Dato Seri Diraja Soraya bt KDYMM Sultan Abdul Halim
Foto : Raja Mariam

Y.A.M. Raja Kecil Sulong Perak. 
-masih kosong berikutan kemangkatan penyandangnya iaitu Almarhum YAM Raja Dato Seri Ashman ibni DYMM Sultan Azkan Shah-

Y.A.M. Raja Kecil Tengah Perak. 
Yang Amat Mulia Raja Dato Seri Ahmad Nazim Azlan Shah ibni Almarhum Raja Ashman Shah
YAM Raja Kechil Tengah bersama Almarhum ayahandanya, YAM Raja Ashman
Y.A.M. Raja Kecil Bongsu Perak
-masih kosong-

Penghinaan Institusi Beraja Negeri Perak.


Assalamualaikum w.b.t..

Pada pertengahan April 2011, Malaysia dikejutkan dengan penangkapan seorang pelajar pintar yang menggelar dirinya sebagai "Tuan Muda" berikutan penyamarannya sebagai anak angkat kepada KDYTM Tengku Abdullah ibni Sultan Haji Ahmad Shah sehingga berjaya memperdaya seorang Exco Kerajaan Negeri Pahang.

Bak kata pepatah "pisang berbuah dua kali". Kejadian yang sama berlaku sekali lagi dan kali ini ianya berlaku kepada Keluarga Diraja Negeri Perak apabila seorang pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai "Raja Rizwin" telah melakukan penyamaran sebagai anakanda kepada Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah iaitu Paduka Seri Sultan Perak ke 33. Disamping menyamar sebagai anakanda Almarhum, "Raja Rizwin" turut membuat beberapa penghinaan yang lain yang berunsur penghinaan terutama kepada kaum kerabat Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan DYMM Paduka Seri Sultan Perak amnya..
Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah
Foto : Fairul Hatim
PENGHINAAN 1.
Bagi "menyempurnakan" penyamarannya, "Raja Rizwin" (RZ) telah memakai nama palsu ber"ibni"kan Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah. Hal ini jelas telah menghina kaum kerabat Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah terutama kesemua paduka anakanda Almarhum. Tindakan RZ yang memakai nama Almarhum sebagai "ayahandanya" adalah satu tindakan terlampau dan dianggap tidak menghormati institusi beraja Perak.


RZ
PENGHINAAN 2.
Disamping menggunakan nama Almarhum Sultan Perak sebagai nama "ayahandanya". RZ turut menggelarkan dirinya sebagai "Raja Kechil Bongsu Perak" dengan gelaran hormatnya sebagai "Yang Teramat Mulia" serta menggelarkan dirinya sebagai "Dato Seri Raja Rizwin". Ingin HUNKZ jelaskan disini bahawa jawatan Raja Bergelar "Raja Kechil Bongsu Perak" masih lagi kosong dan keanggotaan jawatan tersebut hendaklah mendapat perkenan DYMM Paduka Seri Sultan Perak. Keanggotaannya juga bukanlah dari kalangan rakyat kebanyakan ataupun rakyat biasa. Tindakan RZ yang menggelarkan dirinya dengan gelaran tersebut jelas mempermainkan kedaulatan sistem penggiliran diraja Perak serta mencabar DYMM Paduka Seri Sultan Perak. RZ juga menggelarkan dirinya sebagai "Dato Seri" dan pada hujung namanya turut disertakan dengan Darjah dan Bintang Kebesaran yang "diterimanya". Tindakan RZ ini sekali lagi dianggap mencemarkan ketinggian dan kehormatan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Perak dan Johor yang mana penganugerahannya hanya dilakukan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak dan DYMM Sultan Johor. RZ juga turut menggunakan lambang kebesaran bagi DYMM Paduka Seri Sultan Perak dalam surat dibawah ini. Penggunaan tersebut merupakan kesalahan besar kerana lambang tersebut hanya boleh dipakai oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak sahaja.

Bukti jelas kedudukan Raja Bergelar Perak dan kehormatan Darjah dan Bintang Kebesaran Perak dan Johor dipermainkan.
Darjah "SPCM" merujuk kepada Darjah Kebesaran Seri Paduka Cura Si Manja Kini yang merupakan Darjah Kebesaran Negeri Perak.
Bintang "PIS" merujuk kepada Bintang Pingat Ibrahim Sultan yang merupakan Bintang Kebesaran Negeri Johor.


PENGHINAAN 3.
Selain daripada mengguna nama Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dan menggelarkannya sebagai "Raja Kecil Bongsu" RZ turut meletakkan gambarnya "bersama" Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah. Dalam gambarnya, RZ memakai tengkolok dengan ikatan yang hanya dikhaskan untuk Paduka Seri Sultan Perak dan Kerabat Diraja Perak Sahaja.
Apa Komen Anda??..

Lantaran kesal dan atas rasa tanggungjawab, anakanda bongsu Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah iaitu YAM Raja Shu'ibah Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah atau lebih dikenali dengan nama "Ku Ess" telah mengarahkan pegawai khasnya mengambil tindakan keatas HASHIM BIN AHMAD ONG yang telah menyamar menjadi anakanda Almarhum ayahandanya bagi menjaga nama baik dan maruah ayahandanya serta kaum kerabat yang lain.Tangkapan tersebut telah dilakukan pada 8 Mei 2011 di Hotel Parkhotel, Kuala Lumpur.


Selepas ditangkap dan dilepaskan. RZ masih belum serik dan sekali lagi melakukan penyamaran dan penipuan untuk kepentingan diri sendiri.RZ kini didakwa berkeliaran dengan penipuannya di negeri Pahang.



Pada pandangan peribadi HUNKZ, hal seumpama ini tidak sewajarnya dilakukan oleh mana mana pihak terutamanya oleh seseorang individu yang lahirnya adalah dari bangsa Melayu. Sebagai bangsa Melayu kita seharusnya mempertahankan dan membela kedaulatan sistem beraja yang berdaulat ini. Raja Raja Melayu merupakan identiti utama yang melambangkan bangsa Melayu itu sendiri. Apabila bangsa Melayu sendiri yang mempermainkan apatah lagi menghina rajanya, apakah ini Melayu namanya.
Besar harapan HUNKZ agar hal seumpama ini tidak berlaku lagi dan diharapkan Encik Hashim bin Ahmad Ong menyesali akan tindakannya dan tiada lagi RZ yang kedua ketiga dan keseterusnya.......


........................................

HUNKZ ingin menjunjung kasih kepada anakanda Almarhum Sultan Idris A'fifullah iaitu YAM Raja Shu'ibah diatas perkenannya mengizinkan HUNKZ untuk berkongsi cerita ini yang terjadi kepada keluarga YAM.
YAM Ku Ess merupakan anakanda bongsu kepada Almarhum Sultan Idris A'fifullah bersama permaisuri Almarhum iaitu YTM Dato Seri Cik Puan Norizan binti Haji Hamzah. YAM Ku Ess mempunyai seorang kekanda iatu YAM Raja Mardiah binti Almarhum Sultan Idris A'fifullah.
Kepada sesiapa yang ingin mengenali YAM, bolehlah ke page YAM di Facebook iaitu "KuEss Idris"

Sama samalah kita sedekahkan "Al Fatihah" kepada paduka ayahanda dan bonda YAM...


Tuesday, April 10, 2012

KDYMM Tuanku Abdul Halim ibni Almarhum Sultan Badlishah


Assalamualaikum w.b.t..
HUNKZ baru sahaja selesai menonton siaran langsung Istiadat Pertabalan Tuanku Abdul Halim sebagai Ketua Negara Malaysia yang baru....
Dalam entry kali ini, HUNKZ ingin berkongsi koleksi foto Tuanku simpanan HUNKZ dari pelbagai sumber..

TUANKU ABDUL HALIM DI ZAMAN MUDANYA


Meyampaikan titah ucapan dalam satu Istiadat Santapan semasa baginda bergelar Yang di-Pertuan Agong V
Tuanku Abdul Halim (kanan sekali) bersama Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Sultan Terengganu), Almarhum Tuanku Syed Putra (Raja Perlis, ketika itu bergelar Yang di-Pertuan Agong), Almarhum Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang) dan Almarhum Sultan Yussuf Izuddin (Sultan Perak) ketika menghadiri Istiadat Persandingan puteri sulong Almarhum Tuanku Syed Putra iaitu YTM Syarifah Salwa di Istana Negara lama.
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Tuanku Abdul Halim ketika menghadiri Istiadat Santapan Malam di Grand Palace,Bangkok sempena lawatannya ke Thailand selaku Yang di-Pertuan Agong ke V.
Dari kiri : HM Queen Sirikit of Thailand, Tuanku Abdul Halim, HM King Bhumipol of Thailand dan Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Tuanku Abdul Halim bersama Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Tuanku Abdul Halim dalam uniform tentera
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
TUANKU ABDUL HALIM DAN DYMM RAJA RAJA MELAYU

Tuanku Abdul Halim bersama Almarhum Tuanku Syed Putra berjalan menuju Dewan Santapan Istana Maziah sempena Istiadat Santapan Malam bagi memuliakan Majlis Raja Raja
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Tuanku Abdul Halim (kiri sekali) bergambar bersama Almarhum Tuanku Jaafar (Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan), KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah (Sultan Pahang), Almarhum Tuanku Syed Putra (Raja Perlis), Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Sultan Selangor) dan Almarhum Sultan Mahmud Al Mukhtaffi Billah Shah (Sultan Terengganu)
Tuanku Abdul Halim bergambar bersama Raja Raja Melayu pada Istiadat Santapan Malam sempena Ulang Tahun Pemerintahan Tuanku Jaafar ke 40 di Istana Besar Seri Menanti
Dari kiri : DYMM Sultan Azlan Shah (Sultan Perak), DYMM Sultan Ismail Petra (bekas Sultan Kelantan), Almarhum Tuanku Jaafar), KDYMM Sultan Mizan (Sultan Terengganu), Tuanku Abdul Halim, Almarhum Sultan Iskandar (Sultan Johor), DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah (Sultan Selangor) dan DYTM Tuanku Syed Faizuddin (Raja Muda Perlis)

Tuanku Abdul Halim dan Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah bersama Sultan dan Sultanah Pahang bergambar kenangan pada Istiadat Santapan Malam sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan Sultan Haji Ahmad Shah
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
ALMARHUMAH TUANKU HAJJAH BAHIYAH BT ALMARHUM TUANKU ABDUL RAHMAN

Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah bersama Permaisuri Raja Melayu
Dari kiri : Almarhumah Tuanku Ampuan Bariah (Terengganu), YMM Tuanku Ampuan Najihah (Negeri Sembilan). Almarhumah Tengku Budriah (Perlis), YMM Tunku Puan Zanariah (Johor), YMM Tengku Anis (Kelantan), Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah, DYMM Tuanku Bainun (Perak) dan DYTM Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah

Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Almarhumah bersama Almarhumah Tuanku Ampuan Afzan (empat dari kanan) dan Permaisuri Raja Melayu yang lain
Almarhumah bersama Tuanku Abdul Halim kerika menghadiri Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong X di Istana Negara lama.
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia 
Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah bersama kekandanya Almarhum Tuanku Jaafar ketika menghadiri Istiadat Santapan Malam sempena Pertabalan DYMM Raja Perlis di Istana Arau.Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
Bersama kekanda iparnya, YMM Tuanku Ampuan Najihah.
Foto : Jabatan Penerangan Malaysia
KDYMM TUANKU HAJJAH HAMINAH BT HAJI HAMIDUN

Ketika mengiringi keberangkatan tiba KDYMM Tuanku Nur Zahirah ke Kedah sempena Santapan Malam Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Abdul Halim
Tuanku Haminah ketika mengiringi keberangkatan Tuanku Nur Zahirah selaku Raja Permaisuri Agong  XIII ke Indonesia.
Baginda bersama Ibu Negara Republik Indonesia, Ibu Ani Yudhoyono dan Datin Seri Rosmah Mansor memerhati Tuanku Nur Zahirah menandatangani buku lawatan.
Tuanku Haminah ketika berangkat menghadiri Santapan Malam sempena Pertabalan Seri Pauka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII
Bersama bekas permaisuri Sultan Brunei, Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar ketika sesi bertukar cenderamata sebelum Santapan Malam Jubli Perak Tuanku Abdul Halim di Istana Anak Bukit
Bersama Raja Permaisuri Agong XIII di Istana Tetamu, Seri Mentaloon, Kedah
Mengaminkan doa sebelum Istiadat Santapan Malam sempena Perkahwinan Diraja antara Putera Mahkota Brunei dan PAIPA Sarah.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajjah Haminah
Berangkat meninggalkan Balai Besar pada Sambutan Jubli Emas Pemerintah Sultan Kedah

Bersama DYAM Raja Puan Muda Perak, Raja Mahani.

Mengiringi Sultan Kedah memotong kek sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah
Bergambar bersama Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit sempena lawatan Yang di-Pertuan Agong XIII
Bergambar bersama Raja Melayu dan Permaisuri serta Sultan Brunei dan Raja Isteri serta Pengiran Isteri pada Santapan Malam sempena Pertabalan Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani
Tuanku Abdul Halim selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong bersama Tuanku Haminah serta Perdana Menteri serta Timbalan dan Bekas Perdana Menteri dan isteri masing masing selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Bintang Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah 2010 di Istana Negara lama
 SEKITAR MAJLIS SANTAPAN MALAM SEMPENA JUBLI EMAS PEMERINTAHAN SULTAN KEDAH

Foto : Infofoto Brunei
Foto : Infofoto Brunei
Foto : Infofoto Brunei