Assalamualaikum w.b.t..
Ramai mungkin beranggapan bahawa negeri jelapang padi iaitu Negeri Kedah Darul Aman tidak mempunyai pewaris kepada takhta pemerintahan negeri Kedah. Jika benar tanggapan tersebut wujud, maka ianya adalah tidak benar..
Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah merupakan pewaris takhta Negeri Kedah dengan bergelar DYTM Raja Muda Kedah Darul Aman..
DYTM Raja Muda Kedah Darul Aman Tunku Abdul Malik ibni Almarhum Sultan Badlishah DK, DKH, DK (Terengganu), DK II (Selangor), DA (Sarawak), SPMK,SPCM, SPMJ, PSB |
Baginda telah dilahirkan pada 24 September 1929 di Istana Anak Bukit dan merupakan putera kedua kepada DYMM Almarhum Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan YMM Tunku Sofiah binti Almarhum Tunku Mahmud.
DYTM Tunku Abdul Malik sewaktu kecil (tiga dari kanan) bergambar bersama keluarga. |
Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Titi Gajah sebelom menyambung ke pendidikan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid. Baginda telah berangkat ke United Kingdom untuk menyambung pengajiannya di Wadham College di Oxford.
Pada 23 Februari 1959 kekanda baginda iaitu DYMM Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah memasyurkan DYTM Tunku Abdul Malik sebagai YTM Tunku Bendahara Kedah. Sepanjang bergelar YTM Tunku Bendahara Kedah baginda pernah menjadi Pemangku Sultan Kedah ketika DYMM Sultan Abdul Halim menjawat jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang ke 5 iaitu pada 21 September 1970 sehingga 20 September 1975.
Memandangkan kekanda baginda tidak dikurniakan putera untuk ditabalkan sebagai Raja Muda Kedah, DYTM Tunku Abdul Malik telah mengisi kekosongan tersebut pada 28 November 1981 apabila DYMM Sultan Abdul Halim berkenan melantik baginda sebagai pewarisnya.
Baginda telah mendirikan rumah tangga dengan puteri sulong Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (Yang di-Pertuan Agong ke 2) iaitu YAM Tengku Raudzah binti Almarhum Sultan Hishamuddin pada 16 Julai 1956 di Istana Bukit Kota, Alor Setar.
YAM Tengku Raudzah telah dimasyurkan sebagai DYTM Raja Puan Muda Kedah serentak dengan perlantikan DYTM Tunku Abdul Malik.
DYTM Raja Puan Muda Kedah Tengku Raudzah binti Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah DKH, SPMK, SSDK |
Di atas sebab sebab kesihatan baginda dan DYTM Tengku Raudzah amat jarang kelihatan di khalayak umum. Di atas sebab ini juga, DYTM Tunku Abdul Malik tidak dilantik menjadi Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah.