Assalamualaikum w.b.t
Pewaris takhta yang bakal mewarisi takhta kerajaan Negeri Johor pada hari ini ialah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibrahim ibni DYMM Sultan Ibrahim Ismail dengan bergelar DYAM Tunku Mahkota Johor Darul Takzim..
DYAM Tunku Mahkota Johor Darul Takzim Tunku Ismail Ibrahim ibni DYMM Sultan Ibrahim DK, DK II, SPMJ, PIS |
Diputerakan pada 30 Jun 1984 baginda merupakan putera sulong kepada DYMM Sultan Ibrahim dan DYMM Raja Zarith Sofea serta merupakan cucunda sulong kepada Almarhum DYMM Sultan Iskandar. DYTM Tunku Ismail juga merupakan cucunda kepada Sultan Perak ke 33 iaitu Almarhum Sultan Idris Shah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin.
DYAM Tunku Ismail mempunyai 5 orang adinda iaitu 4 orang putera dan seorang puteri.
DYAM sewaktu kecil |
Adinda adinda DYAM Tunku Ismail Atas kiri ke kanan : YAM Tunku Aminah, YTM Tunku Temenggung Johor Tunku Idris Bawah kiri ke kanan : YAM Tunku Abdul Jalil, YAM Tunku Abdul Rahman, YAM Tunku Abu Bakar |
Keluarga Diraja Johor |
Dalam satu bual bicara di TV3, DYMM Raja Zarith bertitah bahawa anakanda sulong baginda ni merupakan seorang yang amat pemalu termasuklah dengan guru serta rakan baginda. Baginda juga amat tegas dengan putera sulongnya ini. Hal ini menjadikan DYAM Tunku Ismail lebih rapat dengan ayahandanya ibarat menjadi rakan. DYAM juga merupakan cucunda kesayangan Almarhum Sultan Iskandar.
Bersama Almarhum nendanya, DYMM Sultan Iskandar |
DYAM mendapat pendidikan awal di dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Seri Utama dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph Johor Bharu. Baginda mendapat pendidikan menengah di Australia Institute School di Singapura sebelum berangkat ke Australia untuk menyambung pendidikannya di Hale School di Perth.
Sewaktu berusia 19 tahun dengan berat badan melebihi 100kg dan mengalami masalah berat badan yang serius, baginda telah dititahkan oleh Almarhum nendanya agar dihantar ke IMA (India Military Academy) bagi meneruskan tradisi keluarga Diraja disamping memastikan masalah berat badannya boleh diatasi.
Akhirnya pada 9 Julai 2003 baginda berangkat ke Dehradun, India.
Baginda telah menempa sejarah sebagai orang asing pertama yang mengetuai perbarisan berkuda sempena sambutan Hari Republik India pada tahun 2007.
Pada tahun yang sama juga baginda telah dilantik sebagai Kapten di "61 Calvary"..
Pada 30 Jun 2005, sewaktu Majlis Perasmian Pembukaan Persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, Almarhum Sultan Iskandar telah mengumumkan bahawa DYAM Tunku Ismail dilantik sebagai pewaris takhta kedua Johor bergelar Raja Muda Johor. Pada 8 April 2006 DYTM Tunku Ismail telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Raja Muda Johor dan dianugerahkan dengan Darjah Kerabat Johor pangkat Kedua. Pengisytiharan tersebut dibuat sempena Hari Keputeraan Almarhum Sultan Iskandar.
Sewaktu Hari Pemayurannya sebagai Raja Muda Johor |
Selepas kemangkatan Almarhum nendanya pada 22 Januari 2010, ayahandanya DYAM Tunku Ibrahim, Tunku Mahkota Johor ketika itu, telah dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baru. Kekosongan jawatan Tunku Mahkota Johor telah diisi oleh DYAM Tunku Ismail dan baginda telah dimasyur menjadi Tunku Mahkota Johor yang baru pada 26 Januari 2010
Di samping sibuk dengan urusan pentadbiran negeri, suka polo berkuda merupan sukan yang amat diminati oleh baginda. Minat dalam sukan ini mula berputik sewaktu kecil lagi dan ketika baginda menuntut di IMA.
Menjulang juara sewaktu pertandingan polo di Dehdarun India |