Saturday, December 31, 2011

IM SINCERELY WISH THIS


Assalamualaikum w.b.t


Friday, December 16, 2011

Tuanku Nur Zahirah "Birkin"...V

Assalamualaikum w.b.t...
Walaupun hanya beberapa hari menamatkan tugasan baginda sebagai Seri Paduka Raja Permaisuri Agong ke 13 minggu lepas namun jadual KDYMM Sultanah Terengganu, Tuanku Nur Zahirah tetap padat dengan aktiviti rasmi mahupun tidak rasmi..

Semalam iaitu pada 15/12/2011 baginda telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Tengah Hari yang telah diadakan di Hotel Primula, Terengganu..


Pada majlis tersebut KDYMM Tuanku Nur Zahirah tampil sederhana dan apa yang menjadikan Tuanku tampak lebih eksklusif adalah beg tangan dari jenama Hermes yang baginda kenakan..


Monday, December 12, 2011

Junjung Kasih Duli Tuanku


13 Disember 2006 - 12 Disember 2011 Baginda berdua bersemayam sebagai Seri  Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong

Menjunjung Kasih kepada 

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 13, Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Mukhtaffi Billah Shah 

dan

Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 13, Tuanku Nur Zahirah...


Wednesday, December 07, 2011

KDYMM Sultan Muhammad V berkenan menerima Darjah DMN..

Assalamualaikum w.b.t..
KDYMM Sultan Muhammad V yang juga merupakan Al Sultan Kelantan telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Utama Mahkota Negara (DMN) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan diwakili oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak..


Darjah Seri Utama Mahkota Negara (DMN)
Selepas berkenan menerima Darjah DMN, baginda telah mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) Al Muhammadi kepada isteri YAB Perdana Menteri, YABhg Datin Seri Rosmah Mansor..

 Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) Al Muhammadi
Istiadat ini telah berlangsung di Bilik Rehat Raja Raja di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Turut berangkat ialah YTM Tengku Mahkota Kelantan dan kerabat diraja serta tetamu kenamaan yang lain




p/s : Para pelawat "THEADMIRE HUNKZ" yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Darjah DMN serta darjah tertinggi yang lain boleh ke entry HUNKZ yang terdahulu dengan klik DI SINI..

Tuesday, December 06, 2011

Tuanku Nur Zahirah "Birkin"...IV

Assalamualaikum w.b.t...
Sempena dengan tamatnya pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 13 pada pertengahan Disember ini, banyak acara "Menjunjung Kasih" telah diadakan khusus untuk baginda dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong....
Baru baru ini pada 4 Disember 2011, satu majlis bagi meraikan tamatnya pemerintahan tersebut telah diadakan di Hotel Hilton Kuala Lumpur...
Tetamu yang diraikan adalah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah..
Majlis tertutup hanya untuk wanita ini turut dihadiri oleh KDYMM Sultanah Pahang, kerabat diraja dan tetamu kenamaan...

Pada majlis ini, Tuanku Nur Zahirah tampil anggun dengan beg tangan dari jenama Hermes....
so nice...

Baginda bersama dengan KDYMM Sultanah Pahang, Sultanah Hajah Kalsom..


Saturday, November 26, 2011

Tuanku Nur Zahirah "Birkin"...III

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Maal Hijrah...
May Allah S.W.T will always guide us to His Jannah.. Amin..

Pada 25 November 2011, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Seribu Kenangan anjuran Badan Amal Kebajikan Tenaga Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana.

Keberangkatan tiba baginda diiringi isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
Turut berangkat pada majlis itu ialah isteri menteri dan timbalan menteri kabinet.
Pada majlis tersebut, Tuanku Nur Zahirah sekali lagi tampil dengan beg dari jenama Hermes iaitu Hermes Birkin...waauuuuuuu



Friday, November 25, 2011

ISTANA NEGARA (lama) MELABUHKAN TIRAI PERKHIDMATANNYA SELEPAS 83 TAHUN

Assalamualaikum w.b.t...
Pada 15 November yang lalu, Istana Negara yang terletak di Jalan Istana telah ditutup secara rasmi. Sewaktu Majlis Penutupan tersebut, bendera peribadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diturunkan dengan diiringi tiupan paluan akhir bagi memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta..

..............................................................................


Dalam post kali ini HUNKZ ingin berkongsi serba sedikit latar belakang dan sejarah Istana Negara lama yang terletak di Jalan Istana..
Sejarah istana yang asalnya merupakan kediaman hartawan Cina yang bernama Chan Wing telah bermula seawal tahun 1928 ketika ia mula dibina dan siap pada 1933. Pada tahun 1933 kediaman beliau telah siap dibina dan beliau dan keluarga telah menetap di situ sehingga Disember 1941.
Bermula dari Januari 1942 sehingga September 1945 kediaman Chan Wing telah menjadi kediaman rasmi kepada Gabenor Jepun di Tanah Melayu.
Pada tahun 1945 sehingga tahun 1949, kediaman tersebut telah dijadikan sebagai mes pegawai kanan British yang mana pangkatnya lebih tinggi daripada Brigedier.
Selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan iaitu pada tahun 1949, bangunan Istana Negara ini telah disewakan kepada kerajaan Negeri Selangor untuk dijadikan istana kepada Sultan Selangor ketika itu iaitu Almarhum DYMM Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah (baginda merupakan ninda kepada Sultan Selangor sekarang,DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah).

Foto Istana Negara yang diambil pada Jun 1957 ketika kerja kerja pengubahsuaian sedang dijalankan.
Akhirnya pada tahun 1957, Kerajaan Persekutuan membelinya dengan kos RM 1,408,000 untuk dijadikan  tempat bersemayamnya Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tanah Melayu yang pertama.
Seterusnya sebanyak RM 330,000 lagi telah dibelanjakan pada masa itu bagi kerja kerja pengubahsuaian kediaman tersebut menjadi sebuah istana.
Lebih daripada 3000 liter cat, 360 permaidani berwarna kuning dan biru serta lebih 60 orang pekerja terlibat dalam kerja pengubahsuaian tersebut. Kerja kerja tersebut mengambil masa empat bulan yang mana berjaya disiapkan seminggu sebelum perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Pengubahsuaian selama empat bulan itu telah menyaksikan penambahan bilik yang sebelum ini adalah 13 kepada 20 bilik, dapur yang mampu memuatkan 100 orang, balai mengadap, empat bilik tetamu, dua balai kemasukan dan satu dewan santapan.

Beberapa pengubahsuaian telah dilakukan sejak itu dan pengubahsuaian secara menyeluruh telah diadakan pada tahun 1980 sempena dengan Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke7, DYMM Sultan Haji Ahmad Shah iaitu Sultan Pahang dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 7, DYMM Almarhumah Tuanku Ampuan Afzan.

DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 7 dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 7
Pengubahsuaian tersebut adalah penambahan satu bangunan dua tingkat yang mana menempatkan sebuah Balairong Seri dan sebuah bilik untuk dijadikan lokasi persidangan Majlis Raja Raja. Bangunan tambahan tersebut dihubungkan dengan bangunan utama Istana Negara melalui sebuah laluan penghubung tertutup di tingkat dua Istana Negara.

Sebelum pengubahsuaian tahun 1980
Bangunan tambahan belum dibina.
Selepas pengubahsuaian tahun 1980
Bangunan dua tingkat yang baru (berbumbung hijau) telah dibina dan dihubungkan dengan  laluan tertutup

Pertabalan DYMM Sultan Haji Ahmad Shah dan DYMM Almarhumah Tuanku Ampuan Afzan merupakan yang pertama diadakan di Istana Negara ini. Pertabalan Seri Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebelum ini diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman di Jalan Ampang.
 Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke 13, DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin iaitu Sultan Terengganu dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke 13, DYMM Tuanku Nur Zahirah merupakan pertabalan terakhir yang dijalankan di Istana Negara ini.

Selama 83 tahun berdiri megah,Istana Negara ini telah menjadi tempat bersemayamnya 13 orang Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri. Seramai 5 orang Perdana Menteri mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Pemerintah negara ini dan seramai 4 orang Yang di-Pertuan Agong yang mangkat dan diberi penghormatan terakhir di Istana Negara lama di Jalan Istana iaitu DYMM Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Agong pertama), DYMM Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah (Agong kedua), DYMM Almarhum Sultan Yahya Petra (Agong keenam) dan DYMM Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Agong kesebelas).

Thursday, November 24, 2011

Tuanku Nur Zahirah dan Hermes Kelly

Assalamualaikum w.b.t...
baru baru ini Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat menghadiri Festival IFF (Islamic Fashion Festival) yang diadakan di Hotel JW Mariot..
Festival yang bertemakan Pesona Timur itu telah berlangsung sehingga 18 November..


HUNKZ takdelah mengikuti industri fesyen di Malaysia nie....
tapi apa yang HUNKZ ingin kongsi dalam post kali ni adalah tentang beg tangan yang dipakai oleh Tuanku..
ianya adalah dari jenama Hermes dan beg ini dikenali sebagai Hermes Kelly..



pelawat yang melawat THEADMIRE HUNKZ boleh klik link dibawah ini tentang post HUNKZ yang berkaitan dengan jenama Hermes nie...




Wednesday, November 09, 2011

SELAMAT HARI KEPUTERAAN SULTAN MUHAMMAD V


Assalamualaikum w.b.t..
Semenjak dari tahun 1980 sehingga 2010 seluruh rakyat negeri Kelantan akan bercuti pada 30 dan 31 Mac untuk tujuan sambutan Hari Keputeraan YMM Sultan Ismail Petra,mantan Sultan Kelantan...
Namun begitu bermula tahun ini Hari Kelepasan Am tersebut telah ditukar kepada 11 dan 12 November setiap tahun bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan yang baharu iaitu KDYMM Sultan Muhammad V. Tarikh keramat ini telah diwartakan pada 23 Disember 2010..


Dalam post HUNKZ kali nie i'll be sharing serba sedikit tentang KDYMM Sultan Muhammad V..

KDYMM Tuanku atau nama sebenarnya Tengku Muhammad Faris Petra telah diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu Kelantan dan merupakan putera sulong kepada YMM Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis..


Baginda mempunyai 3 orang adinda iaitu YTM Tengku Muhammad Faiz Petra yang juga merupakan Tengku Mahkota Kelantan, YAM Tengku Muhammad Fakhry Petra dan YAM Tengku Amalin Aisyah Putri..


Sejak dari kecil lagi baginda telah mendapat asuhan dan didikan agama oleh para ulama terkenal, bahkan baginda telah menamatkan Al Quran sebelum berangkat melanjutka pelajaran ke England pada tahun 1983..
Pendidikan awal baginda adalah di Sekolah Rendah Sultan Ismail 1 dari tahun 1976 sehingga tahun 1981.
Selepas itu baginda telah berangkat melanjutkan pelajarannya di Alice Smith School Association yang terletak di Jalan Bellamy Kuala Lumpur. Baginda memasuki sekolah tersebut sebagai kelas persediaan dari tahun 1981 sehingga tahun 1983 sebelum berangkat ke England.


Pada September 1983 baginda telah melajutkan pengajiannya di Oakham Scholl Rutland, England dalam tingkatan 3 dan berjaya mendapat "A Level" pada tahun 1987 di sekolah yang sama. Sewaktu menuntut di sekolah ini baginda telah bergiat dengan aktif dalam persatuan " Duke of Edinburgh Award". Sebuah persatuan yang terkenal di Oakham Scholl Rutland.

Dengan perkenan KDYMM Al Sultan Ismail Petra, baginda telah dimasyurkan sebagai YTM Tengku Mahkota Kelantan pada tahun 1985 dalam satu istiadat ringkas di Istana Balai Besar,Kota Bharu Kelantan..
Pada 25 Mei 2009 baginda telah dilantik menjadi Pemangku Raja Kelantan bagi menggantikan tempat ayahanda baginda yang gering pada waktu itu. Pada 13 September 2010 baginda dengan rasminya telah dimasyurkan sebagai Sultan Kelantan yang baru menggantikan YMM Sultan Ismail Petra yang gering kerana serangan strok. Pemasyuran tersebut telah dibuat oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan di Istana Balai Besar.
Selepas pemasyuran KDYMM Tuanku sebagai Sultan Kelantan, baginda telah menukar lafaz "Daulat Tuanku" kepada lafaz "Allahu Akbar"..

Pada November 2004 baginda telah bertemu jodoh dengan kerabat diraja Pattani iaitu Kangsadal Pipitpakdee atau YM Tengku Zubaidah binti Tengku Noruddin. Majlis Persandingan Tuanku berdua telah diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian dan dihadiri oleh Permaisuri Thailand,Ratu Sirikit. Selepas perkahwinan tersebut, Tengku Zubaidah dikenali YTM Tengku Ampuan Mahkota Kelantan.
Namun begitu perkahwinan baginda tidak panjang dan baginda berdua tidak dikurniakan dengan zuriat.

YM Tengku Zubaidah bt Tengku Noruddin
KDYMM Tuanku terkenal dengan imej berjubah serta berkopiah tatkala menghadiri sesuatu majlis. Kesederhanaan ini menjadikan Tuanku dekat dihati rakyat dan disenangi oleh segenap lapisan rakyat Kelantan khususnya. Baginda juga amat prihatin dengan kebajikan rakyat dan sering turun padang untuk mendekati rakyat terutama golongan yang kurang bernasib baik..



Satu satunya Sultan di Malaysia yang menyembelih sendiri lembu korban..
Disebalik keprihatinan Tuanku kepada rakyat jelata, baginda juga menunjukkan keprihatinan yang sama terhadap paduka ayahandanya. Hal ini terbukti dengan tertubuhnya Jawatankuasa Pemantauan, Keistimewaan  dan Keselamatan Sultan Ismail Petra pada 29 Disember 2010. Bidang utama kuasa jawatankuasa tersebut adalah untuk menjaga segala keistimewaan dan kebajikan Sultan Ismail Petra. Selain itu jawatankuasa ini juga turut memastikan Sultan Ismail Petra mendapat rawatan dan penjagaan yang bersesuaian pada setiap masa.
Jawatankuasa ini juga turut menyediakan laporan dua minggu sekali mengenai status kesihatan Sultan Ismail Petra untuk disembah maklum kepada KDYMM Tuanku Sultan Muhammad V.

Pada Oktober 2011 yang lalu satu sejarah yang membanggakan segenap lapisan rakyat negeri Kelantan telah tercatat apabila KDYMM Tuanku telah dilantik menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong dan akan berkuatkuasa mulai 13 Disember 2011.

..............................................................................................................

KDYMM Sultan Muhammad V ketika mengiringi ayahandanya merasmikan Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu..
Berbaju biru berkaca mata adalah adindanya YTM Tengku Muhammad Faiz Petra
KDYMM Tuanku sewaktu mengiringi YMM Sultan Ismail Petra melawat Kem Gong Kedak.

Seorang Sultan yang sederhana

Istana Telipot..
Istana ini merupakan tempat dimana baginda bersemayam. Istana ini terletak di  Jalan Telipot  berhampiran dengan Kampung Raja Dewa. Kedudukan istana adalah berhampiran dengan Masjid Telipot

....ALLAHU AKBAR....
....DIRGAHAYU TUANKU PATIK....

Tuesday, November 08, 2011

ISTANA NEGARA BARU..LAMBANG KEMEGAHAN INSTITUSI BERAJA

 Assalamualaikum w.b.t.....
HUNKZ rasa semua rakyat Malaysia sudah tahu bahawa Istana Negara yang baru bakal menjadi kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong bagi menggantikan Istana Negara yang sedia ada sekarang..
Keputusan untuk membinanya telah dibuat memandangkan Malaysia memerlukan sebuah Istana Negara yang mempunyai keluasan yang lebih berbanding yang sedia ada.

Pandangan hadapan Istana Negara sedia ada sekarang 
Ruang Istana Negara sekarang tidak mencukupi menyebabkan dua acara terpaksa dilaksanakan dalam satu ruang...as an example Balairong Seri Istana Negara sedia ada digunakan untuk upacara pertabalan, jamuan santapan dan Istiadat Penganugerahan Darjah Persekutuan dan lain lain istiadat..

Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke 12 di Balairong Seri
Majlis Santapan Malam sempena memuliakan Majlis Raja Raja ke 224
Majlis Solat Terawih di Balairong Seri Istana Negara
Keputusan untuk membina Istana Negara baru telah dibuat oleh kabinet pada tahun 2003 dan mendapat kelulusan pada tahun 2006. Pada 13 November 2007 Yang di-Pertuan Agong ke 12 DYMM Tuanku Syed Sirajuddin telah berkenan merasmikan projek pembinaan istana ini yang menelan kos pembinaan sebanyak RM400 juta..
Arkitek yang bertanggungjawab dalam pembinaan istana ini adalah Kumpulan Seni Reka Sdn. Bhd manakala kontraktor rekaan dan bina adalah Maya Maju (M) Sdn. Bhd...Perunding landskap dalam pembinaan istana ini adalah Cerana Design Associates Sdn. Bhd....

Istana Negara baru ini mempunyai ciri ciri binaan Islam dengan adanya 21 buah kubah dan kubah utamanya adalah setinggi 40 meter atau setinggi 10 tingkat bangunan. Istana baru ini juga mempunya keluasan sebanyak 96.52 hektar yang mana kawasan binaan istana hanyalah sebanyak 28 hektar dan kawasan selebihnya dikekalkan sebagai taman dan zon penampan untuk tujuan keselamatan.

Upacara Jamuan Negara sempena tamatnya pemerintahan DYMM Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13 dan DYMM Tuanku Nur Zahirah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 13 pada Disember ini merupakan istiadat rasmi negara yang pertama mengambil tempat di istana ini..

Now, jom kita saksikan kemegahan,kemewahan dan kecantikan seni bina dalam Istana Negara baru yang terletak berhampiran Jalan Duta, Kuala Lumpur..

"Grand Staircase"...
binaan ini pada HUNKZ ada sedikit persamaan dengan "Grand Staircase" Istana Buckingham di London..
tetapi binaan di Istana Negara ini nampak much simple dan penuh dengan ukiran yang melambangkan identiti bangsa Melayu
"Grand Staircase" dalam Istana Buckingham, London
Balairong Seri
Ruang Balairong Seri dalam Istana Negara baru ini lebih besar ruangnya dan binaan singgahsana tidak banyak perubahan berbanding Istana Negara Jalan Syed Putra..
Balairong Seri dalam Istana Negara sedia ada di Jalan Syed Putra
Bilik Singgahsana Kecil..
Nampak lebih indah dan elegan serta lebih luas berbanding dengan Bilik Singgsana Kecil di Istana Negara Jalan Syed Putra..
Bilik Singgahsana ini menjadi tempat dimana Istiadat Mengangkat Sumpah dan Istiadat Penyerahan Watikah Perlantikan TYT Tuan Yang Terutama, Menteri Kabinet, Duta Duta Besar dan Hakim Hakim.
Balai Singgahsana Kecil Istana Negara Jalan Syed Putra
Dewan Santapan Utama
Susun atur dalam dewan ini agak sama dengan susun atur dalam Dewan Santapan Utama di Istana Iskandariah,  Kuala Kangsar Perak
Dewan Santapan Utama di Istana Iskandariah

Dewan dewan Mengadap dalam Istana Negara baru..





.............................................................................................

Ruang ruang lain dalam Istana Negara baru..

"Hallways"
Kamar Peraduan Diraja
"Royal Closet"