Assalamualaikum w.b.t..
KDYMM Sultan Muhammad V yang juga merupakan Al Sultan Kelantan telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Utama Mahkota Negara (DMN) daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan diwakili oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak..
![]() |
Darjah Seri Utama Mahkota Negara (DMN) |
Selepas berkenan menerima Darjah DMN, baginda telah mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) Al Muhammadi kepada isteri YAB Perdana Menteri, YABhg Datin Seri Rosmah Mansor..
![]() |
Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Kelantan (SPMK) Al Muhammadi |
Istiadat ini telah berlangsung di Bilik Rehat Raja Raja di Istana Negeri, Kubang Kerian.
Turut berangkat ialah YTM Tengku Mahkota Kelantan dan kerabat diraja serta tetamu kenamaan yang lain
p/s : Para pelawat "THEADMIRE HUNKZ" yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Darjah DMN serta darjah tertinggi yang lain boleh ke entry HUNKZ yang terdahulu dengan klik DI SINI..