Friday, May 03, 2013

HM Ratu Maxima dihari Pemasyuran Raja Belanda


Assalamualaikum w.b.t
Pada penghujung April yang lalu, satu sejarah telah tercipta bagi rakyat Belanda apabila Putera Mahkota Willem Alaxender dimasyurkan sebagai Raja Belanda yang baru menggantikan bondanya, HM Ratu Beatrix yang telah mengambil keputusan untuk turun dari takhta kerajaan. 


Antara perkara yang menjadi tanda tanya ramai pihak tiara manakah yang akan dipakai oleh HM Ratu Maxima bersempena hari yang bersejarah itu. Namun begitu, semuanya terjawab pada 30 April yang lalu apabila baginda memilih untuk mengenakan "Mellerio Sapphire Tiara" dijemala baginda pada hari bersejarah tersebut dan juga sepersalinan gaun biru tua hasil rekaan Jan Taminiau. 


Gaun yang diperbuat dari chiffon itu turut dilengkapi dengan "cape" memandangkan baginda tidak memakai jubah pertabalan seperti suami baginda. Gaun itu ditaburi dengan manik serta sulaman tangan yang sarat pada bahagian kaki gaun tersebut.

Mellerio Sapphire Tiara

Tiara ini telah dibuat pada tahun 1881 oleh salah satu syarikat barangan kemas terkemuka di Belanda iaitu Mellerio dits Meller. Tiara yang bertatahkan 655 biji berlian dari Afrika Selatan ini merupakan perhiasan yang telah dihadiahkan kepada Ratu Belanda ketika itu iaitu HM Ratu Emma daripada suaminya HM Raja Willem III. Rekaan tiara ini adalah berdasarkan lakaran yang telah dibuat oleh Oscar Massin pada tahun 1867. 



Lakaran ini menunjukkan bahawa tapak tiara ini dihiasi dengan 30 biji batu nilam Kashmir  manakala pada bahagian tengan tiara ini dihiasi batu nilam besar dengan potongan "cushion cut" yang dikelilingi dengan baru berlian serta turut dilengkapi dengan dua biji batu nilam kecil pada bahagian atas dan bawah batu nilam besar tersebut serta tiga biji berlian juga dengan potongan 'cushion cut'. Motif pada bahagian tengah ini boleh diceraikan. Pada hari pemasyuran baginda sebagai Ratu Belanda, HM Ratu Maxima telah menceraikan 'fleur de lys' pada bahagian hujung tiara tersebut dan menggantikannya dengan batu nilam besar serta dua batu nilam kecil. Tiga biji berlian itu turut diceraikan dan hanya sebiji berlian yang digunakan
Perbezaan ketara pada tiara yang dipakai oleh HM Ratu Beatrix (atas) dan HM Ratu Maxima (bawah)

.......................................