Assalamualaikum w.b.t.
Pada tanggal 6 Februari 2013, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah telah dikurniakan dengan darjah kebesaran kedua tertinggi negara Jepun iaitu "Order of The Precious Crown". Darjah yang dikurniakan kepada baginda adalah darjah kelas pertama atau diistilahkan sebagai "Grand Cordon". Majlis pengurniaan tersebut telah dijalankan di Istana Negara oleh Duta Jepun ke Malaysia, Shigeru Nakamura sebagai wakil kepada Maharaja Jepun, Maharaja Akihito, sambil disaksikan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Haminah merupakan Raja Permaisuri kelima Malaysia yang dikurniakan dengan darjah kebesaran ini.
Sumber : MyMetro |
INFO BERKENAAN "ORDER OF THE PRECIOUS CROWN"
"Order of the Precious Crown" merupakan darjah kebesaran kedua tertinggi negara Jepun selepas "Supreme Order of The Chrysanthemum" telah dizahirkan pada 4 Januari 1888 oleh Maharaja Jepun ketika itu, Maharaja Meiji. Darjah kebesaran ini diwujudkan dalam 8 kelas yang berbeza, namun pada tahun 2003 darjah kelas ketujuh dan kelapan telah dimansuhkan.
Supreme Order of The Chrysanthemum |
Darjah Kelas Pertama Grand Cordon of The Order of the Precious Crown |
Darjah Kelas Kedua Order of the Precious Crown, Peony |
Darjah Kelas Ketiga Order of the Precious Crown, Butterfly |
Darjah Kelas Keempat Order of the Precious Crown, Wistaria |
Darjah Kelas Kelima Order of the Precious Crown, Apricot |
Darjah Kelas Keenam Order of the Precious Crown, Ripple |
Hanya darjah kelas pertama sahaja yang mempunyai selempang serta bintang darjah, manakala darjah kebesaran kelas kedua sehingga keenam adalah berbentuk riben yang dipakai pada bahagian kiri dada.
Keanggotaan bagi darjah kebesaran ini hanyalah kepada Maharani Jepun, anggota kerabat diraja wanita dan dikurniakan kepada kerabat diraja Jepun, Permaisuri dan puteri diraja negara asing.
Maharani Jepun, Michiko, mengenakan darjah kebesaran "Order of The Precious Crown" dalam potret baginda |
Maharani Nagako turut mengenakan darjah kebesaran "Order of The Precious Crown" dalam potret baginda. Baginda merupakan bonda kepada Maharaja Jepun, Akihito |
Antara Permaisuri negara asing yang telah dikurniakan dengan darjah kebesaran ini ialah
- Queen Margrethe of Denmark
- Queen Paula of Belgium
- Queen Silvia of Sweden
- Queen Sirikit of Thailand
- Queen Sofia of Spain
- Queen Sonja of Norway
Queen Sofia of Spain |
Queen Silvia of Sweden |
Queen Sonja of Norway |
Antara puteri diraja Jepun dan asing yang dikurniakan dengan darjah ini ialah
- Crown Princess Masako of Japan
- Princess Mako, cucunda sulung Maharaja dan Maharani Jepun
- Crown Princess Mette Marit of Norway
- Princess Basma of Jordan
- Mendiang Princess Margaret, Countess of Snowdon (Adinda Ratu Elizabeth II)
- Princess Anne the Princess Royal (Puteri Ratu Elizabeth II)
- Princess Sirindhorn of Thailand
Puteri Mahkota Masako bersama suaminya, Putera Mahkota Naruhito |
Princess Mako |
Antara Raja Permaisuri Agong yang dikurniakan dengan darjah ini ialah
- YMM Almarhumah Tengku Budriah, Raja Permaisuri Agong kedua
- YMM Tengku Ampuan Tua Intan Zaharah, Raja Permaisuri Agong keempat
- DYMM Raja Pemaisuri Perak, Tuanku Bainun, Raja Permaisuri Agong kesembilan
- DYMM Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah, Raja Permaisuri Agong ke-12
.....................
#Ralat Berita Harian