Saturday, December 06, 2014

Ratu Fabiola of Belgium Mangkat Pada Jumaat


Ratu Fabiola
 (1928-2014)

Bekas ratu (queen consort) Belgium, Ratu Fabiola mangkat pada petang Jumaat di kediamannya di Stuyvenberg Castle, Brussels. Penyebab kematian mendiang tidak didedahkan tetapi kesihatannya semakin merosot setelah mengalami pneumonia pada 2009. Fabiola akan dikebumikan pada Jumaat, 12 Disember 2014

Ratu Fabiola berkahwin dengan Raja Belgium, HM Raja Baudouin, pada 1960. Baudouin menaiki takhta pada 1951. Ratu Fabiola menjadi Ratu Belgium selama 33 tahun manakala suaminya menjadi Raja Belgium selama 42 tahun. Pasangan diraja ini tidak dikurniakan cahayamata kerana Fabiola mengalami 5 kali keguguran sepanjang kehamilannya.
Selepas kemangkatan Baudouin pada 1993, adidndanya Putera Albert menaiki takhta sebagai HM Raja Albert II.
Baudouin dan Fabiola di hari perkahwinan mereka.
Menjadi kesayangan rakyat Belgium sepanjang tempoh bergelar Ratu Belgium. Selepas kemangkatan suaminya, Fabiola mengurangkan aktivitinya bagi memberi peluang kepada adinda iparnya, HM Ratu Paola, mendekati dan didekati rakyat. Walaubagaimanapun, Fabiola masih akif melakukan kerja kerja amal dan kemasyarakatan untuk rakyat Belgium.
Sejarah tercipta di Belgium pada 2013 apabila Belgium mempunyai tiga orang ratu. Ratu Fabiola (kiri sekali), Ratu Paola (kanan sekali) dan Ratu Mathilde (tiga dari kiri). Hal ini kerana, adinda ipar Fabiola, HM Raja Albert II (dua dari kanan), turun dari takhta Belgium bagi memberi peluang kepada anakandanya menaiki takhta sebagai HM King Philippe (tiga dari kanan)
Disamping menderita pneumonia, Fabiola juga turut menderita osteoporosis yang menyebabkan mendiang berkerusi roda.
Bersama adinda iparnya, HM Raja Albert II

Baudouin dan Fabiola pada tahun 1980
Mendiang terkenal sebagai seorang penganut Roman Katolik yang taat.










Sultan Nazrin Shah Dianugerahi Darjah Kebesaran DMN



Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan menerima Darjah Kebesaran Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) yang dianugerahi Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Penganugerahan darjah kebesaran itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Sultan Nazrin Shah dalam satu majlis ringkas di Istana Hinggap Perak, di sini hari ini.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Hadir sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Sultan Nazrin Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak pada 29 Mei lalu, berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Shah pada 28 Mei lepas.

Baginda akan ditabalkan sebagai Sultan Perak ke-35 pada 6 Mei tahun depan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

Sumber : BERNAMA