Sunday, March 02, 2014

Raja Raja Melayu dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)


Assalamualaikum w.b.t

Foto : Wangsa Mahkota Selangor

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pihak bertanggungjawab terhadap pertahanan negara Malaysia dan ianya meliputi tiga cabang utama iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 
Kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu menggalas jawatan sebagai Kolonel Yang Dipertua dalam sesuatu Rejimen ataupun Kor ATM. Dalam entri kali ini, HUNKZ akan berkongsi tentang jawatan jawatan yang sedang disandang oleh Raja Raja Melayu dan yang pernah disandang oleh Almarhum Raja Raja Melayu.

"Kolonel Yang Dipertua adalah satu tugas khusus yang ditanggung oleh kesemua sembilan orang Raja Raja Melayu keatas semua rejimen atau kor dalam ATM yang telah mendapat panji panji diraja termasukTLDM dan TUDM. Untuk TLDM ianya dikenali sebagai Kapten Yang Dipertua. Kor/Rejimen yang belum menerima panji panji diraja tetapi mempunyai Kolonel Yang Dipertua ialah Rejimen Gerakhas Malaysia tetapi ianya dikenali sebagai Kolonel Komandan...."

Sumber : Pangkat Kehormat TUDM


SULTAN KEDAH
KDYMM Al Sultan Almutasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah
selaku

KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA
dan
KOLONEL YANG DIPERTUA KOR PERKHIDMATAN DIRAJA
SULTAN PAHANG
KDYMM Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Almustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al Muadzam Shah
selaku

KOLONEL YANG DIPERTUA TUDM

SULTAN PERAK
DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izuddin Ghafarullahulah
selaku

KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA
dan
KOLONEL YANG DIPERTUA KOR KESIHATAN DIRAJA
SULTAN TERENGGANU
KDYMM Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al Mukhtafi Billah Shah
selaku

KOLONEL YANG DIPERTUA KOR ARMOR DIRAJA
dan
KOLONEL YANG DIPERTUA KOR ORDINANS DIRAJA


RAJA PERLIS
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
selaku

KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN RENJER DIRAJA
dan
KOLONEL YANG DIPERTUA KOR POLIS TENTERA DIRAJA

SULTAN SELANGOR
DYMM Sultan Sharifuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
selaku

KAPTEN YANG DIPERTUA TLDM

YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir
selaku

KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
dan
KOLONEL YANG DIPERTUA KOR JURUTERA LETRIK DAN JENTERA DIRAJA

SULTAN KELANTAN
KDYMM Sultan Muhammad V
selaku

KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN ARTILERI DIRAJA
dan
KOLONEL YANG DIPERTUA KOR RISIK DIRAJA

SULTAN JOHOR
DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar
selaku

KOLONEL KOMANDAN GERAK KHAS

............................


Antara Raja Raja Melayu yang pernah menyandang jawatan dalam ATM

ALMARHUM SULTAN JOHOR
Almarhum DYMM Baginda Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail
selaku

KOLONEL KOMANDAN GERAK KHAS

BEKAS SULTAN KELANTAN
DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra
selaku
KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN ARTILERI DIRAJA
dan
KOLONEL YANG DIPERTUA KOR RISIK DIRAJA

ALMARHUM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN
Almarhum DYMM Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
selaku


KOLONEL YANG DIPERTUA REJIMEN SEMBOYAN DIRAJA
dan
KOLONEL YANG DIPERTUA KOR JURUTERA LETRIK DAN JENTERA DIRAJA
ALMARHUM SULTAN SELANGOR
Almarhum DYMM Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah Alhaj
selaku

KAPTEN YANG DIPERTUA TLDM