Assalamualaikum w.b.t
Entry HUNKZ kali ini masih lagi berkisar tentang satu istiadat persandingan diraja yang berlangsung di negeri tanah tumpah darah HUNKZ iaitu negeri Kelantan. Kali ini HUNKZ ingin berkongsi sedikit tentang kalung berlian bertatahkan batu zamrud yang dipakai oleh YAM Tengku Amalin Aishah di hari pernikahan baginda.
Terlebih dahulu HUNKZ ingin mengucapkan terima kasih kepada salah seorang pengunjung blog ini yang juga merupakan rakan facebook HUNKZ kerana sudi berkongsi info ini kepada HUNKZ..
Keanggunan YAM Ku Malin terserlah dihari pernikahan baginda ditambah pula dengan kemegahan kalung berlian bertatah batu zamrud di leher baginda Foto : Warna Warni Diraja Kelate |
Buat pengetahuan pengunjung sekalian, kalung tersebut merupakan milik paduka bonda YAM Tengku Amalin iaitu, YMM Raja Perempuan Tengku Anis. Kalung ini telah dipinjamkan kepada anakanda baginda semasa hari pernikahannya.
YMM Tengku Anis telah beberapa kali mengenakan kalung tersebut semasa menghadiri beberapa istiadat diraja. Samada kalung tersebut dibeli untuk YMM Tengku Anis ataupun baginda mewarisi kalung tersebut, Wallahualam, HUNKZ tidak mendapat sebarang info.