Friday, May 24, 2013

Hermes para Puteri : YAM Tunku Aminah Sultan Ibrahim ~iii~


Assalamualaikum w.b.t
Untuk segmen "Hermes para Puteri" yang kelapan ini, HUNKZ akan berkongsi tentang koleksi beg jenama Hermes milik YAM Tunku Aminah Sultan Ibrahim, dan ini merupakan koleksi beg jenama Hermes ketiga baginda.

Pada 23 Februari 2013 yang lalu, YAM Tunku Aminah telah berkenan berangkat bersama dengan bonda baginda, DYMM Raja Zarith Sofia ke Majlis BERJAYA Founder's Day 2013 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Kali ini YAM Tunku Aminah tampil dengan Hermes Birkin bewarna ungu gelap diperbuat daripada kulit buaya.




.............................

Para pengunjung boleh klik link dibawah untuk melihat koleksi beg jenama Hermes milik; 





















Darjah Tertinggi Khusus Untuk Pemerintah Negeri


Assalamualaikum w.b.t 
Dalam entry HUNKZ yang terdahulu iaitu Darjah Tertinggi Negara dan Negeri, ianya membicarakan perihal Darjah Kebesaran Tertinngi sesebuah negeri beraja di Malaysia yang dikurniakan kepada pemerintah negeri, ahli kerabat diraja serta para kenamaan. Namun begitu, dalam entry kali ini, HUNKZ akan berkongsi serba sedikit berkenaan darjah tertinggi negeri yang hanya dikurniakan kepada raja pemerintah sesebuah negeri itu sahaja. Hanya tiga buah negeri sahaja di Malaysia ini iaitu Pahang, Terengganu dan Perlis yang mewujudkan darjah kebesaran tersebut. 

PAHANG DARUL MAKMUR
Darjah Kerabat Yang Maha Utama Kerabat Diraja Pahang
Dizahirkan : 24 Oktober 1977
Singkatan : D.K.P
Gelaran : -tiada-
Keanggotaan : DYMM Tuanku Sultan Pahang
Penyandang Terdahulu : -tiada-
Penyandang Terkini : KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah
Aksesori Darjah : Kalung, Bintang, Selempang, Lencana






TERENGGANU DARUL IMAN
Darjah Utama Kerabat Diraja Terengganu Yang Amat Dihormati
Dizahirkan : 10 Mac 1981
Singkatan : D.K.T
Gelaran : -tiada-
Keanggotaan : DYMM Tuanku Sultan Terengganu
Penyandang Terdahulu : DYMM Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Penyandang Terkini : KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah
Aksesori Darjah : Kalung, Bintang, Selempang, Lencana

Sumber : Fanpage FB YMM Tuanku Ampuan Bariah




PERLIS INDERA KAYANGAN

Darjah Kerabat Diraja Perlis
Dizahirkan : 17 Mei 2001
Singkatan : D.K.P
Gelaran : -tiada-
Keanggotaan : DYMM Tuanku Raja Perlis
Penyandang Terdahulu : -tiada-
Penyandang Terkini : DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Aksesori Darjah : Kalung, Bintang, Selempang, Lencana


Sumber : Portal Diraja Perlis

Sumber : Maharum Bugis Shah







Friday, May 03, 2013

HM Ratu Maxima dihari Pemasyuran Raja Belanda


Assalamualaikum w.b.t
Pada penghujung April yang lalu, satu sejarah telah tercipta bagi rakyat Belanda apabila Putera Mahkota Willem Alaxender dimasyurkan sebagai Raja Belanda yang baru menggantikan bondanya, HM Ratu Beatrix yang telah mengambil keputusan untuk turun dari takhta kerajaan. 


Antara perkara yang menjadi tanda tanya ramai pihak tiara manakah yang akan dipakai oleh HM Ratu Maxima bersempena hari yang bersejarah itu. Namun begitu, semuanya terjawab pada 30 April yang lalu apabila baginda memilih untuk mengenakan "Mellerio Sapphire Tiara" dijemala baginda pada hari bersejarah tersebut dan juga sepersalinan gaun biru tua hasil rekaan Jan Taminiau. 


Gaun yang diperbuat dari chiffon itu turut dilengkapi dengan "cape" memandangkan baginda tidak memakai jubah pertabalan seperti suami baginda. Gaun itu ditaburi dengan manik serta sulaman tangan yang sarat pada bahagian kaki gaun tersebut.

Mellerio Sapphire Tiara

Tiara ini telah dibuat pada tahun 1881 oleh salah satu syarikat barangan kemas terkemuka di Belanda iaitu Mellerio dits Meller. Tiara yang bertatahkan 655 biji berlian dari Afrika Selatan ini merupakan perhiasan yang telah dihadiahkan kepada Ratu Belanda ketika itu iaitu HM Ratu Emma daripada suaminya HM Raja Willem III. Rekaan tiara ini adalah berdasarkan lakaran yang telah dibuat oleh Oscar Massin pada tahun 1867. 



Lakaran ini menunjukkan bahawa tapak tiara ini dihiasi dengan 30 biji batu nilam Kashmir  manakala pada bahagian tengan tiara ini dihiasi batu nilam besar dengan potongan "cushion cut" yang dikelilingi dengan baru berlian serta turut dilengkapi dengan dua biji batu nilam kecil pada bahagian atas dan bawah batu nilam besar tersebut serta tiga biji berlian juga dengan potongan 'cushion cut'. Motif pada bahagian tengah ini boleh diceraikan. Pada hari pemasyuran baginda sebagai Ratu Belanda, HM Ratu Maxima telah menceraikan 'fleur de lys' pada bahagian hujung tiara tersebut dan menggantikannya dengan batu nilam besar serta dua batu nilam kecil. Tiga biji berlian itu turut diceraikan dan hanya sebiji berlian yang digunakan
Perbezaan ketara pada tiara yang dipakai oleh HM Ratu Beatrix (atas) dan HM Ratu Maxima (bawah)

.......................................