Thursday, October 27, 2011

MEMORI : TUANKU MIZAN SEBAGAI KETUA NEGARA KE 13

Assalamualaikum w.b.t......
Yang di-Pertuan Agong ke 13,DYMM Tuanku Mizan Zainal Abidin bakal menamatkan tempoh pemerintahan baginda sebagai Ketua Negara Malaysia yang ke 13 pada 12 Disember 2011.....
So i'd like to go back to the moment where DYMM Tuanku Mizan dimasyur sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong seterusnya dimasyur sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13.....

PEMASYURAN SEBAGAI TIMBALAN YANG di-PERTUAN AGONG


DYMM Tuanku Mizan telah dua kali dimasyurkan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Kali pertama DYMM Tuanku Mizan menjawat jawatan ini adalah sewaktu era pemerintahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah iaitu Yang di-Pertuan Agong ke 11 dan kali kedua DYMM Tuanku menjawat jawatan ini adalah pada era pemerintahan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail iaitu Yang di-Pertuan Agong ke 12. Foto di atas adalah peristiwa dimana DYMM Tuanku Mizan mengangkat sumpah jawatan selaku Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada tahun 2001..

PEMASYURAN SEBAGAI YANG di-PERTUAN AGONG KE 13


Pada 13 Disember 2006 DYMM Tuanku Mizan telah dimasyurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13 menggantikan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin. Baginda telah dipilih untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong ke 13 atas perkenan Raja Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja Raja ke 208 (Khas) yang telah bersidang pada 3 November 2006.



DYMM Tuanku Mizan bersama sama DYMM Tuanku Nur Zahirah dan  YTM Tengku Muhammad Ismail mengaminkan doa sebelum berlepas ke Kuala Lumpur untuk Istiadat Angkat Sumpah.
Sebelum berangkat menghadiri Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan, satu istiadat keberangkatan bagonda dan DYMM Tuanku Nur Zahirah telah diadakan di Istana Maziah. Manakala sehari sebelum keberangkatan baginda berdua ke Kuala Lumpur, putera sulong baginda iaitu YTM Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abidin yang juga merupakan Yang Dipertuan Muda Terengganu  telah dimasyurkan sebagai Pemangku Raja Terengganu serentak dengan itu upacara pelantikan Majlis Penasihat Pemangku Raja.

Baginda menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13 sambil disaksikan oleh Almarhum Tuanku Jaafar,Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Baginda mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13 pada Mesyuarat Majlis Raja Raja (Khas) ke 209 sempena dengan Istiadat Mengangkat Sumpah.



PERTABALAN TUANKU MIZAN SEBAGAI YANG di-PERTUAN AGONG KE 13


Pada pagi 26 April 2007 satu sejarah baru telah terukir di bumi Malaysia. DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke 13.
Istiadat pagi iyu telah dimulakan dengan pemeriksaan perbarisan kehormat 107 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) dari Kem Sungai Besi.
Istiadat pertabalan baginda dimulakan dengan perisytiharan pertabalan baginda oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi diikuti dengan Datuk Paduka Maharaja Lela menyembahkan Al Quran kepada baginda dan kemudiaannya menyembahkan Keris Panjang Diraja kepada baginda sebagai lambang kebesarab dan kekuasaan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong. Istiadat pagi itu diteruskan dengan lafaz ikrar oleh baginda sebelum ditutupi dengan bacaan doa.
Istiadat kali ini juga mencatat satu sejarah bermakna kerana telah dirakam oleh National Geographic dan telah disiarkan ke seluruh dunia..



Keberangkatan masuk DYMM Tuanku Mizan dan DYMM Tuanku Nur Zahirah ke Balairong Seri Istana Negara untuk Istiadat Pertabalan Baginda berdua.
Baginda mengucup Al Quran. Al Quran juga merupakan sebahagian daripada Alat Kebesaran Diraja.
Menjunjung Keris Panjang Diraja
DYMM Tuanku Nur Zahirah bergambar kenangan bersama tetamu diraja yang hadir pada Istiadat Santapan Malam sempena Pertabalan Yang Dipertuan Agong.









Tuesday, October 25, 2011

SEKITAR ISTIADAT PEMAKAMAN YMM RAJA PEREMPUAN MUZWIN

Assalamualaikum to all the visitors yang sudi kemari..^^,
In this post HUNKZ  ingin berkongsi gambar sekitar Istiadat Pemakaman Almarhumah Raja Perempuan Muzwin..
Almarhumah telah menghembuskan pada usia 82 tahun di IJN pada petang Khamis, 6 Oktober 2011..
Jenazah Almarhumah tiba di istana kediaman Almarhumah iaitu Istana Riswin pada lebih kurang pukul 12 tengah malam..

Perkarangan Istana Riswin

Jenazah Almarhumah selamat tiba di Istana Riswin.
Kelihatan YAB Menteri Besar Perak hadir memberikan penghormatan terakhir

Puteri kedua Almarhumah yang juga merupakan isteri kepada Sultan Johor,DYMM Raja Zarith Sofea menghadiahkan bacaan Yassin kepada Almarhumah. Juga berada disisi Almarhumah ialah YAM Tunku Aminah iaitu cucunda baginda dan merupakan puteri tunggal Sultan Johor.

Menantu Almarhumah,YTM Tunku Dato Seri Soraya.

Turut berangkat ialah DYAM Raja Puan Muda Perak,Raja Nor Mahani ..

Pada keesokan harinya iaitu pada hari Jumaat, 7 Oktober 2011 jenazah Almarhumah telah bertolak dari Istana Riswin ke Masjid Ubudiah untuk disembahyangkan dan dimakamkan di Makan Diraja Al Ghufran selepas Solat Asar..

Jenazah Almarhumah diusung menggunakan "Seraja Diraja" ke Masjid Ubudiah sebelum dimakamkan

Dari Masjid Ubudiah jenazah diusung ke Makam Al Ghufran

Putera Sultan Johor Tunku Abdul Jalil (paling hadapan) yang juga merupakan cucunda Almarhumah turut mengusung jenazah Almarhumah.
Ketibaan DYMM Raja Permaisuri Bainun

Ketibaan DYTM Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah
Ketibaan DYTM Raja Puan Besar Perak,Tuanku Zara Salim
Dua orang puteri Sultan Azlan Shah turut berangkat hadir.
Dari kiri : YAM Raja Dato Seri Azureen dan YAM Raja Dato Seri Yong Sofia

Keberangkatan tiba Raja Di Hilir Perak, DYAM Raja  Jaafar ibni Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda Perak,DYAM Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah

Istiadat menabur bunga dan menyiram air mawar ke pusara Almarhumah oleh kaum kerabat..







Menantu baginda yang juga DYMM Sultan Johor turut  menyiram air mawar ke makam Almarhumah.




Anakanda sulong Almarhumah, YAM Raja Puan Mahkota Perak, Raja Dato Seri Nahzatul Shima bt Almarhum Sultan Idris
Putera Almarhumah yang juga merupakan YTM Raja Kechil Besar Perak,Raja Dato Seri Iskandar Zulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Shah..
Menantu Almarhumah yang juga merupakan puteri angkat kepada Sultan Abdul Halim  (Sultan Kedah) dan isteri kepada YTM Raja Kechil Besar Perak,YTM Tunku Dato Seri Soraya.
Cucunda Almarhumah,YTM Tunku Temenggung Johor Tunku Idris ibni Sultan Ibrahim
Cucunda Almarhumah,YAM Tunku Aminah bt Sultan Ibrahim
Cucunda Almarhumah,YAM Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim
Cucunda Almarhumah, YAM Tunku Abu Bakar ibni Sultan Ibrahim


..............................................................................................................................


Kiri sekali merupakan cucunda baginda DYTM Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim ibni Sultan Ibrahim kelihatan sedih di hari Pemakaman Nendanya



YAM Raja Nahzatul Shima disamping anakanda saudaranya di hari pemakaman

YTM Tunku Dato Seri Soraya bersama kekanda iparnya YAM Raja Puan Mahkota Perak
YAM Raja Jamil Ariffin ibni Almarhum Sultan Idris Shah memeluk kekandanya DYMM Raja Zarith Sofea..

.................................................................................................................................

..AL FATIHAH..


p/s : HUNKZ ucapkan terima kasih kepada Raja Mariam kerana mengizinkan HUNKZ menggunakan    gambar gambar di atas untuk entry ini....thumbs up to her great collection of picture...

Friday, October 07, 2011

YMM Raja Perempuan Muzwin Mangkat

Assalamualaikum w.b.t....
sudah agak lama HUNKZ tidak ber"blog" kerana kekangan masa...

HUNKZ agak terkejut selepas membaca blog tentang mangkatnya mantan Raja Perempuan Perak,Almarhumah Raja Perempuan Muzwin bt Almarhum Raja Arif Shah..
Almarhumah mangkat pada 6 September 2011 dalam usia 82 tahun di IJN..


dalam post HUNKZ yang bertajuk "YMM RAJA PEREMPUAN MUZWIN BINTI ALMARHUM RAJA ARIF SHAH",HUNKZ ada berkongsi secara ringkas biografi Almarhumah..

to all the readers yang ingin tahu lebih detail about Almarhumah you can klik HERE..^^

semoga Tuhan mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah..AL FATIHAH..