Saturday, August 27, 2011

YAM TUNKU PUAN ZANARIAH BINTI ALMARHUM TENGKU AHMAD PANGLIMA RAJA


Diputerikan pada 5 Julai 1940 sebagai YM Tengku Zanariah binti Almarhum Tengku Ahmad,baginda merupakan anggota kerabat diraja Kelantan.Baginda merupakan permaisuri kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Iskandar,iaitu Sultan Johor.Hasil perkahwinan tersebut baginda berdua telah dikurniakan dengan 6 orang cahaya mata iaitu 5 orang puteri dan seorang putera.

Pada tahun 1981 Almarhum Sultan Iskandar telah dimasyurkan sebagai Sultan Johor yang baharu menggantikan Almarhum ayahandanya,serentak dengan pemasyuran tersebut YAM Tunku Puan Zanariah juga bergelar Sultanah Johor dengan gelaran Sultanah Zanariah sehinggalah kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada 22 Januari 2010.
Namun baginda tidak pernah ditabalkan secara rasmi sebagai DYMM Sultanah Johor. dan atas sebab itu pada 17 Febuari 2011 gelaran baginda sebagai "Sultanah Zanariah" telah ditukarkan kepada "YAM Tunku Puan Zanariah" oleh DYMM Sultan Johor,Sultan Ibrahim.

YAM Tunku Puan Zanariah bersama Almarhum DYMM Sultan Iskandar
Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang Dipertuan Agong ke 8 oleh Majlis Raja Raja pada 26 April 1984.Baginda memegang tampuk pemerintahan selama 5 tahun sehinggalah tamat penggal pemerintahan pada 25 April 1989.Selama tempoh tersebut YAM Tunku Puan Zanariah bergelar Raja Permaisuri Agong Malaysia ke 8.

Potret rasmi YAM Tunku Puan Zanariah sebagai Raja Permaisuri Agong ke 8

YAM Tunku Puan Zanariah merupakan salah seorang daripada 2 orang puteri Almarhum Tengku Ahmad,Tengku Panglima Raja Kelantan, yang menjadi Sultanah Johor.Baginda merupakan adinda kepada  YAM Tunku Puan Nora yang juga merupakan bekas Sultanah Johor.

YAM Tunku Puan Zanariah (kanan) bersama YAM Tunku Puan Nora
.................................................................................................................................

YAM Tunku Puan Zanariah menaburkan bunga ke makam Almarhum Sultan Iskandar
Dari Kiri : DYMM Raja Zarith Sofea,YAM Tunku Puan Zanariah,YAM Tunku Puan Nora