Sunday, June 19, 2011

Bubuy to Negeri Che Siti Wan Kembang...





MALAM NIE HUNKZ AKAN BERANGKAT KE JOHOR BHARU BY TRAIN KERANA HUNKZ AKAN BEKERJA DI SANA..
AT LAST SETELAH AGAK LAMA MENUNGGU HUNKZ DAPAT GAK PELUANG TO BECOME WORKER...

SO HUNKZ WILL STOP BLOGGING AND FACEBOOKING FOR A WHILE KERANA HUNKZ TINGGALKAN MY BELOVED LAPPY DEKAT KELANTAN...
INSYAALLAH KALAU ADA MASA HUNKZ AKAN MENERBITKAN POST YANG BARU....

KEPADA PENGUNJUNG "THEADMIRE HUNKZ" KALAU ADA APA NAK KATA PASAL POST HUNKZ TERDAHULU YOU CAN SIMPLY LEAVE IT DEKAT C-BOX ATAU KOMEN BOX KAT EACH POST...

Saturday, June 18, 2011

Lipas adalah Cockroach

kali nie HUNKZ rasa macam nak kongsi info about this little fella...
and it is LIPAS....



Lipas merupakan sejenis serangga dalam kingdom animalia dibawah phylum arhropoda dibawah suphylum hexapoda dalam class insecta under subclass pterygota dalam infraclass neoptera dalam superorder dictyoptera dan dalam order blattaria....
apa yang panjang panjang tue????
tue adalah pengkelasan geng geng lipas nie..
bila bercakap pasal phylum..subphylum....HUNKZ teringat la pulak waktu belajar subjek biology dalam bab biodiversity masa HUNKZ kat matrikulasi dulu....bab nie la yang paling killer chapter in biology....
theres a lot of things to hafal..ingat...

Sesetengah tulisan terawal berkaitan dengan lipas menggalakkan ia digunakan sebagai ubat. Pedanius Dioscorides (1st century), Kamal al-Din al-Damiri dan Abu Hanifa ad-Dainuri (abad ke-9) semuanya menawarkan ubat yang mencadangkan agar lipas nie direbus...digiling untok dijadikan ubat dalam merawat penyakit seperti luka dan masalh peranakan...YALLKK

okay...
kalau rasa nak tau lebih banyak pasal ciptaan Allah nie korang boleh tekan "LIPAS is Cockroach"

......................

actually lipas adalah one of my kelemahan a.k.a my biggest weaknesesssss.....
when i was a child..just geli ngan benda nie sebab bila korang pegang dia...
akan ada satu cecair hitam yang busok keluar....memang disgusting tahap cipan..
entah kenapa lama lama jadi takot...
seram sejok je kalau nengok benda nie....
tambah tambah time dia terbang....OMG WTH..

TRAGEDI yang membuatkan my takot dah jadi kinda fobia to lipas is when benda Allah nie masok dalam telinga HUNKZ waktu tengah tidor....
memang giler la time tue....

memang komfem akan mati lipas yang lalu depan HUNKZ....
no matter what...lipas mesti mati...
coz im the cockroach murderer......

disebabkan tak sukan ngan lipas...
HUNKZ pernah menjadi manusia yang geli nak makan buah kurma...
sebabnya....
dia punyer shape n colour agak nak sama ngan lipas nie....
boleh baca "HUNKZ and KURMA"....

so big....so disgusting


Segmen mudah - Blog Pilihan Nizam Ijam


salam dan salam sejahtera kepada visitors THEADMIRE HUNKZ yang terhormat...
sekali lagi blog NIZAM IJAM organized pesta mercikk punyer..


tue adalah banner blognya...terpampang pampang NIZAM IJAM...
kalau pelawat pelawat sekalian nak jumpa NIZAM IJAM kat facebook korang boleh la klik SINI or HERE....

hopefully kawunk HUNKZ yang bernama Fatin Aini Bluishstich join sekali...
baru la melatopz...

Perlawanan Persahabatan....Malaysia 2 - Myanmar 0


Syabas kepada team bola sepak kebangsaan negara kita MALAYSIA....
our team dah berjaya menewaskan Myanmar dalam perlawanan persahabatan...
Malaysia berjaya mendapat dua gol "hadiah" daripada Amirul Hadi dan Badrul Bakhtiar ....

Pemberi hadiah goal yang pertama pada first half game..

Pemberi hadiah goal pada second half kalau HUNKZ tak salah...sebab time dia masukkan bola kedalam "jaring ikan" HUNKZ dalam pejalanan nak balik rumah from granny's house...

Friday, June 17, 2011

Putera Mahkota Abu Dhabi dianugerah "Tun"


Putera Mahkota Abu Dhabi HH Jeneral Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan yang dalam rangka lawatannya ke Malaysia telah dianugerahkan dengan Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (Kehormat)...


Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) ini merupakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama bagi Darjah Yang Mulia Pangkuan Negara.Diikuti dengan Darjah Panglima Mangku Negara (PMN),Johan Mangku Negara (JMN),Kesatria Mangku Negara (KMN),Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Pangkuan Negara (PPN).
Darjah ini dizahirkan pada 16 Ogos 1958 dan diwartakan pada 21 Ogos 1958.

Yang Dipertuan Agong menganugerahkan Darjah SMN kepada HH Putera Mahkota

Penyandang Darjah ini mendapat gelaran Tun dan jika ia seorang lelaki, isterinya akan bergelar Toh Puan. Had bilangan Darjah ini ialah 25 orang sahaja dan ini tidak termasuk kepada tetamu luar negara yang menerimanya sebagai anugerah kehormat.

Sebelum Darjah Seri Utama Mahkota Negara (DMN) diwujudkan,Darjah SMN adalah penghormatan yang dikurniakan kepada Raja Permaisuri Agong dan Raja Raja Melayu yang baru dimasyurkan.

Almarhumah Seri Paduka Bginda Raja Permaisuri Agong Pertama.Tuanku Khursiah memakai Darjah SMN
Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan,Tuanku Munawir ibni Almarhum Tuanku Muhammad memakai  Darjah SMN

'Segmen - Jom Kumpul Tagline MaharajaLawak by Nizam Ijam'


salam and hello to pengunjung THEADMIRE HUNKZ....
honestly sekarang HUNKZ rasa macam nak meng"aktif"kan diri HUNKZ yang dah agak lesu dalam dunia blogging nie...
so...
one of the way that came across my mind adalah why not HUNKZ join apa apa contest yang di"lancarkan" oleh blogger yang agak otai dari HUNKZ nie..
dan without any hesitation HUNKZ terpanggil la pulak nak join contest pasal MAHARAJA LAWAK hasil dari idea "NIZAM IJAM"....

sapa dan apa ada pada blog nie????
sapa dia....dia adalah NIZAM IJAM....
apa ada dalam blog nie......something yang HUNKZ boleh kata benda yang "compulsory" untok all blogger to know la..for example tutorial yang nak meng"vogue"kan blog korang sekalian...

ok now we back to MAHARAJA LAWAK...
from HUNKZ punyer point of view program adalah kesinambungan kepada program Raja Lawak Astro...
memang every week kami tak pernah telepas tengok program nie...
tak puas dalam TV kita bukak on YouTube...
then...
gelak ramai ramai....
memang agak syok gak ler...



team yang menjadi pilihan HUNKZ adalah "JOZAN"...
since dyorang dalam Raja Lawak 1st season  lagi...
lawak selamber daun jer....
kalau HUNKZ tak salah...dyorang punya tagline adalah MAIL LAMBUNG....

apa agaknya korang rasa Fatin Kadir dan Nadiah Shaari dan Senvorra punya pendapat pasal geng yang mereka suka....sudi sudilah ke blog depa okay....

kalau korang nak kenal NIZAM IJAM dan nak update ngan info pasal segmen nie korang boleh la ke SINI...

Thursday, June 16, 2011

Tuanku Mizan ke-16 Raja Terkaya DIdunia




Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke-13,Al Watiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmood Al Mukhtafi Billah Shah menduduki tangga keenam belas sebagai raja pemerintah atau ketua monarki terkaya didunia..
Mengikut Forbes,nilai kekayaan baginda adalah sebanyak $120m..
baginda dan Raja Permaisuri Tuanku Nur Zahirah menaiki takhta kerajaan Malaysia pada 13 Disember 2006 menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin..
Paha hujung tahun ini baginda berdua akan menamatkan tempoh 5 tahun perkhidmatan baginda sebagai Ketua Negara Malaysia..




Raja Terkaya Didunia -Bahagian 2-

hello bloggers and visitors....
sekarang HUNKZ tak mau cakap banyak dan jom kita straight to the point...

..9TH..

Raja negara terkecil didunia iaitu HM Prince Albert II dari Monaco menduduki tangga kesembilan sebagai raja yang terkaya didunia dengan nilai kekayaannya sebanyak $1b..
Baru baru ini baginda mengumumkan bahawa negara Monaco bakal mempunyai seorang permaisuri...
Baginda bakal mengahwini tunangannya iaitu Charlene Wittstock..
Prince Albert dan Charlene Wittstock
Permaisuri terakhir negara Monaco sehongga hari ini adalah HM Grace Kelly..
Grace Kelly merupakan isteri kepada mendiang ayahanda Prince Albert iaitu HM Prince Rainier III dan merupakan seorang bintang terkenal Hollywood...
HM Prince Rainier III dan HM Grace Kelly
Grace Kelly juga terkenal dengan kejelitaanya yang telah berjaya menambat hati seorang raja...
Beliau meninggal dalam satu kecelakaan jalan raya pada 13 September 1982..
Selepas kematiaan Grace Kelly,Prince Rainier kekal manduda sehingga kematiannya pada 6 April 2005..

..10TH..

HH Putera Karim Al Hussaini merupakan raja kesepuloh terkaya didunia dengan aset bernilai $800m..
Baginda merupakan Aga Khan yang keempat..
Aga Khan merupakan gelaran kepada ketua kepada pengikut puak Ismailli...
Ismailli adalah salah satu daripada pecahan fahaman Syiah..

..11TH..

HM Sultan Qaboos b Said iaitu Raja Negara Oman berada ditempat kesebelas dengan kekayaan sebanyak $700m..

..12TH..

Ratu England,HM Queen Elizabeth II merupakan pemerintah yang kedua belas terkaya didunia dengan aset sebanyak $500m..
Baginda Ratu menjadi pemerintah England yang kedua paling lama memerintah selepas HM Queen Victoria..
Baginda menaiki takhta kerajaan England pada 6 Februari 1952..
Boleh baca post HUNKZ yang ini "Second Longest Serving Monarch of Great Britain"
Pada tahun ini baginda sudah 59 tahun berada di atas takhta kerajaan dan jika baginda masih memerintah sehingga 10 September 2015,baginda akan menjadi pemerintah England yang paling lama memerintah dan secara tidak langsung memecah rekod Queen Victoria yang memerintah England selama 63 tahun..

Keluarga HM Queen Elizabeth..
Berdiri dari kiri : Prince Charles,Queen Elizabeth the Queen Mother,Princess Margaret,Prince Phillip,King George  VI,Queen Elizabeth..
Berada dalam kereta bayi itu adalah puteri tunggal Queen Elizabeth,Princess Anne.

..13TH..

Emir Kuwait,HH Sheikh Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah merupakan pemerintah negara Arab yang keenam menjadi antara pemerintah yang terkaya didunia dengan nilai kekayaannya sebanyak $350m..

..14TH..

Ratu Netherlands,HM Queen Beatrix menduduki tangga keempat belas sebagai pemerintah terkaya didunia dan ratu pemerintah kedua terkaya selepas Ratu Elizabeth dari England..
Ratu Beatrix menaiki takhta kerajaan Netherlands pada 30 April 1980 selepas bondanya,HM Queen Juliana memutuskan untuk melepaskan takhta kerajaan..
Queen Juliana merupakan ratu pemerintah Netherlands..

HM Queen Juliana of Netherlands..
Ratu Beatrix dan Putera Mahkota Netherlands,HH Prince William Alexander
..15TH..

Raja negara Swaziland iaitu salah sebuah negara Afrika,HM King Mswati III menjadi raja kelima belas terkaya dengan nilai kekayaan sebanyak $180m..
baginda terkenal dengan bilangan isterinya yang ramai iaitu seramai 14 orang kesemuanya..
baginda akan menghadiri majlis "Reed Dance" iaitu satu majlis tari menari tradisional dimana wanita di Swaziland yang behasrat menjadi isteri baginda akan hadir dan menari...dan baginda akan memilih mana yang baginda inginkan..

Berpakaian tradisional Swaziland sawaktu menghadiri "Reed Dance"
Bersama salah seorang isteri baginda ketika menghadiri majlis santapan malam di Thailand sewaktu sambutan ulang tahun pemerintahan Raja Thailand ke-60..Turut kelihatan adalah Putera Mahkota Thailand,HH Putera Maha Vajiralongkorn dan HH Puteri Maha Chakri Sirindhorn

.........................................

p/s : sampai yang ke-15 semua negara asing..mana MALAYSIA ??????
new post lagi..!!

Wednesday, June 15, 2011

Raja Terkaya Didunia

Salam..
Bila bercakap pasal permerintah atau raja sesebuah negara,kita mesti akan membayangkan satu kehidupan mewah yang dipenuhi dengan benda benda yang mewah...
as a matter of fact..it is true..
so dalam post kali nie HUNKZ nak share list of the richest serving monarch from all over the world..

..1ST..

Raja yang terkaya didunia mengikut Forbes adalah Raja Thailand,HM Raja Bhumipol Adulyadej..
Aset kekayaan yang dimiliki oleh baginda adalah sebanyak $30b..
Disamping menjadi raja terkaya didunia,Raja Bhumipol juga merupakan pemerintah atau serving monarch yang paling lama memerintah iaitu selama 65 tahun..
Baginda dan permaisurinya,HM Ratu Sirikit menaiki takhta kerajaan Thailand pada 9 June 1946..
HUNKZ pernah buat post pasal baginda sebagai seorang Pemerintah Paling Lama Di Dunia

Raja Bhumipol bersama Ratu Sirikit

..2ND..

KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah ibni Almarhum Sultan Omar Ali Saifuddien berada di tempat kedua sebagai raja terkaya didunia dengan nilai kekayaan sebanyak $20b...
Baginda jatuh ketempat kedua sebagai raja terkaya didunia..
Pada tahun lalu baginda telah menceraikan isteri keduanya iaitu DYTM Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar

Sultan Hassanal bersama Raja Isteri Anak Hajah Saleha

..3RD..

Dengan nilai kekayaan sebanyak $18b meletakkan Raja Arab Saudi,HM Raja Abdullah ditempat ketiga sebagai raja terkaya didunia..
Pada tahun lepas sewaktu baginda menerima rawatan sakit tulang belakang di New York,baginda telah menempah kesemua wad VIP di New York Presbyterian Hospital untuk lebih "privacy"...


..4TH..

Emir UAE,HH Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan berada ditempat keempat sebagai raja terkaya didunia dengan aset sebanyak $15b..


..5TH..

Sekali lagi pemerintah negara Arab menjadi raja terkaya didunia..
Pemerintah Dubai iaitu HH Sheikh Mohammed Rashid Al-Makhtoum berada ditempat kelima..
nilai kekayaan baginda adalah sebanyak $4.5b..
Dubai merupakan negara Arab yang sedang pesat membangun..
kerajaan pimpinan Sheikh Mohammed telah membelanjakann sejumlah wang yang banyak dalam pembangunan Dubai..
Sheikh Mohammed telah banyak menyumbangkan idea dalam pembangunan Dubai terutamanya dalam pembinaan Palm Island dan Burj Dubai..

Burj Dubai yang merupakan bangunan tertinggi didunia

Palm Island


..6TH..

Raja Liechtenstein,HM Prince Hans Adam II merupakan pemerintah dunia yang keenam terkaya didunia dengan hasil kekayaan sebanyak $3.5b

HM Prince Hans Adam II bersama permaisurinya,Countess Marie

..7TH..

HH Raja Mohammed VI dari negara Morocco merupakan raja ketujuh terkaya didunia dengan nilai kekayaan $2.5b..

Pemaisuri Morocco,HH Princess Lalla Salma

..8TH..


Menaiki takhta sebagai pemerintah Qatar pada 27 June 1995,Emir Qatar iaitu HH Hamad bin Khalifa Al Thani menduduki tangga kelapan sebagai pemerintah terkaya didunia...
nilai kekayaan baginda adalah sebanyak $2.4b...

Bersama isteri,HH Sheikha Mozah binti Nasser Al Misnad

Sheikha Mozah bersama DS Rosmah Mansor sempena lawatan Emir Qatar ke Malaysia.
.................................................................................................................

p/s : pemerintah yang seterusnya dalam post baru....wait yaa...









Saturday, June 11, 2011

Duke of Edinburgh's Birthday




HRH The Duke of Edinburgh,Prince Phillip

 On 10th June 2011 HRH Duke of Edinburgh was celebrating his 90th birthday.He is the consort to the HM Queen Elizabeth II of Britain.For me HRH Duke has always been a favourite member 
of the royal family after late HM Queen Mother because of his hardwork and his dedication towards charity.
May there be many happy returns to HRH Duke of Edinburgh,Prince Phillip..

During the coronation day