Thursday, December 03, 2009

DYTM Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar





DYTM Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar

DYTM Pengiran Isteri Azrinaz telah dilahirkan pada 23.9.1979 dan merupakan puteri kedua pasangan Hakim Mazhar Mohamad Johar dan Fauziah Abdullah Mansor.Baginda memulakan kerjaya awal sebagai seorang wartawan di TV3.Pada Mei 2004 baginda telah melepaskan jawatan tersebut.

Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar merupakan permaisuri ketiga KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah.Permaisuri pertama baginda ialah KDYMM Raja Isteri Pengiran Hajah Saleha diikuti oleh Pengiran Isteri Hajah Mariam.Pada tahun 2003,Sultan Hassanal Bolkiah telah bercerai dengan Pengiran Isteri Hajah Mariam dan kira kira 2 tahun selepas itu pada Ogos 2005 baginda dipertemukan jodoh dengan Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.

Selepas perkahwinan dengan Sultan Hassanal yang diadakan secara tertutup di Istana Brunei di Kuala Lumpur,baginda memakai gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.
Hasil perkahwinan tersebut baginda dikurniakan seorang putera dan seorang puteri.Putera sulong baginda ialah YTM Pengiran Muda Abdul Wakeel yang diputerakan pada 1.6.2006.Pada 28.1.2008 baginda melahirkan YTM Pengiran Anak Ameerah Wardatul Bolkiah.


Keanggunan baginda memang tidak dapat dinafikan dan sememangnya terserlah tanpa perlu mengenakan make-up dan aksesori yang keterlaluan.






Sewaktu menghadiri Istiadat Santapan Malam sempena Jubli Perak Pemerintahan Sultan Azlan Shah



Bersama DYMM permaisuri Raja Raja Melayu ketika Istiadat Santapan Malam sempena Pertabalan YDPA ke-13






dari kiri; KDYMM Raja Isteri Pengiran Hajah Saleha,KDYMM Sultan Hassanal Bolkiah dan DYTM Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar


bersama YTM Putera Abdul Wakeel dan YTM Puteri Ameerah