Friday, November 20, 2009

Kenali DYMM Tengku Anis


adoiiii lama giler rasanya HUNKZ tak update blog ny....bukan apa cpu komputer buat hal cket tmbah tambah lagi spm tengah jalan ny....

well kali nie HUNKZ nak bercerita cket tenteng permaisuri kesayangan rakyat kelate,tak lain tak bukan DYMM Tengku Anis bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.baginda merupakan puteri ketiga kepada Almarhum Tengku Abdul Hamid bin Tengku Muda dan Almarhumah Tengku Azizah binti Tengku Muhammad Hamzah.baginda tuanku telah diputerikan pada tahun 1949 di kediaman nendanya di Palm Manor.

bersama dengan Sultanah Pahang,Sultanah Kalsom ketika menghadiri Istiadat Perkahwinan Putera Mahkota Brunei

baginda memulakan pedidikan di Sekolah Inggeris Raja Perempuan Zainab dengan mendapat kelulusan Senior Cambridge.baginda telah melangsungkan pernikahan dengan Tengku Ismail Petra semasa menjadi Tengku Mahkota Kelantan(kini Sultan Ismail Petra) pada 4.12.1968 di Istana Kota Lama.hasil perkahwinan tersebut baginda telah dianugerahi dengan 3 putera dan seorang puteri iaitu YTM Tengku Mahkota Tengku Muhammad Faris Petra, YAM Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra,YAM Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry Petra dan YAM Tengku Amalin Aisyah Putri.

bersama Permaisuri Raja Raja Melayu,Permaisuri Brunei dan isteri Tengku Tengku Mahkota pada Istiadat Santapan Malam sempena Jubli Perak Sultan Azlan Shah

pada 1.1.1969 Almarhum Tuanku Yahya Petra,sultan Kelantan ketika itu telah berkenan menganugerahkan baginda dengan gelaran 'YTM Tengku Ampuan Mahkota Kelantan' bersesuaian dengan kedudukan baginda sebagai isteri Tengku Mahkota Kelantan.

Sultan dan Raja Perempuan Kelantan pada pertunjukan udara 'LIMA'

DYMM baginda Tengku Anis telah dimahkotakan sebagai Raja Perempuan Kelantan pada 29.3.1979 serentak dengan KDYMM Sultan Ismail Petra diisytiharkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim.
dekat bawah ni gambar gambar Tuanku yang sentiasa murah dengan senyuman.......